NUFFNANG ADS

Thursday, September 25, 2014

'Anis' teman baru Sharnaaz

Anis teman baru Sharmaaz

PELAKON Sharnaaz Ahmad pernah mendedahkan hubungannya bersama seorang wanita bernama Anis Al-Idrus. Di laman sosial Instagram miliknya, Sharnaaz beberapa kali memuat naik gambar bersama Anis, malah mereka juga dilihat hadir bersama-sama dalam beberapa acara hiburan.

Difahamkan, Anis pernah bergelar penyampai berita dan wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen sebelum melebarkan kerjayanya sebagai model dan usahawan tudung. Wanita itu juga pernah membintangi beberapa buah drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid dan Tangisan Bulan Madu 2.

Terbaharu, Sharnaaz dan Anis dilihat hadir bersama-sama ketika majlis ramah mesra dan tayangan perdana filem Dollah Superstar di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Memanjangkan bicara mengenai perkembangan hubungannya dengan wanita itu, Sharnaaz mengakui masih belum mempunyai perancangan khusus. Dia bertegas, hubungan dengan Anis masih dalam fasa mengenali hati budi. Ikuti temu bual berikut.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut ditanya tentang isu yang mengaitkan krisis bekas kekasihnya, Shila Amzah dengan media Melayu gara-gara konsert penyanyi itu pada 13 September lalu.

"Berbaik-baiklah. Sebab kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain dan saya pun suatu ketika dahulu pernah berdepan masalah sama dengan media. Bagi saya, tidak salah sekiranya kita saling membantu dan harus disedari bahawa media tempatan sebenarnya banyak memberi sokongan sebelum dia ke China. Mungkin dia pun ada betul dan ada salah, tetapi saya melihat semuanya berpunca daripada laman sosial seperti Instagram" jelasnya.

Sunday, September 21, 2014

Sharnaaz-Anis semakin intim

PENGAKUAN pelakon popular, Sharnaaz Ahmad, mengenai hubungan istimewanya bersama pelakon baharu dan model, Sharifah Anis Al Idrus, menamatkan spekulasi yang timbul sejak Ramadan lalu.

Malah, berita gembira ini disambut bahagia di kalangan peminatnya, tidak kurang juga mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

Namun, di sebalik berita gembira itu, timbul pula kontroversi mengenai gambar mesra mereka berdua yang dirakam ketika majlis ulang tahun kelahiran Sharnaaz ke-29 pada 30 Ogos lalu.

Mana tidaknya, gambar pasangan ini yang dikatakan merangkul pinggang masing-masing dilihat tidak manis apatah lagi Anis amat sinonim di kalangan 'hijabister'.

Malah, imej bertudungnya itu memberi persoalan hebat di kalangan peminat mengenai tindakan mereka berdua yang dilihat kurang bersesuaian. Bagaimanapun, Sharnaaz mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.

"Saya malas nak komen. Saya tak nak cakap apa-apa mengenai perkara itu. Biarlah...," katanya ringkas.

Wednesday, September 17, 2014

Raja Azmi berusaha selamatkan perkahwinan

Kenangan manis suatu ketika dahulu

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah nasib yang melanda penerbit filem yang sering diselubungi kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman.

Siapa sangka mahligai kedua yang dibina atas dasar cinta bersama pemain bass band CRK, Mohd. Eddie Ghazali, 45, pada 13 Oktober 2013 itu kini dilanda badai.

Raja Azmi sewaktu dihubungi enggan menjelaskan punca keretakan rumah tangganya itu. Dalam nada sedih, penerbit yang berusia 55 tahun itu, tidak berselindung, mereka kini sudah sebulan tidak tinggal sebumbung.

“Masalah sudah berlaku selama sebulan dan dalam tempoh itu kami telah tinggal secara berasingan. Bukan untuk lari daripada masalah tetapi kami memerlukan ruang untuk berfikir tentang masa depan rumah tangga kami.

“Saya tidak akan berkongsi punca masalah rumah tangga kami. Biarlah hanya kami berdua sahaja yang tahu. Banyak hati yang harus dijaga, saya bimbang jika saya berkata lebih akan mengguris hati banyak pihak,” kata Raja Azmi mohon difahami.

Kesedihan hati Raja Azmi jelas terpancar menerusi nada suaranya yang tidak ceria seperti selalu. Terangnya, tiada perkataan yang boleh menggambarkan gundah hatinya ketika ini.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2