NUFFNANG ADS

Monday, May 30, 2011

40 Tahun Bagaikan Mimpi Sweet Charity



Sebuah buku keluaran terhad yang diberi judul 40 Tahun Bagaikan Mimpi Sweet Charity telah diterbitkan dengan hasil kerjasama Rasamusic setebal 64 muka surat berserta cakera padat digital (DVD) dan audio cakera padat (CD)yang mengandungi perjalanan konsert Sweet Charity.

Apa yang menariknya ialah, kebanyakan foto-foto yang dilampirkan di dalam naskhah tersebut adalah hasil daripada koleksi peribadi kumpulan Sweet Charity dan vokalisnya, Ramli Sarip sendiri. Apa yang pasti, semestinya ia sangat istimewa kerana ia tidak dapat diperoleh daripada mana-mana pihak lain.

Dalam naskhah itu juga, dimasukkan kisah perjalanan dan kegemilangan kumpulan Sweet Charity sepanjang berada di dalam industri muzik Malaysia.

“Audio CD Konsert 40 Tahun Bagaikan Bermimpi Sweet Charity yang turut disertakan dengan buku ini adalah merupakan konsert yang telah dirakamkan ketika di Dewan Esplanade, Singapura pada 31 Mei 2009 lalu.

“Pejam celik, pejam celik tanpa saya sedari, Sweet Charity telah pun masuk tahun ke-40 dalam industri muzik tanah air. Saya bersyukur dan gembira kerana sehingga kini masih ramai yang menyokong dan bernafas dengan muzik-muzik kami,” kata Ramli Sarip pada pelancaran buku tersebut yang berlangsung di Hard Rock CafĂ© baru-baru ini.

Ingin menjadikan naskhah ini lebih berharga dan bermakna, buku edisi terhad ini hanya akan dicetak dan dijual sebanyak 2,500 salinan seluruh Malaysia dan jelas Ramli lagi, dia berharap buku ini akan menjadi satu peninggalan sejarah daripada Sweet Charity buat peminat yang sentiasa menyokong dan mengikuti perjalanan seni kumpulan mereka.

“Buku ini adalah sebagai membalas jasa peminat setia kami yang selama ini sentiasa menyokong sehingga berada ke tahap begini dan foto-foto tersebut merupakan hadiah kepada mereka untuk mengabdikannya sampai bila-bila secara eksklusif,” tambah Ramli yang dikenali dengan gelaran Papa Rock Malaya.

Tambah Ramli, 40 tahun baginya merupakan satu angka yang cukup matang dan hanya menunggu masa yang sesuai bagi penghasilan buku tersebut.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2