NUFFNANG ADS

Saturday, June 22, 2013

Yuna pilih jejaka Inggeris


Lumrah kehidupan selebriti, setiap langkah dan pergerakannya sering menjadi perhatian masyarakat dan peminat. Dalam kesibukannya menguruskan kerjaya seni di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), Yuna dikatakan sedang hangat bercinta dengan jurufoto berbangsa Inggeris, Julian Schratter.

Hubungan mesra itu mula dihidu setelah Yuna memuat naik beberapa gambar mesranya bersama Schratter di laman sosial, Instagram. Malah, menerusi muzik video terbarunya yang merupakan single pertama sejak bernaung di bawah syarikat rakaman, The Verve Music Group, I Wanna Go, Yuna turut menampilkan Schratter sebagai watak dalam video tersebut.

Enggan membiarkan peminat dan masyarakat terus membuat spekulasi liar, Yuna tampil memberitahu hubungannya bersama Schratter masih di peringkat awal.

"Kami selesa berkawan dan kini sedang mengenali hati budi masing-masing secara lebih dekat. Namun saya kurang selesa berbicara mengenai kisah peribadi dan tidak mahu bercerita dengan lebih panjang mengenai hubungan kami.

"Saya banyak belajar daripada pengalaman lalu. Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini dan saya telah menerima pengajaran dalam hubungan lalu," jelas Yuna melalui Skype ketika sidang media eksklusif Konsert Yuna, semalam.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2