NUFFNANG ADS

Friday, September 13, 2013

ND Lala bergiat aktif bisnes menerusi E-Dagang


Penyanyi Amir Hamzah Salleh atau lebih sinonim dengan panggilan ND Lala pernah aktif dalam bidang nyanyian, malah lagunya seperti Diari YB juga pernah menjadi siulan ramai.

Bagaimanapun, kini bapa kepada penyanyi popular Shila Amzah itu lebih bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan dikenali sebagai seorang usahawan yang terbabit dalam perniagaan E-Dagang.

Terbaharu, dia muncul pula dengan sebuah lagi perniagaan yang menggunakan konsep 'trading network' menerusi syarikat Kaisar Venus (M) Sdn. Bhd. yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor.

Ketika ditemui semasa majlis pelancaran perniagaan berkenaan baru-baru ini, ND Lala diajukan pertanyaan sama ada dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian atau sebaliknya.

“Sehingga kini saya masih lagi menyanyi dan tawaran membuat persembahan pun agak banyak. Mungkin orang menyangka saya tidak aktif kerana amat jarang tampil di kaca televisyen.

“Selalunya saya memang menolak tawaran untuk program televisyen kerana ia memerlukan komitmen yang lebih, berbanding kalau saya sekadar membuat persembahan di tempat umum,” jelasnya.

Menurut ND Lala, kalau diundang menjadi panel atau ceramah dalam sebarang program keusahawanan, dia akan mengambil kesempatan untuk menyampaikan satu atau dua buah lagu.

“Ketika ini saya banyak menerima undangan memberi ceramah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman tentang perniagaan. Biasanya pihak penganjur akan meminta saya menyanyi dan permintaan tersebut ditunaikan,” ujarnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2