NUFFNANG ADS

Saturday, October 11, 2014

Farhan AF, Rashadan selamat diijab kabul




Dengan sekali lafaz, bekas pelajar Akademi Fantasia 4, Nur Farhan Azizan, 30, bergelar isteri kepada pasangannya, Ahmad Rashadan Mohd. Suhaimi, 30, di Masjid Al-Hasanah, Bangi tepat pukul 10.15 pagi semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof berwalikan bapa Farhan, Azizan Mohd. Khir dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, set penjagaan wajah, wangian, telekung dan senaskhah al-Quran manakala pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang antaranya, sebentuk cincin, ensiklopedia solat, jam tangan, manisan dan sejadah.

Majlis akad nikah pasangan itu hanya dihadiri keluarga dan teman rapat manakala resepsi mempelai pula diadakan pada sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Saja Yang Tahu itu melahirkan rasa syukur apabila akhirnya mereka berdua disatukan sebagai suami isteri selepas menjalinkan hubungan lebih lapan tahun.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2