NUFFNANG ADS

Tuesday, July 22, 2014

Ana Raffali syukur dengan kehamilan

SETELAH lebih kurang dua tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya penyanyi yang pernah dinobatkan sebagai pemenang Juara Lagu ke-25 (AJL25), Ana Raffali bakal menimang cahaya mata.

Kehamilan itu telah disahkan sendiri oleh Ana menerusi laman Facebook miliknya, kelmarin.

Mengulas lebih lanjut mengenai berita gembira itu, isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim memberitahu dia mula menyedari kehamilannya ketika minggu ke dua Ramadan.

“Sebenarnya saya mula rasa badan tidak selesa sejak awal Ramadan dan disebabkan rasa itu tidak berkurangan, saya cuba buat ujian kehamilan menggunakan alat uji kehamilan di rumah.

“Alhamdulillah, hasilnya positif. Memang pada awalnya kami berdua agak-ragu-ragu namun perasaan itu hilang selepas abang saya yang juga seorang doktor turut mengesahkannya,” katanya.

Tambah Ana, sepanjang tujuh minggu hamil, dia akui tidak mengalami sebarang alahan yang kritikal.

“Dalam waktu kehamilan ini, saya belum ada alahan yang teruk. Cuma sekarang saya tidak boleh menghidu bau yang terlalu kuat sebab ia buat saya rasa tidak selesa.

“Selain itu ada kalanya saya tidak larat untuk berpuasa kerana bila perut kosong saya akan rasa mual.

“Dari segi kesihatan pula, saya sekarang mengalami demam mungkin jangkitan daripada sekeliling, tapi saya memang tidak ambil sebarang ubat-ubatan kerana takut beri kesan pada kandungan,” ujarnya.

Ana dan Naim diijabkabulkan di di Masjid Al-Hidayah, Gombak pada 25 Februari 2012.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2