NUFFNANG ADS

Saturday, September 10, 2011

Faezah bersedia menjaga anak tiri

HANYA dengan sekali lafaz, Heykal dan Faezah sah disatukan sebagai suami isteri.



ATAS kekuatan pertemuan yang telah tersurat, pelakon popular, Faezah Elai, 29, akhirnya sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38.

Hanya sekali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM1,001, majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 300 jemputan itu menjadi detik paling berharga buat Faezah sebagai wanita.

Pasangan itu memilih untuk merahsiakan jumlah hantaran yang diterima. Buku lama juga ditutup kerana di hadapan sudah terbentang fasa baru yang harus diinjak penuh kerelaan.

Faezah sedar, kehidupan mereka akan terus diperhatikan kerana lelaki yang dinikahi itu pernah berkahwin dan bercerai sebelum ini.

"Niat kami baik. Semoga perkahwinan ini menjadi yang terbaik buat kami," kata Faezah dengan wajah berseri-seri bersalut gaun perkahwinan bernilai kira-kira RM9,000 rekaan pereka fesyen popular, Hatta Dolmat.

Sesuatu yang jelas, Faezah, nekad mahukan sebuah kehidupan berkeluarga, menjadi isteri mithali dan hidup bahagia.

"Bila sudah bergelar isteri, mungkin satu hari nanti saya akan tampil dengan imej bertudung, tapi bukan sekarang. Soal hubungan dengan anak-anak Heykal hasil perkahwinan pertamanya, saya tiada masalah dan sedia berbaik-baik dengan mereka," katanya.

Selepas ini, majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang. Sementara itu pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di Pulau Pinang.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2