NUFFNANG ADS

Tuesday, December 3, 2013

Shila Sekat kehadiran Johan di Media Sosial

Shila bersama Johan sewaktu harmonis

Bermula dengan pendedahan mengenai cinta hatinya, kontroversi demi kontroversi ligat menghiasi perjalanan pelakon filem, Balada Pencinta ini.

Tidak menyangka pendedahan itu bakal melukakan hati teman tapi mesranya, Shila Amzah, akui Johan, Shila juga turut menyekatnya dari kesemua laman mikro milik penyanyi ini.

Walaupun sehingga kini, Shila masih belum memberi penjelasan kepada media mengenai perkara itu, timbul pula kontroversi baharu mengenai lagu barunya yang turut dikaitkan dengan Johan.

Menerusi muzik video, Masih Aku Cinta, Shila memilih Johan sebagai pelakon utama dan Isnin lalu, anak dara ND Lala ini mengepilkan ‘teaser’ lagu itu serta memberitahu video muzik itu bakal dimuat naik syarikat rakaman, Warner Music Malaysia, pada
malam berkenaan.

Namun, sehingga kini, muzik video itu masih belum dipertontonkan ke laman perkongsian, Youtube, malah 'teaser' yang ada turut dibuang secara tiba-tiba.

Ini menimbulkan tanda tanya buat pengikut laman sosial Shila Amzah dan tidak kurang juga yang menduga sesuatu termasuk muzik video ini telah ditarik balik.

Ada segelintir pihak membuat andaian bahawa muzik video ini bakal dibuat semula susulan konflik yang berlaku antara Johan dan Shila, baru-baru ini.

Pun begitu, wakil daripada Warner Music, tampil menafikan segala khabar angin berkenaan dan meminta masyarakat dan peminat tidak membuat spekulasi.

Menurut Anne, muzik video itu sepatutnya dipertontonkan pada malam Isnin lalu, namun, atas sebab masalah teknikal, ia terpaksa ditunda.

Monday, December 2, 2013

Salima AF4 jadi isteri kedua pendakwah terkenal





BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Salima Habibi sah bergelar isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak minggu lalu.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali kedua Ustaz Syed Abd Kadir.

Perkahwinan pertama bersama Sharifah Wafa’ Alhadad dikurniakan tiga cahaya mata.

Sunday, December 1, 2013

Johan dan Zizan dikatakan sering bermasam muka ?

Rozlinawaty(kiri) Johan dan Zizan Razak


HUBUNGAN dingin antara duo popular, Johan dan Zizan Razak (Jozan) bukanlah isu baharu yang diperkatakan. Sejak dua tahun lalu, ada sahaja kisah tidak enak tentang mereka.

Selain tidak sehaluan, mereka juga juga dikatakan sering bermasam muka dan enggan bekerjasama.

Lebih menguatkan dakwaan apabila mereka menolak menyertai program komedi popular, Maharaja Lawak Mega, pada musim ini.

Meskipun baik Johan mahupun Zizan sudah pun menafikan dakwaan tersebut, ia bagaimanapun tidak dapat menghentikan spekulasi yang melanda hubungan mereka.

Kesal dengan situasi itu, isteri Johan yang juga merangkap pengurus peribadi pelakon komedi itu, Rozlinawaty Ismail, 31, atau lebih dikenali sebagai Ozlyn Wati, tampil bersuara dan mendedahkan bahawa hubungan suaminya dengan Zizan Razak masih seperti dulu.

"Memang ada kalanya mereka kurang sependapat, tetapi mereka tidak pernah ambil hati antara satu sama lain dan sekiranya ada masalah mereka akan selesaikan secara baik.

"Jika ada waktu terluang, mereka akan berjumpa. Susah senang tetap bersama. Tetapi sekarang ni masing-masing agak sibuk dan jarang dapat bertemu," kata Ozlyn yang sering memberikan sokongan kepada suaminya.

Jelas Ozyln, dia dan Johan ada kalanya rimas dengan gosip yang tiada kesudahan itu. Bagaimanapun, sebagai isteri, dia sentiasa memberikan sokongan kepada Johan.

“Saya tahu siapa yang buat cerita ini. Dia juga merupakan seorang dari kawan yang saya kenali. Tak perlulah dia mencanangkan lagi perkara yang tidak betul.

"Saya nasihatkan dia supaya buka hati dan bersikap lebih profesional. Jangan cakap belakang, benda tu tak bagus, hentikan tuduhan dan fitnah,” tegasnya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2