NUFFNANG ADS

Wednesday, April 11, 2012

Rozita nafi manipulasi Zain

 MESRA. Rozita diiringi Zain pada acara karpet merah majlis Anugerah Bintang Popular 2011, Ahad lalu.


Di sebalik sering dikaitkan  Rozita Che Wan, 38,dengan lelaki muda termasuk Shahir AF7 dan Zain Saidin, terbaharu kecoh seketika dunia seni tempatan apabila ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki itu dikatakan telah bernikah dengan suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Biarpun Rozita, Siti Nurhaliza dan Datuk K masing-masing sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa perkara itu tidak benar sama sekali, namun persoalan itu masih menjadi perbualan hangat masyarakat.

Pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang malam Ahad lalu, Rozita dilihat intim di samping aktor muda yang sering digosip dengannya, siapa lagi kalau bukan Zain Saidin. Mereka dilihat beriringan mesra pada acara karpet merah.

Malah, selepas sahaja tamat majlis tersebut Rozita dikatakan terus pulang untuk mengejar penerbangan ke Itali untuk bercuti. Mungkinkah untuk melarikan diri daripada pihak media?


No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2