NUFFNANG ADS

Monday, May 23, 2011

Ziela Jalil hampir dilupakan ...



Mengimbau sejarah awal penglibatan penerbit yang berusia 41 tahun ini, Ziela Jalil, pernah terlibat secara langsung dalam dunia lakonan sejak di bangku sekolah lagi. Ketika itu usianya baru mencecah 16 tahun.

Tidak meletakkan harapan yang tinggi, Ziela hanya sekadar ingin mencuba nasib dan mengisi waktu lapang ketika cuti persekolahan.

“Pada tahun 1986, saya menghadiri uji bakat untuk menyertai ‘band girl’ untuk filem ‘Mr Os’ arahan A R Badul, sekadar untuk suka-suka sahaja.

“Selepas saya terpilih, saya dijemput untuk menghadiri majlis untuk artis-artis yang dipilih dalam filem itu bersama artis lain.

“Saya ditemani oleh ibu saya pada waktu itu dan saya tidak mengetahui bahawa heroin untuk filem itu adalah saya,” ujarnya.

Selepas membintangi filem itu, namanya semakin menjadi perhatian malah mendapat banyak tawaran lakonan seperti Kembar Siam, Perawan Malam, Ujang, Konstabel Mamat dan banyak lagi.

“Untuk filem pertama saya mendapat bayaran RM3,500 dan pada ketika itu nilainya sangat besar.

“Saya tidak sabar untuk menanti cuti sekolah kerana ketika itulah saya akan berlakon,” katanya yang turut popular dengan imejnya yang seksi.

Bagaimana pun, penglibatannya dalam dunia seni hanyalah seketika setelah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada tahun 1991.

Filem terakhirnya ketika itu ialah ‘Harry Boy’ .

Namun, rasa cintanya dalam industri seni tidak berakhir di situ, kerana beliau tekad mendalami dunia penerbitan menerusi syarikat Production Eleven Sdn Bhd dan kini Pena Creative Pictures Sdn Bhd.

2 comments:

hayra said...

memang artis2 dulu dah byk dilupakan . ckp pasal cerita mr.os , mr ospun dah lama tak nampak . dalam diam2 rupanya dia ada mengusahakan chalet . tengok ni > http://oschalet.blogspot.com/

cantik2 jugak chalet dia . moh kita support artis2 lama ni .

Ain Shafinas said...

huhu macik kite :D

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2