NUFFNANG ADS

Sunday, September 11, 2011

Tahun 2011 tuah buat pelakon Tasha Shila

NAMA Tasha Shila kini melonjak naik dengan berkat kerja keras.



Nama pelakon Natasha Sheila Abd. Razak baru sahaja bergelar artis selama dua tahun, namun pelakon yang lebih popular dengan nama Tasha Shila dengan pantas mencuri tumpuan ramai menerusi lakonannya yang memberi impak kepada penonton.

Boleh dikatakan tahun 2011 adalah tahun yang sememangnya memberi tuah kepada pelakon yang berasal Kuala Lumpur itu apabila namanya menjadi sebutan ramai, meskipun lebih dikenali menerusi watak antagonis.

Menurut pelakon jelita berusia 24 tahun itu ketika ditemui baru-baru ini, dia sangat bersyukur apabila namanya kini semakin menyerlah setelah dua tahun bergiat secara aktif dalam bidang lakonan.

"Memang tahun ini dilihat cukup bertuah buat diri saya apabila kehadiran saya dalam industri lakonan sudah mula disedari ramai pihak. Malah, tawaran berlakon juga semakin banyak yang diterima.

"Walaupun kerap membawakan watak yang dibenci penonton, namun saya tetap gembira kerana ia telah memberi impak yang positif sehinggakan saya semakin diterima di dalam industri ini," ujar anak sulung dari tiga beradik itu.

Menurut pelakon yang pernah membintangi filem Ratu The Movie itu lagi, sememangnya dia tidak menyangka apabila pantas mengecap populariti biarpun baru dua tahun bergelar anak seni.

Jelasnya, memandangkan industri lakonan sekarang ini dibanjiri dengan kehadiran ramai pelakon-pelakon baharu, dia sendiri bertekad untuk lebih fokus dalam karier yang diceburinya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2