NUFFNANG ADS

Wednesday, January 20, 2010

Aksi Cium cetuskan kontroversi




Kisah 'kemesraan' Mas Idayu dengan protegenya, yang merupakan juara program realiti Mentor, Hanifah Md Hanafiah atau Black memang menjadi bualan ramai tidak lama dulu. Hubungan rapat mereka disalahertikan sehingga ada yang menganggap mereka sebenarnya menjalinkan hubungan cinta. Namun, baik Black mahupun Mas, kedua-duanya menyangkal khabar angin itu dan menegaskan hubungan mereka seperti anak dan ibu. Malah, Black sendiri akui, dia memanggil penyanyi dangdut itu dengan gelaran 'Mummy'.

Belum pun reda sepenuhnya cerita itu, sekali lagi kisah mereka kembali diperkatakan. Semuanya gara-gara tindakan Black yang dilihat mencium pipi penyanyi itu sebaik jejaka berusia 22 tahun itu diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) baru-baru ini.

Ramai yang beranggapan tindakan Black itu kurang sopan, apatah lagi ia disiarkan secara langsung di televisyen dan disaksikan oleh berjuta-juta penonton. Menurut penyanyi yang mempertaruhkan lagu berjudul Aku Rindu Sayang Kamu ciptaan Yuzai pada malam AJL24 itu, dia juga ada 'ditegur' oleh pihak TV3 sendiri kerana aksi 'ciuman pipi' itu.

1 comment:

Frodo Baggins said...

yeah hidooop black!!

>>___<<


p/s: mmg x patot! patot kene gam nih!

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2