NUFFNANG ADS

Wednesday, May 7, 2014

Dilema artis berhijrah

Antara artis yang berhijrah.


TAHUN demi tahun, industri seni kini memperlihatkan peningkatan golongan selebriti yang tampil dengan penghijrahan ke arah kebaikan.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, penghijrahan mereka wajar dijadikan contoh kepada rakan selebriti yang masih berada dalam kepompong lama.

Sebelum ini, keputusan Irma Hasmie, Diana Amir, Abby Abadi dan Mizz Nina, amat memeranjatkan peminatnya namun usaha itu dilihat sebagai satu penghijrahan yang lebih baik untuk kehidupan mereka.

Pada tahun ini, bilangan itu semakin bertambah apabila beberapa selebriti turut mengikut jejak langkah yang sama termasuk pelakon baharu, Bella Dally, Ummi Nazeera dan aktres seksi, Rabecca Nur Al-Islam.

Malah, beberapa nama lain termasuk Yatt Hamzah, Ayu Raudhah, Memey Suhaiza, Siti Nordiana, Nora, Liza Hanim, Raja Farah, Fiza & Azza Elite, Natasha Hudson, Syarifah Aleya, Syarifah Sofea, Wardina, Shila Amzah, Puteri Sarah Liyana, Melissa Saila dan Farah Anuar, dilihat terus istiqamah dalam berhijab.

Tidak kurang juga dalam kalangan selebriti lelaki yang memilih untuk mendekati Islam termasuk Iwan Dangdut, Sham Kamikaze, Adam AF, Noh, Piere Andre, Renggo Arrow, Ali & Mael XPDC, Aeril Zafrel dan Syamsul Yusof.

Penghijrahan ini adalah satu keputusan yang terbaik dalam kehidupan umat Islam, namun untuk golongan selebriti, pastinya mereka turut berdepan dengan pelbagai masalah.

Ada satu ketika, beberapa selebriti ini mengakui turut dihina dan dipulaukan rakan-rakan apabila membuat keputusan untuk berubah.

Malah, pelakon dan penceramah bebas, Catriona Rose dan anggota kumpulan Al Mawlid, (Pot Innuendo, Azan Ruffedge, Zaf VE), turut menerima tekanan hebat daripada rakan-rakan yang tidak sehaluan.

Bukan sahaja penerimaan daripada rakan-rakan, malah kebanyakan golongan selebriti berhijrah amat sukar menerima peluang untuk beraksi di layar.

Perkara ini turut diakui oleh selebriti cantik, Yatt Hamzah atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 34.(SH)

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2