NUFFNANG ADS

Tuesday, September 13, 2011

Majlis pernikahan Yusry - Lisa jadi tanda tanya ?

HUBUNGAN Yusry dan Lisa sering menjadi bahan sensasi media sejak akhir-akhir ini.



Ada media yang melaporkan Yusry, 38, dan Lisa, 26, bakal berkahwin pada tahun 2012 dan ada juga melaporkan pasangan sama cantik sama padan ini akan bergelar suami isteri menjelang 2013.

Sama ada ia bakal dilangsungkan pada tahun 2012 atau 2013, laporan yang dikeluarkan beberapa media tersebut membuatkan pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa itu tidak betah lagi untuk berdiam diri.

Sebelum ini, ada laporan media yang mengatakan Yusry mahu mengahwini Lisa pada tahun hadapan, namun Yusry telah menafikan perkara tersebut. Kemudian timbul pula, laporan baharu mengatakan Yusry ingin berkahwin dengan Lisa pada tahun 2013.

Lantas, pertemuan bersama Yusry dan Lisa di rumah terbuka raya abang Yusry, Norman Abdul Halim di Cyberjaya, Selangor baru-baru ini, menjadi tempat jejaka pendiam itu meluahkan segala-galanya secara telus.

“Saya tidak pernah beritahu akan kahwin dengan Lisa sama ada pada tahun 2012 atau 2013. Memang saya akui kami mempunyai hubungan tetapi kami belum lagi membuat sebarang perancangan untuk berkahwin,” katanya perlahan tetapi dengan nada serius.

Suasana tegang seketika itu kembali tenang tatkala Lisa yang berada di sebelah Yusry cuba menenangkan buah hatinya itu.

Ujar Lisa yang tidak putus-putus menguntum senyum sepanjang sesi temu bual itu: “Sekarang kami berdua memang sibuk. Lisa akan sibuk menjalani penggambaran filem baharu berjudul Istanbul Aku Datang manakala Yusry pula sedang merangka untuk filem terbarunya Vikingdom. Jadi, untuk merancang berkahwin dalam masa terdekat ini memang tiada.”

Walaupun keluarga kedua-dua belah pihak sudah bertemu tetapi perancangan ke arah melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat masih tidak ada. Malah, pada majlis rumah terbuka Norman itu, kelibat ahli keluarga Lisa juga turut kelihatan.

Yusry dalam pada itu mengakui akan memaklumkan perkhabaran gembira mengenai hubungannya dengan Lisa kepada peminat termasuk pihak media untuk mengelak sebarang spekulasi.

Dia juga menolak dan tidak suka dengan gelaran bahawa mereka sedang bercinta.

“Perkataan bercinta itu seolah-olah macam hubungan kami ini main-main. Saya lebih suka kalau hubungan kami ini disebut hubungan matang,” katanya.

1 comment:

maszmadi said...

semoga mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.....

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2