NUFFNANG ADS

Thursday, September 19, 2013

Anuar Zain tidak berminat media sosial


Ramai artis berlumba-lumba memuat naik status terbaru mereka melalui media sosial seperti Twitter, Instagram, Keek atau Facebook, tetapi berbeza dengan penyanyi lelaki versatil, Anuar Zain atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43.

Bagi Anuar, disebabkan banyak keburukan dari kebaikan, dia tidak berminat menjadikan media sosial sebagai medium untuk bersosial.

Mengakui dirinya sering dilihat di tempat awam, Anuar merasakan perkara itu sudah memadai kerana tiada perkara yang diselindung daripada peminat yang rata-ratanya sudah mengetahui rutin kehidupannya.

“Saya rasa, tidak perlulah mempunyai laman sosial kerana saya sudah terlebih berkongsi bersama peminat.

“Dari dulu, saya tidak menyembunyikan aktiviti saya. Malah, peminat juga tahu di mana saya selalu ada, di kedai mana saya selalu habiskan masa lapang saya dan bagi saya, semua aktiviti saya mereka dah tahu.

“Saya rasa sudah terlalu menonjolkan rutin harian saya. Peminat sudah terlalu dekat dengan saya,” katanya yang juga bimbang aspek keselamatan sekiranya terlalu menonjolkan diri.

Dia yang popular dengan lagu Lelaki Ini, turut meluahkan rasa terkilan dengan perbuatan individu yang sengaja mencuri dan merakam gambarnya sewaktu keluar di tempat awam dan mengutuknya di Twitter.

“Memandangkan saya tiada laman sosial, saya mendapat tahu beberapa individu yang tidak puas hati (mengambil foto tanpa izin) dan mengutuk saya di Twitter.

“Kutukan itu sedikit sebanyak mengganggu emosi saya. Sedangkan saya tidak pernah melukai hati sesiapapun, mengapa ada saja pihak mempunyai persepsi negatif terhadap saya.

“Saya merasakan laman sosial itu tiada kepentingan dan kebaikan selain hanya menimbulkan perkara tidak baik,” katanya yang mengaku fobia dengan perkara sedemikian.

Malah disebabkan perkara itu, dia memutuskan tidak memiliki akaun laman sosial sendiri sebaliknya hanya memiliki  akaun Facebook Anuar Zain Network yang diselia pihak pengurusannya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2