NUFFNANG ADS

Thursday, September 11, 2014

Bekas ibu mentua nafi Jimmy Shanley dihalang mengambil cucunya

MUNIROH (kiri) dan Nursuhaila Eliani Suhaimy keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Bekas ibu mentua penyampai radio, Jimmy Shanley menafikan suaminya menghalang bekas menantunya itu mengambil cucu mereka, Zahrah Rania ketika giliran bermalam di rumah Jimmy.

Datin Muniroh Kassim, 53, yang juga pengasas produk kosmetik Natasya memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah,Shah Alam, semalam, suaminya, Datuk Suhaimy Othman tidak membenarkan Zahrah Rania diambil kerana yang datang ke rumahnya ketika itu bukanlah Jimmy, sebaliknya kakak iparnya, Datin Mastura Marliza Razali.

“Bukan tak benarkan kakak ipar dia datang, suami saya suruh Jimmy sendiri datang ambil (ZahrahRania).

“Kenyataan suami saya tak benarkan Jimmy ambil anak, tak betul,” katanya menyangkal cadangan peguam syarie Mohd Nor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy bahawa anak guamnya dihalang mengambil Zahrah Rania di rumah keluarga bekas isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Wanita itu berkata demikian pada sesi soal balas perbicaraan kes perintah komital kerana melanggar perintah mahkamah membabitkan hak lawatan dan bermalam yang difailkan Jimmy terhadap Nursuhaila Eliani.

Wednesday, September 10, 2014

Azwan Kombos Terkena 'Nasi Kangkang'

Saat diberitahu hal ini oleh pelakon kacak, Azwan Kombos, rasa kasihan pun ada. Apa tidaknya mana mungkin seorang yang belum berkahwin terkena 'nasi kangkang'.
 
Tapi jangan khuatir kerana apa yang berlaku hanya dapat disaksikan menerusi filem terbaru lakonannya berjudul 'Nasi Tangas' atau istilah lebih tepat 'nasi kangkang' yang akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 18 September ini.

"Di dalam filem ini saya membawakan watak Hairi iaitu suami kepada Mira lakonan Adiba Yunus.  Watak saya merupakan seorang suami yang budiman dan sangat mencintai isterinya.  Dalam masa sama, sikap suaminya itu dicemburui isteri sehingga menyebabkan dia termakan 'nasi kangkang'.

"Selepas terkena, banyak perubahan yang dilalui Hairi.  Malah, dek perbuatan isterinya itu juga banyak kejadian aneh yang menimpa," kongsi Azwan tentang wataknya di dalam filem tersebut.

Filem yang diarahkan oleh Hashim Rejab ini merupakan filem pertama lakonan Azwan yang menampilkannya sebagai hero.

"Ini filem pertama saya sebagai hero.  Pastinya saya teruja dan dalam masa sama gementar menunggu reaksi daripada penonton.  Filem dan drama dua aspek berbeza, jadi banyak perkara perlu diambil kira," tambahnya yang menjalani penggambaran filem ini pada tahun lalu.

Sunday, September 7, 2014

Jimmy Shanley Bimbang Anak Terpengaruh Gaya Hidup Bekas Isteri

Pengacara dan penyampai radio, Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bahawa dia bimbang anaknya, Zahra Rania Shanley, 2, terikut dengan gaya hidup bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang terlalu gemarkan hiburan.

Selain bimbang tidak dididik dengan baik, Jimmy turut bimbang kesihatan anaknya terjejas kerana bekas isterinya didakwa merokok.

“Walaupun dia pernah bersumpah dan mengaku tidak menghisap rokok lagi, namun pada sambutan ulang tahun kelahirannya, Nursuhaila Eliani masih merokok dan ia dirakamkan oleh orang awam,” katanya.

Kenyataan ini dikeluarkan menerusi afidavit keterangan ketika perbicaraan kes mengetepikan perintah hak untuk bermalam dengan anaknya yang dikemukakan Suhaila.

Dalam pada itu, Jimmy juga tidak bersetuju dengan bekas isterinya yang menawarkan hak bermalam apabila anak itu mencapai umur tujuh tahun.

“Jika hak itu dihalang, saya khuatir jika hubungan anak dengan saya selaku bapanya menjadi renggang,” kata Jimmy yang turut bimbang Zahra Rania membesar dan dimanjakan dengan kemewahan.

Jimmy dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan mula tinggal berasingan selepas  20 hari pernikahan mereka. Pasangan itu kemudian sah bercerai pada Oktober 2012.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2