NUFFNANG ADS

Saturday, April 7, 2012

Fida Berbaik Dengan Mamat, Akui Dilamar



Ekoran kemesraan semula Fida dan Mamat iaitu bekas anggota Sepah di Twitter, wartawan  terus menghubungi empunya diri, Fida untuk mendapatkan penjelasan mengenai perhubungan mereka yang dahulunya tegang.

"Sebenarnya kami bertemu 'Apa Saja FBI' baru-baru ini tanpa pengetahuan Fida. Selepas pertemuan tersebut kami berdua masih berhubung. Bagi Fida apa yang lepas biarlah berlalu, tak elok disimpan lama-lama," katanya yang sudah empat bulan tidak berhubung dengan bekas kekaksihnya itu.

Dalam masa sama, Fida yang kini popular menerusi drama 'Makbul' di TV2 mengakui sudah dilamar oleh seseorang yang pernah dikenalinya sebelum ini.

"Fida terkejut pada awalnya kerana dia bertanya mengenai soal lamaran apapun Fida kena fikir baik-baik dan perlu mengenalinya dengan lebih dalam lagi," ujar Fida yang enggan mendedahkan lelaki yang melamarnya itu.
 

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2