NUFFNANG ADS

Friday, June 3, 2016

Polis tahan lelaki beli motosikal Johan Raja Lawak


Polis menahan seorang lelaki dipercayai membeli motosikal milik pelakon dan pelawak, Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz, atau lebih dikenali Johan Raja Lawak yang dilaporkan dicuri di tempat parkir motosikal berhampiran Padang Bola Sepak Akademi Kuala Lumpur Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, lelaki berusia 30 tahun itu, ditahan di hadapan sebuah restoran di Desa Melawati, Wangsa Maju kira-kira jam 3.15 pagi, kelmarin.

Menurutnya, hasil semakan dapati motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna hitam itu mempunyai rekod hilang di daerah Wangsa Maju.

“Kita telah buat semakan dan dapati lelaki tersebut tidak mempunyai rekod lampau selain negatif dadah.

“Lelaki ini direman selama tiga sehingga esok (hari ini) bagi membantu siasatan,” katanya.

Selasa lalu, pelawak berusia 31 tahun itu sedar motosikalnya yang diletakkan dalam keadaan berkunci hilang di lokasi kejadian kira-kira jam 11 malam.

Mohamad Roy berkata, selepas usaha mencari di kawasan sekitar gagal, Johan membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang keesokan harinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2