NUFFNANG ADS

Sunday, October 12, 2014

Izara Aishah, anak Datuk K bercinta

PELAKON jelita dan berwajah manis, Izara Aishah mengakui sedang bercinta dengan anak Datuk K, Adib Khalid.

"Di awal perhubungan saya akui kami hanya berkawan.  Itu yang saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita.

"Dan bila kami sudah bersama atau lebih tepat bercinta, tidak ada apa yang perlu saya sorokkan.  Tapi tidak bermakna saya perlu bercerita satu dunia akan hal tersebut.

"Bila saya sudah berterus terang, harapnya tidak ada lagi spekulasi yang timbul," luah Izara jujur tentang hubungan cintanya dengan anak tiri kepada penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

Untuk cerita lanjut pengakuan daripada Izara sendiri, ada disiarkan di dalam  majalah Media Hiburan terbaharu.

Saturday, October 11, 2014

Farhan AF, Rashadan selamat diijab kabul




Dengan sekali lafaz, bekas pelajar Akademi Fantasia 4, Nur Farhan Azizan, 30, bergelar isteri kepada pasangannya, Ahmad Rashadan Mohd. Suhaimi, 30, di Masjid Al-Hasanah, Bangi tepat pukul 10.15 pagi semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof berwalikan bapa Farhan, Azizan Mohd. Khir dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, set penjagaan wajah, wangian, telekung dan senaskhah al-Quran manakala pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang antaranya, sebentuk cincin, ensiklopedia solat, jam tangan, manisan dan sejadah.

Majlis akad nikah pasangan itu hanya dihadiri keluarga dan teman rapat manakala resepsi mempelai pula diadakan pada sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Saja Yang Tahu itu melahirkan rasa syukur apabila akhirnya mereka berdua disatukan sebagai suami isteri selepas menjalinkan hubungan lebih lapan tahun.

Wednesday, October 8, 2014

Saya risau - Che Ta

MASA pantas berlalu dan siapa sangka kurang dua minggu sahaja lagi pelakon jelita, Rozita Che Wan dijangka melahirkan cahaya mata pertama hasil perkahwinan kedua bersama aktor, Zain Saidin.

Bukan sahaja pasangan bahagia ini, malah keterujaan menyambut kelahiran ini turut dirasai seluruh peminat setia mereka.

Berkongsi pengalamannya, aktres yang mesra disapa Che Ta ini mengakui biarpun teruja dia turut merasa berdebar menanti saat melahirkan nanti.

“Walaupun sebelum ini ada pengalaman, tetapi ia berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Mungkin saya juga sudah lupa rasa sakit untuk melahirkan. 

“Perasaan teruja itu memang ada, tambahan pula kali ini kami bakal menimang bayi perempuan dan saya memang tidak sabar menunggu saat itu,” ujarnya.

Menarik mengenai kehamilannya kali ini, pasangan romantis ini telah memberikan kepercayaan kepada pihak Astro merakamkan saat-saat indah menyambut cahaya mata mereka menerusi program Pureen Chak Chak.

“Dalam soal ini kami tidak ada sebarang syarat kerana kami percaya pihak produksi tahu had mereka.

“Kalau diikutkan paparan visual yang akan diambil tidaklah terlalu terperinci, jadi ia tidak beri sebarang masalah kepada kami.

“Walaupun tidak terlalu banyak, tapi inilah peluang kami berkongsi kebahagiaan ini bersama peminat,” tuturnya.

Pada masa yang sama, Che Ta turut mendedahkan dirinya sering mengamalkan membaca surah Mariam dan Yusuf sebagai persediaan dalam proses kelahiran.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2