NUFFNANG ADS

Wednesday, September 28, 2011

Festival Perkahwinan Masyhur 1Malaysia



SENAI – “Festival ini memang idea Kak Ani (Noraniza Idris), malah kertas kerja telah siap sejak dua tahun lalu iaitu sebelum dia kenal dengan bakal suaminya lagi”.

Demikian kata pembantu Ratu Etnik Kreatif berkenaan, Suhana Mohd Safian bagi mengulas mengenai penganjuran Festival Kahwin-kahwin Masyhur 1Malaysia yang akan berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober ini di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Festival berkenaan mencuit perhatian apabila diserikan dengan pernikahan dan persandingan Noraniza bersama pasangannya, Jeffri Hudi yang akan berlangsung pada pada 29 September dan 1 Oktober ini.

“Kak Ani mahu adakan festival berkenaan untuk menarik pelancong datang ke negeri ini dan memartabatkan adat perkahwinan masyarakat Melayu Johor, namun tidak menyangka ianya menjadi majlis perkahwinan buat dirinya,” katanya.

“Pemilihan lokasi pernikahan dan persandingan Kak Ani dan Jeffri di kawasan terbuka bertujuan bagi membolehkan peminat dan orang ramai turut sama menyaksikan hari bersejarah mereka. Kak Ani akan bernikah bersama dua pasangan pengantin yang lain,” katanya kepada wartawan semalam.

Menurutnya, Noraniza yang sememangnya sinonim dengan jiwa tradisional itu mahu menghidupkan kembali adat perkahwinan Melayu Johor.

Suhana berkata, walaupun festival itu berkonsepkan adat perkahwinan masyarakat Melayu Johor, namun ciri-ciri Islamik turut diterapkan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2