NUFFNANG ADS

Tuesday, April 13, 2010

Kes Perceraian aktres Ida Nerina



KUALA LUMPUR: “Selepas kami bertengkar, saya diusir dari rumah, tapi sebelum itu dia suruh saya ceraikannya” kata bekas gitaris kumpulan Blackrose, Sha’arin Mohd Razali dalam perbicaraan pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, aktres Ida Nerina Hussin di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Sha’arin, 40, selaku plaintif berkata pada anggarannya, Ida selaku defendan mendengar lafaz cerai diucapkan berikutan jarak antara mereka begitu hampir walaupun Ida tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

Bagaimanapun, Sha’arin dalam keterangannya di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin memberitahu dia tidak menyebut jumlah talak dalam lafaz cerai itu. “Ketika melafazkan cerai, saya tidak sebut jumlah talak,” katanya ketika sesi pemeriksaan utama peguamnya, Mahyuddin Md Zahari.

Plaintif berkemeja lengan panjang putih dan berkaca mata gelap hadir ke mahkamah bersama seorang temannya manakala Ida, 45, tidak hadir.

Menurut Sha’arin, ketika lafaz itu dibuat, dia dan Ida berada di dalam bilik mereka manakala pembantu rumah berada di dalam bilik lain. Ketika itu, defendan berdiri hampir dengan pintu bilik dan dia berada dekat katil.

Sha’arin berkata, dia melafazkan cerai selang 10 saat selepas Ida menyuruh dia berbuat demikian. “Selepas itu, saya keluar bilik dan defendan menyuruh pembantu rumah kemas barang dan beri pada saya. Saya ambil barang dan terus keluar kira-kira setengah jam selepas itu,” katanya.

Tambah Sha’arin, dia pulang semula ke rumah pada petang itu juga untuk mengambil barang lain, namun hanya berjumpa pembantu rumah dan mengambil barang berkenaan di tempat letak kereta saja.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga 21 April ini untuk soal balas peguam Ida, Akhbardin Abdul Kader seterusnya giliran defendan memberi keterangan.

1 comment:

Captain said...

salam,

Ida nerina dulu kawan masa kecilx...di Jalan Gurney...

Nasib dunia artis..macam tulah..cerai hari ini .esok tangkap VIP pulak...

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2