NUFFNANG ADS

Wednesday, May 14, 2014

Neelofa bakal berwajah baru?

BIARPUN sesetengah pandangan masyarakat melabel pelakon ini tidak layak bercakap mengenai agama atau terlibat menjadi artis panel jemputan dalam forum agama, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus melibatkan diri dalam majlis ilmu atau keagamaan.

Tidak mempedulikan cakap-cakap orang, pemilik nama Nor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa  ini akan lebih mendekatkan diri dengan majlis keagamaan kerana jiwanya sangat menyukai perkara-perkara yang mendatangkan kesan positif dalam diri.

“Saya suka dengar ceramah dari dulu lagi. Malah sejak mempunyai rakan-rakan yang suka ke arah itu, saya lebih kerap pergi ke majlis ilmu bersama mereka. Saya tahu ada yang akan menilai saya sebab itulah saya tak suka hebahkan kepada umum yang saya pergi ke majlis-majlis sebegini kerana merasakan ia tidak perlu.

“Cuma kebelakangan ini sahaja beberapa teman ‘posting’ gambar-gambar saya di Instagram membuatkan ramai yang menilai saya,” katanya.

Menurut Neelofa, dia tidak akan membuat sesuatu di luar bidang kuasanya dan akan terus menerus menimba ilmu agama secara berterusan.

“Saya dijemput sebagai panel di forum tersebut bukanlah untuk memberikan pendapat mengenai agama. Namun, ia berkaitan dengan bidang perniagaan yang saya ceburi. Lagipun, saya tahu saya memang belum arif tentang agama jadi memang saya takkan berikan pandangan saya dalam hal keagamaan,” katanya.

Ketika ditebak mengenai dirinya mengenai pemakaian hijab, Neelofa berkata, semua orang memang ingin berubah ke arah kebaikan, begitu juga dirinya.

“Memang semua orang akan berfikir begitu, termasuk juga saya. Namun, saya akan usahakan sedikit demi sedikit sehingga saya benar-benar bersedia untuk berhijab,” katanya yang tidak menolak untuk bertudung satu hari nanti.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2