NUFFNANG ADS

Friday, September 3, 2010

Kes: Memey dan Norman - Siapa Makan Cili Terasa Penasnya



HULU KLANG: “Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya,” kata seorang saksi yang memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, dalam prosiding kes khalwat membabitkan pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey.

Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, dalam keterangannya menafikan tindakannya memanggil wartawan ketika serbuan khalwat terhadap pasangan itu dan membuat kenyataan media bukan untuk mengaibkan sebaliknya mahu menegakkan kebenaran.

“Saya tidak ada rasa dengki, marah atau bermusuh dengan tertuduh sebaliknya menjalankan tanggungjawab kepada komuniti Islam di sana. Memang benar saya ada marah, tetapi saya marah kerana lihat terlalu banyak pembohongan yang dilakukan Norman dan Memey, saya perlu tegakkan kebenaran.

“Sebagai orang Islam saya bercakap benar. Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya,” katanya ketika menjawab soalan peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Bagaimanapun, Mohd Yusri yang pejabatnya berjiran dengan Norman, tidak menafikan jika dia menangkap pelakon itu pada malam kejadian apabila dia mendakwa lihat lelaki itu lari ke tingkat atas pejabat, kes itu akan lebih kukuh.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21, dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama dan berhadapan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2