NUFFNANG ADS

Tuesday, January 3, 2012

Kesal sikap juri malukan peserta Maharaja Lawak Mega


Ketika sidang media selepas tamat malam penentuan minggu lalu, Boboi dilihat tidak banyak bercakap. Harun misalnya, lebih selesa mendiamkan diri dan menyerahkan segala soalan dijawab Afdlin.

Bagi Afdlin, takhta MLM memang layak menjadi milik Osbon, malah mereka berbangga dengan kemenangan Os dan Abon yang lebih senior daripada mereka. Bagaimanapun, dari riak wajahnya jelas menunjukkan Afdlin sebenarnya kecewa.

Sementara itu, Afdlin, turut menegur sikap juri yang menggunakan kuasanya untuk memalukan peserta yang bertanding.

“Saya memang tak setuju dengan juri yang suka memalukan peserta, tidak kira apa jua pertandingan. Jika teguran yang diberi itu membina, ianya perlu dan jika tidak, jangan sampai kelantangan itu mengaibkan orang.

“Saya bercakap di pihak juri kerana saya pernah menjadi juri. Jika tidak suka, cakap saja tidak suka dan jangan bercakap sehingga mereka terasa.

“Peserta yang datang untuk bertanding adalah dijemput. Sama seperti kita ke rumah orang. Buat apa dijemput, jika selepas itu dihamburi dengan maki hamun. Jadilah orang yang bijak dalam menggalas tanggungjawab,” katanya.

Apa yang diluahkan Afdlin dalam sidang media itu bagaimanapun pernah diluahkannya menerusi laman sosial, Facebook miliknya, sehari sebelum final MLM.
Kenyataan itu dibuat lebih menjurus kepada juri tetap, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan. Malah Chef Wan turut membidas kenyataan Afdlin, namun membuang entrinya tidak lama selepas itu.

Bagaimanapun, ketika malam final lalu, Afdlin meminta izin kepada AC Mizal untuk memeluk Chef Wan selepas persembahan pertamanya.

Dari situ, penonton dan peminat dapat menilai Afdlin adalah individu yang profesional dan tidak mengaitkan masalah peribadi dengan kerja.

1 comment:

FaizalRSD said...

Hanya peserta terbaik yang layak menang hadiah utama,tapi betul tu.Komen janganlah keras sangat.Saya yang tengok pun malu nak dengar.Peserta dah cuba yang terbaik,dan sebagai juri,just highlight apa yang kurang dan berikan cadangan untuk peserta perbaiki di minggu seterusnya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2