NUFFNANG ADS

Tuesday, February 28, 2012

Mawi - Ekin dapat anak sulong 'puteri'


Selepas tiga tahun melayari alam rumah tangga dan dua kali mengalami keguguran kandungan, akhirnya isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin selamat melahirkan bayi perempuan semalam.

Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan oleh Ekin atau nama sebenarnya Nor'ashikin Rahmat, 33, di Hospital Pakar An-Nur Hasanah di Bangi dekat sini pada pukul 4 pagi.

Ekin dan bayinya kini dalam keadaan selamat dan sihat.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani yang kini berusia 31 tahun ketika dihubungi melahirkan rasa cukup teruja kerana dapat bergelar seorang bapa.

"Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat pagi tadi (semalam). Saya juga bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya yang turut berada di sisi Ekin sewaktu melahirkan anak sulung mereka.

0 ulasan:

Tajaan:

Siaran Sekarang

Loading...

Siaran jam 2 petang hingga 3 petang setiap Ahad

Selamat datang ke Radiokita

Bagi tahun 2012 ini siaran setiap Ahad selama 1 jam bermula jam 2 petang waktu Malaysia
harap maklum

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Online Chat Bersama DJ (Ahad jam 2 petang)

Popular Posts