NUFFNANG ADS

Monday, April 30, 2012

Jimmy ditawar jaga anak bersama



Nursuhaila Eliani Suhaimy, isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley menawarkan hak penjagaan bersama anak mereka kepada selebriti itu dan bersedia untuk berbincang lanjut mengenai hal itu.

Tawaran itu dikemukakan Nursuhaila, 26, selaku plaintif melalui peguamnya, Sa’adiah Dindi di hadapan Hakim Mawardi Che Man di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Dalam prosiding itu, Jimmy, 32, atau nama sebenarnya, Jimmy Norjahan Salleh ketika ditanya Mawardi mengenai tawaran berkenaan berkata, beliau mahu menjaga anaknya, Zahrah Shanley berusia 10 bulan sepenuhnya.

“Ini kerana Nursuhaila adalah seorang ahli perniagaan berjaya yang sentiasa sibuk. Isnin hingga Jumaat saya boleh menjaga Zahrah kerana Sabtu dan Ahad saya bekerja,” katanya.

Terdahulu, peguam defendan, Mohd Noor Aizan Md Idrus berkata, pihaknya belum memutuskan apa-apa kerana hak jagaan bersama itu baru diberitahu pihaknya semalam, malah perlu dibincang secara teliti bersama Jimmy.

“Kami belum bersetuju kerana ia baru diberitahu hari ini (semalam) dan ia dibincangkan bersama nanti. Kalau diikutkan plaintif mahu anaknya dijaga seminggu, manakala Jimmy seminggu.

“Bagaimanapun, persetujuan belum dibuat berkenaan hal itu dan ia masih boleh dirunding,” katanya.

Mawardi turut menasihatkan supaya tawaran hak penjagaan yang ditawarkan plaintif dapat dibincangkan dengan baik kerana anak adalah hasil perkongsian hidup bersama.

“Tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) perlu diteliti lebih rasional oleh defendan kerana ia akan membabitkan aib Nursuhaila kerana anak sepatutnya tidak perlu mengetahui hal peribadi yang berlaku antara mereka sebelum ini jika dibicarakan nanti,” katanya.

Terdahulu, Jimmy yang hadir bagi mendengar perbicaraan kes tuntutan hadanah, tidak dapat diteruskan memandangkan pihak plaintif gagal memfailkan tuntutan mengikut tarikh yang dikeluarkan defendan pada 27 Februari lalu.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2