Stesen TV nombor satu negara, TV3 telah memohon maaf kepada penonton terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem 'Into The Wild' yang disiarkan pada 24 Mac lalu.

TV3 dalam satu kenyataannya kepada sebuah portal berita menyatakan pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.

Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon filem ini, Emile Hirsch.