NUFFNANG ADS

Tuesday, January 30, 2018

DATIN ZIZIE DAPAT ANAK KEMBAR


SELEPAS sebulan satu hari, akhirnya pelakon Datin Zizie Izette berkongsi wajah anak kembar lelakinya dengan pengikutnya di Instagram.

Comel kedua putera Zizie ini diberi nama Aadam Zac Izette (atas) dan Aaleph Zeke Izette (bawah) ini.

“Sebut Alif bukan Alip eh,” seloroh Zizie.

Tambah Zizie, kedua bayi kembar ini berusia 20 hari ketika foto ini dirakamkan. 

“Ribuan terima kasih di atas doa-doa anda dalam komen-komen sebelum ini,” tulisnya lagi.

Zizie mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, pada 2009.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat, Nayla Nurjenna yang kini berusia tiga tahun.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2