NUFFNANG ADS

Saturday, July 16, 2016

Bantah Kenyataan David Te


BEBERAPA badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang turut melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth Pictures (MiG), David Teo yang menyifatkan tempoh-tempoh akhir kehidupan seniman P.Ramlee sebagai merempat.

Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Yusoff Latiff yang juga Presiden Kelab Peminat P.Ramlee berkata kenyataan David itu kurang tepat dan tidak dapat diterima.

Beliau yang juga Presiden Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Pulau Pinang berkata David tidak memahami latar belakang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang tidak berhasrat untuk menjadi seorang hartawan sebaliknya hanya ingin memartabatkan industri perfileman negara.

"Walaupun beliau bukan seorang yang kaya dari segi wang ringgit, tetapi beliau mempunyai hati yang sangat kaya. Kita tidak seharusnya memandang wang ringgit semata-mata," katanya.

Presiden Persatuan Pelancongan dan Warisan Melayu Pulau Pinang (Sahabat), Syed Kamalrul Sufian Syed Kadiron Mustafa pula berkata P.Ramlee merupakan seorang karyawan dan bukan peniaga.

"P.Ramlee telah berjaya mengubah paradigma penonton pada zamannya supaya mempunyai jati diri yang seterusnya diwarisi penonton zaman sekarang.

"Bandingkan karya beliau (P.Ramlee) dengan filem yang dihasilkan MiG, adakah ia mampu menandingi hasil karya Allahyarham," katanya.

David dalam satu portal berita pada 7 Julai lalu menasihati artis di bawah syarikatnya supaya tidak menjadi seperti P.Ramlee yang hidup susah dan melarat pada akhir usianya.

Kenyataan itu mendapat kritikan cukup hebat daripada karyawan seni tempatan termasuk kalangan artis muda.

David telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan bahawa beliau membuat kenyataan dengan menyebut nama P.Ramlee dan mendakwa media telah tersalah lapor kenyataannya.



No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2