NUFFNANG ADS

Monday, May 5, 2014

Jangan perigi cari timba - Johan As'ari

SIAPA yang tidak mengenali Johan As’ari, yang sebelum ini sering dikaitkan dengan ramai selebriti termasuklah seperti Nabila Huda, Shila Amzah dan Lana Nordin.

Gara-gara cinta 'touch n go' itu, tidak hairanlah pelakon Juvana ini dicop sebagai kasanova. Enggan terjerat lagi dengan kontroversi sama, Johan kini semakin bijak mengatur langkah.

Tiada istilah serik untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita, Johan bagaimanapun berkata, buat masa ini dia lebih menyerahkan soal jodoh itu kepada ketentuan Ilahi.

Jelas Johan, restu kedua ibu bapa paling penting dalam hubungan dan itulah yang menjadi syarat utamanya selepas berpisah dengan aktres seksi, Lana.

“Kali ini, janganlah ada yang perigi cari timba. Apa yang paling penting saya akan mengutamakan restu kedua ibu bapa saya," katanya. 

Tegasnya, apa sahaja yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang mematangkan dirinya.

“Saya tak boleh lari daripada memiliki perasaan untuk bercinta itu. Ia suatu perkara yang baik dan suci. Tanpa cinta saya bukan manusia yang baik.

"Memang saya mempunyai ramai kawan wanita, tapi bukan wanita idaman," katanya yang sedaya upaya memperbaiki diri agar menjadi lelaki yang lebih sempurna.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2