NUFFNANG ADS

Monday, September 9, 2013

Yuna selit elemen Melayu dalam album Inggeris


 PENYANYI berbakat besar, Yunalis Zarai atau Yuna akui menyelitkan elemen-elemen tradisional Melayu dalam album Inggeris terbarunya.

Ditemui baru-baru ini, Yuna lega impiannya menjadi kenyataan.

"Sudah ada dua lagu baru yang dikeluarkan. Pertama, Rescue dan kedua, Falling.

"Konsep album ini pop tapi saya cuba memasukkan sedikit elemen Melayu," katanya.

Mengambil contoh dua lagu yang sudah dikeluarkan, Yuna memasukkan elemen muzik gamelan dan dikir barat.

"Contohnya, kalau dengar lagu Rescue, ada satu part yang sangat hampir macam dikir barat tapi bukan. Kalau dengar Falling, ada bunyi macam gamelan sedikit.

"Kalau orang Malaysia dengar, mereka akan perasan elemen itu. Itu yang saya nak buat untuk album ini," katanya.

Meskipun belum boleh menyelitkan lagu Melayu dalam album tersebut, Yuna bersyukur dapat memasukkan elemen Melayu dalam lagu-lagunya.

"Alhamdulillah dapat juga sedikit-sedikit memasukkan elemen tradisional kita.

"Album yang saya buat dengan label baru ini mengandungi semua lagu Inggeris kerana mereka mahukannya begitu.

"Saya akan cuba selitkan satu atau dua lagu Melayu untuk album akan datang," katanya.

Album Yuna bakal keluar hujung Oktober ini secara global.

Yuna juga berharap dapat melancarkannya di Malaysia secara rasmi.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2