NUFFNANG ADS

Monday, April 23, 2012

Ain optimis, percaya kemampuan pengarah OMK

Nama Nurul Ain Nordin atau Ain antara pelakon baru yang baru berjinak-jinak dalam bidang seni. Malah mungkin masih ada yang belum mengenali gadis berusia 23 tahun ini.

Pernah mewujudkan kontroversi dalam industri hiburan dengan gambar berkemban yang mendedahkan bahagian belakangnya, Ain mengakui kesilapannya sehingga mengambil keputusan menarik diri sebagai artis residen outLOUD Studios.

Tidak memandang ke belakang lagi, Ain melangkah setapak ke hadapan dengan menubuhkan syarikat produksinya sendiri, Star Scope Production Sdn Bhd dan seterusnya mengarahkan filem, Oh Mak Kau (OMK).

Biarpun masih ada pihak meragui keupayaannya, namun pemilik Diploma Teknologi Kreatif Artistik Perfileman dari UiTM Shah Alam ini optimis bahawa dia mampu mengarah filem pertamanya.

“Saya memang belajar dalam bidang pengarahan. Tahun 2007, saya bekerja di belakang tabir sebagai pembantu pengurus produksi untuk beberapa syarikat. Saya juga pernah jadi penolong pengurus produksi untuk telefilem Maisarah.

“Selain itu, saya berpengalaman mengarah program 13 episod berjudul Setulus Kasih yang dihasilkan dengan kerjasama Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk siaran RTM nanti,” katanya.

Menganggap peluang yang datang, tidak mampu untuk dilepaskan, Ain mahu membuktikan kebolehannya untuk berdiri di atas kaki sendiri.

“Saya bukannya gila kuasa untuk mengarah dan berlakon dalam masa yang sama. Memandangkan kami tidak punya bajet yang besar, jadi saya pilih untuk mengarahkan filem ini sendiri.

“Lagi pun, bukan senang mendapat peluang untuk mengarah. Jadi bila peluang ini datang, tidak mungkin saya lepaskan begitu sahaja. Saya anggap ini rezeki saya dan semua yang terbabit nanti.

“Saya pilih untuk buat filem komedi kerana genre ini dekat dengan kita. Cuma jangan letakkan harapan terlalu tinggi namun saya harapkan sokongan peminat terhadap ‘bayi sulung’ saya ini. Saya boleh terima kritikan tapi biarlah ia membina dan tak menyentuh keluarga saya,” katanya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2