NUFFNANG ADS

Sunday, January 1, 2012

RM350,000: Os mahu cantikkan kereta teksinya



OSBON yang dianggotai oleh dua pelawak ‘otai’ atau veteran, Mohd. Yusof Abdul Hamid atau Os, 50, dan Sharizan Ahmad atau Abon, 51, menjuarai pertandingan sengit yang berlangsung pada malam Sabtu lalu di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Dengan undian sebanyak 31.1 peratus, Osbon berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro sekali gus mengetepikan peserta kegemaran ramai iaitu kumpulan Boboi yang meraih undi sebanyak 29.3 peratus.

Ternyata kemenangan Osbon sudah diramal ramai pihak apabila meraih pujian juri Datuk Siti Nurhaliza melalui persembahan pertama mereka manakala legenda bola sepak Malaysia, Zainal Abidin Hassan turut memberi komen yang positif melalui persembahan kedua Osbon.

Komen Siti terhadap Osbon: “Bukan komen negatif yang Siti mahu berikan sebab sorakan dan tepukan yang diberikan penonton di stadium tak putus-putus. Siti mahu ucap tahniah dan ini menunjukkan kebangkitan pelawak senior.”

Zainal pula mengulas: “Harap Osbon terus membuat lawak untuk menghiburkan rakyat Malaysia selepas ini. Walaupun kedua-duanya otai tetapi memang terbaik. Penonton menerima anda bukan kerana rupa atau usia tetapi kerana lawak berkesan yang anda berikan”.

Selama 27 tahun bertapak dalam bidang lawak, buat pertama kali Os meluahkan dirinya berasa diiktiraf.

“Kami sentiasa cuba tampilkan yang terbaik dan Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami. Sudah 27 tahun saya berada dalam bidang lawak dan inilah kali pertama rasa diiktiraf berada di tapak ini,” tuturnya optimis.

Ditanya mengenai hala tuju kedua-duanya selepas menjuarai Maharaja Lawak Mega, ungkap Os, dia akan kembali memandu teksi seperti biasa kecuali jika ada tawaran yang datang.

Di pihak Abon pula, dia memberitahu, memang kerjanya melawak di majlis-majlis makan malam mahupun hari keluarga. Jadi, dia akan meneruskan kerjanya dan tidak menolak jika menerima tawaran untuk digandingkan bersama Os.

Bercerita tentang duit kemenangan sebanyak RM350,000 yang bakal dikongsi berdua. Os sememangnya menyimpan hajat ingin mencantikkan lagi teksinya untuk keselesaan para penumpangnya manakala Abon belum lagi memikirkan mengenainya.

Osbon turut ditanya adakah karakter wanita yang ditampilkan dalam setiap persembahan lawak peserta-peserta Maharaja Lawak Mega menjadi faktor bagi meraih undian yang tinggi daripada penonton.

“Untuk persembahan memang kita perlu pelbagaikan lawak. Tak kiralah kita tukar watak jadi wanita atau apapun. Jika tidak penonton akan bosan. Apa yang Osbon buat, kami akan pelbagaikan watak namun masih mengekalkan originaliti Os dan Abon sendiri,” ujar Os.

Menurut Abon pula, untuk 10 minggu dalam Maharaja Lawak Mega dia dan Os sudah mempunyai perancangan rapi mengenai setiap persembahan mereka.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2