NUFFNANG ADS

Wednesday, July 16, 2014

Dzahira Talita Zahra nama anak kedua Siti Sarah-Shuib Sepahtu

PEMINAT seni tempatan pasti merindui alunan suara pelantun lagu Saat Hilang Cintamu ini.

Selepas melahirkan single terakhirnya bersama suami tercinta, Shuib Sepahtu, Cinta Itu Nyawa dua tahun lalu, penyanyi genit ini lebih selesa berehat daripada bidang seni dan memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga.

Sementelah lagi, empunya nama Siti Sarah Raisuddin ini baru sahaja melahirkan anak keduanya, Dzahira Talita Zahra, tahun lalu. Akuinya, dia hanya berehat sementara bagi memastikan anak-anak yang dalam proses membesar mendapat perhatian daripadanya.

Sebagai ibu, dia tidak mahu kerana terlalu mengejar karier, tumpuan kepada anak-anak terjejas. "Memang masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga terutamanya anak-anak.

"Mereka masih kecil dan selayaknya mereka diutamakan berbanding perkara lain," kata Sarah anak sulungnya,Uwais Alqarni kini  sudah berusia 6 tahun.

Bagaimanapun, bukan bererti Sarah telah melupakan bidang seni, sebaliknya rasa cinta terhadap nyanyian masih menebal.

"Saya tidak pernah kata mahu meninggalkan karier atau berundur daripada bidang seni. "Insya-ALLAH, jika tiada halangan saya akan ke studio tidak lama lagi untuk merakamkan single  terbaharu.

"Saya harap ia dapat dilancarkan tahun ini juga, lagipun ramai yang tanya bila saya akan kembali dengan lagu baharu," katanya berterima kasih kerana peminat sentiasa memberi sokongan  kepadanya.

Sementara itu, mengulas mengenai bentuk badannya yang semakin langsing, jelas penyanyi berusia 31 tahun ini, apa yang dilakukan semata-mata untuk menjaga hati suami.

"Dia memang tidak kisah dengan bentuk badan saya sebelum ni, tetapi saya sendiri yang rasa tidak selesa.

"Jadi saya nekad turunkan berat badan selepas meminta izin dari Shuib.

Alhamdulillah, kini saya berjaya menurunkan berat badan daripada 78 kilogram (kg) kepada 48kg," katanya mengelak makanan berminyak dan mengamalkan buah avokado sebagai makanan tambahan bagi mencapai impiannya itu.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2