NUFFNANG ADS

Saturday, March 29, 2014

Sijil nikah palsu: Ummi Nazeera pertahan ibu


'Saya yakin ibu saya berada dipihak yang benar!” tegas aktres Ummi Nazeera yang hadir menemani ibunya pada sebutan kes memalsukan sijil nikah yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 24, tampil memberi penjelasan selepas ibunya, Datuk Maziah Musa didakwa oleh bapanya iaitu usahawan Datuk Zainul Abidin Mat Akhir berhubung kes jenayah tersebut.

“Saya tetap yakin ibu saya teraniaya,” kata aktres berkulit hitam manis ini yang berkali-kali menegaskan bahawa ibunya tidak bersalah dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh.

“Ibu telah merujuk surat nikahnya itu kepada Majlis Narathiwat dan sijil itu diperakui oleh pihak di sana. Lagipun saksi yang tampil hari ini tidak relevan. Sebab itu peguam bela kami tidak bertanyakan apa-apa soalan kepada saksi itu tadi,” katanya.

Akui sangat terkejut mengenai tuduhan terhadap ibunya itu, kes yang berlanjutan itu sikit sebanyak mengganggu pelajarannya sewaktu dia melanjutkan pengajian dalam jurusan perniagaan di di Royal Melbourne Institute Technology (RMIT), Australia.

“Saya terkejut bila mendapati pertuduhan terhadap ibu saya. Sebenarnya perkara ini dari tahun lepas lagi.  Saya akui dengan sebutan kes ibu ni sikit sebanyak mengganggu pelajaran saya.

“Malah, sebelum ini juga ada beberapa laporan media yang kurang tepat mengenai ibu saya, jadi hari ini saya tampil untuk menjelaskannya,” katanya yang turut mengesahkan sudah tamat pengajian di Melbourne sejak Disember tahun lalu.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2