NUFFNANG ADS

Friday, May 2, 2014

Kartina Dahari meninggal dunia


PENYANYI dan pelakon filem melayu era hitam putih, Kartina Dahari, 72 disahkan meninggal dunia setelah menderita penyakit barah payudara sejak tahun 2010, lapor stesen TV Singapura, Suria.

Seniwati yang popular pada tahun 60-an ini telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6 petang di rumahnya di Braddel, Singapura.

Terkenal dengan jolokan ‘Ratu Keroncong’, Allahyarham juga merupakan penyanyi Melayu pertama yang  merakamkan album berbahasa Inggeris di Singapura.

Antara lagu keroncongnya yang menjadi siulan adalah Sayang Di Sayang serta lagu duetnya bersama Allahyarham Datuk Ahmad Jais,Budi Setahun Jagung dan Sejak Kita Berpisah.

Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan tiga orang cucu.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2