
KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander Musa, 44, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Jezamine Lim, 27, yang merupakan seorang doktor pelatih, model dan penghias kulit majalah FHM.
Dengan mas kahwin berjumlah RM300, Harith yang terkenal melalui filem Gubra dan Sepet sah menjadi suami Jezamine dengan hanya sekali lafaz di kediaman pengurus Harith iaitu Sue Hussain di Kota Damansara.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Kanan Nikah, Cerai dan Rujuk Daerah Petaling, Mohamad Sujak Mohd. Dasuki dengan Jazamine menerima cek hantaran bernilai RM50,000.
"Saya sedikit sedih pada majlis akad nikah kerana ia tidak dapat disaksikan oleh kedua-dua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia," ujar Harith yang ditemui selepas majlis akad nikah selesai.
Sementara itu, bagi Jezamine yang baru memeluk agama Islam pula memberitahu, walaupun pernikahannya tidak direstui keluarga, namun dia berazam untuk membuktikan bahawa memeluk Islam dan bernikah dengan Harith adalah keputusan yang betul.
No comments:
Post a Comment