NUFFNANG ADS

Thursday, June 27, 2013

Penyanti Alyah akan tutup Instagram


SETELAH menutup akaun laman sosial, Twitter sebelum ini, penyanyi Alyah memberitahu bakal menutup laman sosial, Instagram pula dalam masa terdekat ini.

Keputusan itu katanya diambil kerana mahu memberi fokus kepada proses pembikinan album terbarunya.

"Saya akan tutup Instagram buat sementara sebab saya perlu fokus pada album terbaru saya.

"Bukan saya tak hargai peminat tapi saya lebih suka peminat terima saya seadanya. Lebih baik saya ada seorang peminat yang begitu daripada ramai peminat tapi menghentam saya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut soal itu, penyanyi berusia 32 tahun ini mengakui tertekan apabila membaca komen-komen berbaur hentaman yang ditulis pengikutnya di Instagram itu.

"Saya suka baca komen-komen itu tapi apabila dah terbaca, saya tertekan," ujarnya berterus-terang.

Alyah berharap album terbarunya itu dapat disiapkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Seperti yang diketahui umum, penyanyi Kisah Hati ini sudah berhijrah sejak menunaikan umrah baru-baru ini.

Bercakap soal penghijrahan itu, Alyah memberitahu dia sering mengingatkan peminatnya agar tidak mengaitkan penghijrahan itu dengan kariernya.

"Ada yang kata, apabila saya sudah bertudung, saya dah insaf. Saya tertanya juga, apa yang saya buat sebelum ini? Saya cuma cuba jadi lebih baik.

"Saya selalu ingatkan peminat, jangan campurkan karier saya dengan penghijrahan saya," katanya.

Merasakan kehidupannya lebih baik selepas berhijab, Alyah masih terus belajar.

"Saya rasa kehidupan saya sudah sempurna. Tapi, banyak perkara yang saya masih dalam proses belajar lagi," katanya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2