NUFFNANG ADS

Monday, April 23, 2012

Lisa lebih selektif bukan sebab Yusry




Aktres manis Lisa Surihani mengakui kehidupannya kini berjalan normal seperti pasangan berkahwin yang lain. Malah sehari selepas pulang daripada berbulan madu ke Eropah pada Mac lalu, dia dan Yusry terus kembali bekerja.

Lisa yang dihubungi wartawan baru-baru ini bercerita tentang perkembangan terkininya, selain memberitahu selepas bernikah, dia mahu menjadi lebih selektif terhadap tawaran berlakon yang datang kepadanya.

" Sekarang saya sedang dalam penggambaran filem terkini saya iaitu Dendam Orang Mati yang dijadualkan berakhir pada 8 Mei ini. Ia merupakan filem arahan Jason Chong dan menjadi filem seram serius yang pertama buat saya. Saya memegang watak Lena, seorang gadis yang baru tersedar dari koma dan menjadi amnesia, tetapi dalam masa yang sama telah diganggu oleh makhluk halus yang mahu membalas dendam. Selain saya, filem ini turut dibintangi oleh Fizz Fairuz, Miera Liyana dan Mustapha Kamal.

" pada pertama kali ditawarkan watak ini, saya tidak yakin mampu membawanya kerana ia agak kompleks, apatah lagi saya perlu berlakon sebagai orang yang hilang ingatan dan perlu tidak terlalu 'berlakon'. Watak Lena itu sendiri telah menjadi cabaran yang besar buat saya. Oleh kerana agak risau, saya telah meminta aktres Fauziah Nawi untuk membantu saya selama dua minggu bagi menyelami watak tersebut. Walaupun saya tidak yakin pada mulanya, namun saya memegang prinsip bahawa saya perlu mencuba sesuatu yang baharu kerana jika saya tidak mencuba, saya tidak akan tahu kemampuan saya. Jadi saya kena cuba sesuatu yang baharu dan melakukannya dengan baik.

" Jangan salah faham, saya menjadi semakin selektif selepas bernikah adalah atas kemahuan saya sendiri. Sejujurnya, Yusry sangat menggalakkan saya bekerja, malah tak ada larangan dalam saya bekerja dan saya diberi keizinan oleh Yusry untuk terus aktif." tegasnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2