NUFFNANG ADS

Tuesday, September 27, 2011

Hak penjagaan anak Mr.Mama selesai



Pelakon utama yang membintangi drama bersiri Mr. Mama, Jasmine Mohamad Ashraff bersetuju untuk menyelesaikan secara baik tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) yang dikemukakan terhadapnya oleh suaminya, Muhammad Darren Jibran.

Perkembangan terbaru itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Muhammad Darren, 30, ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Menurut Azmi, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan hadanah ke atas anak lelaki mereka, Muhammad Daniel Jibran yang berusia setahun tujuh bulan dalam prosiding tertutup di hadapan Pendaftar Syarie.

Jelasnya lagi, segala butiran lanjut berhubung penyelesaian secara baik itu akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain, esok.

Beliau kemudian menambah, sekiranya penyelesaian itu gagal, tuntutan hadanah tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan yang dijadualkan bermula pada hari ini.

Jasmine, 31, yang memegang watak 'Suria' dalam drama bersiri itu hadir ke prosiding hari ini dengan ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Abdul Halim Bahari.

Muhammad Darren yang bekerja sebagai jurutera selaku plaintif turut hadir ke mahkamah hari ini. Beliau memfailkan tuntutan hadanah itu terhadap Jasmine, pada 17 Februari lalu.

Dalam tuntutan itu, Muhammad Darren yang menamakan dramatis berkenaan sebagai defendan, mendakwa wanita terbabit telah menafikan hak pengawasan anak mereka terhadapnya dan ibu bapa plaintif.

Pasangan berkenaan yang berkahwin pada 7 Mac 2009 di Selangor kini dalam proses untuk bercerai.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2