NUFFNANG ADS

Sunday, September 1, 2013

Fida Sertai Akademi Fantasia 2013


Pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida yang telah menyertai ujibakat program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) serta layak ke peringkat seterusnya menimbulkan persepsi ramai pihak.

Ada yang menyokong usahanya itu untuk menyertai program berkenaan. Tidak kurang juga yang memandang sinis dan beranggapan artis yang sudah ada nama sepertinya tidak wajar terlibat.

Ketika bertemunya dalam majlis rumah terbuka anjuran KRU Studios di Cyberjaya baru-baru ini, Fida menyatakan beliau mempunyai alasan tersendiri untuk kembali menguji bakat menyertai AF dan meletakkan harapan yang tinggi supaya namanya terpilih untuk konsert Prelude Top 24 pada 6 September ini.

Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Apo Kono Eh Jang itu, keinginannya untuk menyertai AF 2013 bukan semata-mata kerana populariti program berkenaan.

"Bagi saya, AF bukanlah sekadar sebuah rancangan hiburan semata-mata kerana ia boleh dijadikan platform menimba lebih banyak lagi ilmu untuk menjadi seorang anak seni yang bagus.

"Biarpun sudah ada nama dan semakin dikenali ramai dalam industri hiburan, saya rasa ilmu yang ada masih belum mencukupi. Jadi, saya akan gunakan pentas AF 2013 ini dengan sebaik mungkin sekiranya terpilih,"jelasnya.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2