Wednesday, March 25, 2009
Saturday, March 14, 2009
Selangor haramkan lagu Agnes Monica
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengharamkan lagu ‘Allah Peduli’ nyanyian artis Indonesia, Agnes Monica daripada disiarkan di Selangor kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam selain penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu terbabit.
Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata penggunaan kalimah Allah dalam lirik lagu itu bagi menggambarkan Jesus dan bagi sebarang kekeliruan, pihaknya mengharamkan lagu terbabit daripada berkumandang di negeri ini.
“Penggunaan kalimah Allah adalah hak eksklusif untuk umat Islam seperti yang termaktub di bawah Bahagian 1 Jadual Kepada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, sebagai perkataan (Allah) yang tidak boleh digunakan orang bukan Islam.
“Sehubungan itu, siasatan akan dilakukan pegawai bertauliah mengenai perkara ini termasuk menarik semula edaran album yang mengandungi lagu berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau mengulas mengenai lagu yang mencetuskan kontroversi ‘Allah Peduli’ nyanyian Agnes yang beragama Kristian, malah ia pernah disiarkan menerusi ruangan hiburan akhbar Metro Ahad 8 Mac lalu.
Malah dalam lagu terbabit, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan ‘Sebab Allah Yesus ku mengerti’ kedengaran pada bahagian akhir lagu tiga minit 40 saat itu.
Mohamad Adzib berkata, sesetengah daripada kita tidak faham isi kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi dan ia secara senyap-senyap boleh memesongkan keimanan dan akidah umat Islam.
“Justeru saya minta pihak yang berkenaan sama ada di peringkat pusat supaya memantau isu lirik lagu ini dan mengambil tindakan tegas demi memelihara kesucian Islam,” katanya.
(Rujukan: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Mutakhir/20090314090141/Article )
LIRIK LAGU TUHAN PEDULI
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
Tuesday, March 10, 2009
REQUEST LAGU ONLINE
Radiokita sekarang sudah menyediakan satu ruang khas untuk para pendengar membuat request lagu-lagu secara online pada bila-bila masa. Lagu-lagu yang diminta itu insyaallah akan disiarkan sebaik-baik sahaja kami menerimanya dan akan disiarkan semasa segmen lagu-lagu pilihan Dj yang bertugas pada hari berkenaan.(request yang dikirim sebelum jam 9.30 pagi atau 9.30 malam). Manakala request lagu-lagu selepas waktu itu, insyaallah akan disiarkan dalam segmen yang sama pada ke esokan harinya. Sekian dimaklumkan.
Setia Bersama Radiokita
- ++MeNuJu SaTu DesTiNaSi++
- :: Dari Bintang ::
- ANGAN - ANGAN LALA
- Bahulu Com Blog's
- CINTAMANISZ Lite
- Coretan Anuar
- Duniaku
- Embun ♥ Kaseh ♥ Tercinta
- Hadiah daripada hati - idasm
- hadiah daripada hati-idasm
- HoLd Me TIGHT AnD NEVER LeT Me Go
- IKLAN PERCUMA
- Izah Uffin Lover
- KL BOYZ CHANNEL
- KUS PID PARIT
- L.O.V.E Him & Her
- LAMAN AGRO
- Little Parlour
- MIZANA'S BLOG
- NATHASCA88 BLOG'S
- Official KalabuMalami
- On Live Blog's
- RAGAM SEANTERO DUNIA
- Resepi & Petua
- Saujana Syarasin
- Secawan Teh dari Deeba
- Something to Share with...
- Syafiqah Nabilah Azali
- SYIERAH PUNYER BLOG
- Te-are Mond Blog
- udikdee.blog
- Welcome To Zie's Blog
- Yuslia Suhana.blog
- ~'~'~'~TENGOKJEALAH~'~'~'~
Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)
Popular Posts
-
PROFIL NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984 TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur ADIK-BERADIK: Anak...
-
NAMA SEBENAR: Suhaiza Suhaimi TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988 TEMPAT LAHIR: Hospital Kota Tinggi, Johor PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...
-
Raisuddin Hamzah bersama Siti Fatimah Suberi tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan pengesahan pernikahan mereka, semala...
-
Marsha memang terkenal dengan seksinya tue. Tak hairanlah kalau dia berpakaian seksi semana pun. Baru-baru ni ada seorang jurufoto telah ber...
-
Ibu kepada seorang cahaya mata Dira Abu Zahar dilaporkan telah bertindak liar apabila bergaduh dengan salah seorang pengunjung pada puku...
-
KUALA LUMPUR:--- - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas...
-
EPISOD video lucah yang didakwa membabitkan aktor sedang meningkat naik, Syafiq Kyle, memasuki episod baharu. Ini berikutan beberapa sc...
-
PELAKON dan pengarah filem, M Jamil dikhabarkan mengalami strok separuh badan. Beliau kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Shah ...
-
Fazura bersama Neelofa 'Perang dingin' antara pelakon jelita, Fazura dan bekas Dewi Remaja, Neelofa semakin mendapat perhatian pemin...