NUFFNANG ADS

Thursday, April 17, 2014

Wardina tegur Ustaz Don Daniyal

Sudah bersara dalam dunia lakonan, namun selebriti cantik, Wardina Safiyyah, sememangnya tidak asing lagi dalam program ceramah agama dan amal kebajikan.

Malah, jika diteliti menerusi laman sosial, Facebooknya, ibu kepada tiga anak ini nyata menggunakan medium berkenaan untuk tujuan dakwah dan menyampaikan ilmu-ilmu agama.

Namun, baru-baru ini, nama Wardina Safiyyah, menjadi isu hangat apabila dia  berkongsi tulisan mengenai kompilasi video berjudul, Kompilasi Hadis Palsu dan Pendustaan Don Daniyal, di Facebooknya.

Walaupun ianya hanyalah perkongsian daripada tulisan pemilik Facebook bernama, Nur Puteri Dayana, namun tindakan Wardina mendapat reaksi ramai pengikutnya.

Tidak kurang juga yang menyelar tindakan selebriti ini apabila dia menyeru  para ulama, ustaz dan mufti di negara ini supaya menyemak semula kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.

Malah Wardina juga turut melahirkan kebimbangan sekiranya masyarakat disogok dengan sumber cerita yang tidak dirujuk.

"Saya bukanlah orang alim. Namun saya menyeru kepada para ulama, ustaz, mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal.

"Minta berdiskusi bersama beliau, saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah.

"Saya pohon pihak TV, Al Hijrah supaya menyemak balik kandungan, sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan penyampaian yang tidak sahih darinya.

"Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujah dan dalil, perlu disiplin. Islam bukan agama mistik, ianya berpandukan dalil Quran dan Sunnah," katanya lagi.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2