NUFFNANG ADS

Tuesday, January 31, 2012

Ana Raffali-Naim nikah 25 Februari ini

Ana Raffali


Desas desus mengenai penyanyi Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali bakal menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat, akhirnya terungkai sudah.

Pada sidang media khas di sini petang ini, Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali mengumumkan bahawa majlis pernikahan akan berlangsung di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 25 Februari ini.

Menurut Ana, jejaka yang berjaya mencuri hatinya merupakan teman baiknya sendiri dikenali pada 2005 iaitu Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30.

“Naim ialah seorang jurugambar dan kami berkenalan melalui sepupu saya. Secara kebetulan, saya memang minat bidang fotografi.

“Disebabkan minat yang sama, kami semakin serasi. Namun, ketika itu Naim tidak mengetahui bahawa saya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu,” katanya yang turut ditemani Naim dalam sidang media itu.

Turut hadir ialah ibu Ana, Halijah Rashid, bapa Naim, Abdullah Mat dan ibunya Adilah Abd Mutalib.

Ana berkata, sikap Naim yang penyabar membuatkan dia tertarik dengan jejaka pilihannya itu dan secara tidak langsung membuka hatinya untuk lebih serius dalam hubungan tersebut pada 2008.

Monday, January 30, 2012

Alyah terima Ramli Ms sebagai suami jika sudah jodoh


Orang yang didakwa bakal melamar Alyah itu bukan calang-calang orang tetapi pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.

Bagi mendapatkan kepastian, kami bertanya sendiri kepada Alyah dan Ramli yang ditemui secara berasingan pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-26 malam Ahad lalu di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur bagi menjawab semua persoalan.

Benarkah Alyah dan Datuk Ramli MS bercinta dan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini?

Menurut Alyah, Berkenaan isu ini saya tidak mahu komen kerana saya bimbang takut tersalah cakap.

" Saya tahu sebab ramai yang bertanya, bila orang tanya saya hanya jawab apa yang saya mampu.

Jelas Alyah, Bagi saya, kalau kita sudah sayang orang itu dan sudah serasi, usia tua atau muda bukan lagi satu perkiraan. Asalkan kita selesa antara satu sama lain, itu sudah cukup.

Alyah terima andai jodoh hadir dalam masa terdekat?

Itulah yang saya mahu pada usia sekarang, 31 tahun. Jika orang itu memang jodoh saya, mestilah saya terima, semuanya kerja Allah. Umur saya bukannya muda lagi, tahun lepas bila jumpa rakan-rakan saya sering minta mereka doakan agar saya berkahwin tahun ini.

Saya tidak ada sebarang rancangan, tetapi jika sudah ditakdirkan saya tamatkan zaman bujang tahun ini, saya akan kahwin.

Sunday, January 29, 2012

'Awan Nano' dinobatkan Juara Anugerah Lagu ke 26

M Nasir, Buddhi dan Hafiz meraikan kemenangan.


Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu edisi ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi.

Manakala lagu Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Masing-masing meraih hadiah wang tunai, RM15,000 dan RM12,000 serta trofi.

Bagi kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano yang membolehkan dia menggondol wang tunai RM10,000 serta trofi.

Sementara itu, persembahan mantap Alyah ketika mendendangkan lagu Kisah Hati berjaya memikat juri sehingga melayakkannya kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Lagu lain yang bertanding pada AJL26 kali ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kekanda Adinda (Atilia, Monoloque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Sungai Lui (Aizat) dan Kisah Hati (Alyah).

Buat kali pertamanya, acara gilang-gemilang itu diadili oleh 30 juri daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diketuai komposer terkenal, Azmeer. Malah, Anugerah Juara Mobile yang diadili berdasarkan lagu paling banyak dimuat turun dengan kerjasama Celcom dimenangi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim. Berbeza dengan AJL pada tahun-tahun sebelumnya, acara kali ini hanya menggandingkan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai hos tanpa Ally Iskandar yang kini sedang bercuti selepas melangsungkan majlis perkahwinannya.

Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Raja Pop, Jamal Abdillah; Raja Rock, Awie dan Ratu Jazz, Datuk Shiela Majid, manakala interlude istimewa mengenai Sudirman, membabitkan Black, Hazama dan Azlan The Typewriter.

Saturday, January 28, 2012

Ummi bertuah dianugerah bakat besar



Ummi Nazeera pulang ke tanah air (dari Melbourne) sejak Disember lalu dan pantas dia disunting untuk berlakon di layar lebar sekali gus mengubat kerinduan peminat. Apatah lagi kemunculan terakhir Ummi ialah semasa mempromosikan filem Hikayat Merong Mahawangsa.

"Saya sedang bercuti semester selama tiga bulan selepas menduduki peperiksaan akhir.

"Kesempatan bercuti panjang kali ini saya rebut dengan menerima tawaran berlakon filem Penanggal arahan Ellie Suriati," tutur Ummi lembut.

Skrip filem itu diutus berbatu-batu ke tempat Ummi belajar di Institut Teknologi Diraja Melbourne (RMIT) setelah kata sepakat diputuskan sejak Oktober lagi.

Apa istimewanya Ummi yang kali terakhir tampil dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu? Pengarah filem itu, Ellie pernah berkata bahawa Ummi bertuah kerana dianugerahkan bakat lakonan yang besar.

Mereka saling memuji. Ellie mengagumi wajah kemelayuan Ummi. Ummi pula terkesan dengan kuasa luar biasa Ellie dalam menghayati setiap watak lakonannya.

"Saya bertuah kerana ditawarkan berlakon untuk filem ini. Saya tahu siapa pengarah dan penerbitnya. Mereka bukan calang-calang orang.

"Jujurnya ada perasaan takut untuk kembali ke set penggambaran kerana saya sudah dua tahun tidak memegang skrip. Naskhah ini (Penanggal) adalah sesuatu yang baharu buat saya.

"Mujurlah saya mendapat banyak tunjuk ajar daripada pengarah. Pulang ke tanah air, selepas berehat selama dua hari saya terus mengikuti sesi latihan selama tiga hari.

"Seterusnya menjalani penggambaran sehingga kini," ujar penuntut bidang perniagaan dan pemasaran itu.

Penanggal yang menelan kos kira-kira RM2.1 juta memulakan penggambarannya selama 50 hari sejak 10 Disember lalu hingga semalam.

Antara lokasi penggambaran yang kebanyakannya dilatari kawasan belukar itu melibatkan Melawati dan Hulu Langat di Selangor, Kuala Kangsar, Ipoh dan Trong di Perak serta Pantai Penarik, Terengganu.

Senarai pemenang AJL 1986-2010



1986
Sekadar di Pinggiran / Francesca Peter
Manan Ngah / Lukhman S.

1987
Menaruh Harapan / Zaiton Sameon
A. Ali / Habsah Hassan

1988
Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu / Ramlah Ram
Ahmad Nawab / Wielid

1989
Isabella / Search
Search / Bob Lokman

1990
Janji Manismu / Aishah
Adam Ahmad / Wan Aishah

1991
Takdir dan Waktu / Mega
Rahim Othman / Juwie

1992
Pada Syurga di Wajahmu / Nash
Fauzi Marzuki / Bob Lokman

1993
Teratai Layu di Tasik Madu / Fauziah Latiff
Adam Ahmad / S. Amin Shahab

1994
Tanya Sama Itu Hud-hud / M. Nasir
M. Nasir / M. Nasir

1995
Cinta Beralih Arah / Aishah
Jari / Habsah Hassan

1996
Jerat Percintaan / Siti Nurhaliza
Adnan Abu Hassan / Hani M. J.

1997
Ghazal Untuk Rabiah / M. Nasir & Jamal Abdillah
M. Nasir / S. Amin Shahab

1998
Cindai /Siti Nurhaliza
Pak Ngah / Hairul Anuar Harun

1999
Andalusia / M. Nasir
M. Nasir / Loloq

2000
Balqis / Siti Nurhaliza
Pak Ngah / Hairul Anuar Harun

2001
Mimpi Laila / Yassin
Yassin / Yassin

2002
Keliru / Nurul & Ajai
Aidit Alfian / Aidit Alfian

2003
Bunga-bunga Cinta / Misha Omar
Adnan Abu Hassan / Adnan Abu Hassan

2004
Rela Kupujuk / Spider
Tam / Keon

2005
Gemilang / Jaclyn Victor
Aubrey Suwito / Asmin Mudin

2006
Terlalu Istimewa / Adibah Noor
Azlan Abu Hassan / Adibah Noor

2007
Itu Kamu / Estranged
Estranged / Richael Lawrence

2008
Lagu Untukmu / Meet Uncle Hussain
Taja & Tass / Taja, Tass & Lan

2009
Pergi / Aizat
Pete Teo / Pete Teo & Amran Omar

2010
Tolong Ingatkan Aku / Ana Raffali
Ana Raffali / Ana Raffali

Friday, January 27, 2012

A.Halim tubuh 'Mata Intan' semasa usia 14 tahun


Bagi penyanyi A. Halim yang popular pada era tahun 1960-an, dia juga tidak terkecuali menyelusuri saat-saat yang penuh dengan pengalaman manis sewaktu di bangku sekolah.

Menurut bekas pelajar Sekolah Menengah Batu Pahat, Johor, selain menimba ilmu, sekolah itu juga merupakan titik permulaan dia terbabit dalam bidang nyanyian. Kata pemilik nama sebenar Abdul Halim Md. Diah, di sekolah itulah dia bersama kawan-kawan menggilap bakat dalam bidang muzik.

“Di situ saya menubuhkan kumpulan pertama yang diberi nama Mata Intan. Ketika itu, saya baru berusia 14 tahun, dalam tingkatan dua. Minat itu timbul apabila saya bergaul dengan kawan-kawan satu sekolah yang mempunyai minat yang sama.

“Daripada situ, saya bukan sahaja bermain muzik tetapi juga mengasah bakat sebagai penyanyi. Saya tidak menyangka, bermula daripada minat dan hobi, ia berterusan sehingga saya menyanyi sehingga sekarang,” katanya kepada S3 sewaktu ditemui di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selepas Mata Intan, penyanyi pop yeh yeh berusia 65 tahun ini bersama rakan-rakannya menubuhkan pula kumpulan yang diberi nama D’Fiction. Anggota-anggota kumpulan itu yang berasal dari Batu Pahat dan Muar terus setia dengan irama muzik yang mereka perjuangkan itu.

Malah, kata bapa kepada enam anak dan 18 cucu ini, dia juga banyak menggilap bakat dalam bidang penciptaan lagu sewaktu terbabit bersama kumpulan tersebut. Kebanyakan lagu yang dipopularkan adalah lagu-lagu ciptaan sendiri yang terus diminati sehingga ke hari ini.

“Saya tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik tetapi berbangga kerana boleh menyanyi, bermain muzik dan mencipta lagu. Contohnya, lagu berjudul Kisah Dan Tauladan, saya cipta pada 1965, manakala lagu Salam Mesra pula, saya cipta pada 1966.

“Selepas lebih 40 tahun, saya bangga kerana lagu-lagu itu masih diminati sehingga kini termasuklah pendengar generasi baru. Ini membuktikan irama pop yeh yeh tidak luput ditelan zaman. Saya juga bersyukur dengan bakat dalam bidang seni yang dimiliki sejak di bangku sekolah kekal hingga kini,” ujarnya.

A. Halim yang kini merupakan peladang dan penternak sepenuh masa di Batu Pahat turut tidak menyangka akan terbabit dalam bidang nyanyian biarpun sejak kecil lebih terdedah dalam kerja-kerja pertanian serta penternakan.

Dia yang telah mencipta 18 buah lagu termasuk yang berjudul Doa Dan Harapan dan Teman Baru masih menyanyi pada usia emas. Malah, kerja-kerja di ladang kelapa sawit dan kolam ternakan ikan keli miliknya itu tidak menghalang daripada dia terus menyanyi.

“Selagi ada undangan persembahan nyanyian di mana juga, saya jarang menolak. Kalau ada tawaran merakamkan album baru juga, saya akan terima kerana masih sihat dan boleh menyanyi seperti dulu. Apatah lagi, saya pun sudah lama tidak merakamkan album baru.

Johan rupanya 'anak emak'

Johan bersama ibunya Datin Hajah Firdaus.


JOHAN anak jati Kuala Lumpur terus menjadi perhatian pengarah dan penerbit sehingga wajahnya tidak putus menghiasi kaca televisyen sejak kebelakangan ini.

Melonjak naik setelah memegang watak sebagai Botak menerusi drama bersiri Juvana, Johan Ariff Asari atau Johan Asari dilihat berjaya meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton sementelah lagi berjaya membawakan wataknya yang antagonis dengan baik.

Malah cubaannya menerusi drama bersiri Cinta Elysa sebagai teraju utama juga tidak menghampakan walaupun ada yang mengatakan dia tidak mampu menjiwai watak Aril dengan baik.

Lumrah sebagai bintang, Johan tidak dapat lari dari kontroversi dan pernah dikaitkan dengan pelakon Izreen Azmida dan heroinnya menerusi Cinta Elysa, Fasha Sandha. Namun semua itu tidak membuatkannya hanyut untuk terus mencipta nama.

Menjadikan pelakon Eman Manan, Datuk Rahim Razali, Farid Kamil dan Shahiezy Sam sebagai idola, anak muda yang baru berusia 26 tahun ini mengakui tidak pernah mengejar populariti.

Menurutnya, peluang yang diberikan pengarah Faizal Ishak, menerusi Juvana, tidak akan membuatkannya lupa diri, jauh sekali mendabik dada.

“Pesannya tidak pernah saya lupakan. Kalau mahu berjaya dalam bidang ini perlu serius terhadap apa sahaja watak yang diterima. Kalau boleh jangan memilih watak yang diberikan, maksudnya tidak semestinya hanya berlakon bagi watak utama sahaja sebaliknya menerima watak sampingan juga dan ini dilihat berhasil ketika saya melakonkan watak Botak dan Aril ketika melangkah ke bidang lakonan.

“Walaupun ramai berkata saya sudah dikenali dan semakin popular, namun semua itu tidak membuatkan saya lupa diri. Masih banyak yang saya perlu pelajari dalam bidang ini. Bahkan, saya perlu memastikan lakonan saya benar-benar berhasil di mata penonton.

“Buat masa sekarang, saya pasti mutu lakonan saya masih banyak yang perlu diperbaiki lebih-lebih pengalaman saya masih kurang jika dibandingkan dengan pelakon yang telah mencipta nama dalam bidang ini,” katanya.

Bercerita mengenai kehidupan peribadinya pula, siapa sangka, Johan rupanya 'anak emak'. Menurut Johan, dia dan ibunya memang rapat jika dibandingkan dengan ahli keluarganya yang lain. Malah sikap manjanya turut diakui emaknya sendiri.

Johan berkata, jika mempunyai waktu terluang, dia lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama emaknya, Datin Hajah Firdaus. Jika berkesempatan, dia juga sering menemani ibunya bertandang ke rumah saudara-mara mereka.

Thursday, January 26, 2012

Anne Ngasri: Saya tidak serik dengan perkahwinan

SUDAH berusia 28 tahun dan ibu beranak tiga, Anne masih banyak disogok dengan watak remaja kerana fizikal kecil dan sifat cerianya.


Aktres Naszriah Ngasri atau nama pentasnya Anne Ngasri mengakui dia kini sedang berkawan dengan seseorang dan tidak menolak andai jodohnya untuk menamatkan zaman janda datang dalam masa yang terdekat.

" Ya, saya sedang berdiet, bukan makan hati ya. Sebelum ini berat saya bertambah dengan banyak selepas melahirkan anak ketiga, jadi saya tekad untuk kuruskan badan.

Anne bergelar janda pada usia 26 tahun, sudah tiga tahun hidup bersendirian, bila mahu menamatkan zaman janda?

Tipulah kalau saya cakap saya tidak berkawan dengan sesiapa, memang ada tetapi masih dalam peringkat berkawan. Andai, jodoh datang dalam masa terdekat saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tidak serik dengan perkahwinan tetapi setakat ini belum ada perancangan ke arah itu (perkahwinan).

Wednesday, January 25, 2012

Setelah berjaya Stacy jual mahal ?



Barangkali, Stacy selebriti yang kalis terkena silau kontroversi. Walau sinarnya tidak secerah kali pertama menyertai program realiti sebelum Akademi Fantasia 6, dia kini berjaya membuka mata bahawa dialah bintang yang dicari.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 22, bagaimanapun baru-baru ini mula menjadi perhatian apabila seringkali membatalkan sesi fotografi pada saat akhir selain dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka Melayu.

Menjawab situasi sebenar berhubung isu itu, Stacy menjelaskan tiada masalah serius berlaku berkenaan penundaan sesi fotografi itu.

"Stacy sudah jelaskan mengenai perkara itu kepada pihak yang terbabit. Pertama kali membatalkan sesi fotografi itu kerana diserang senggugut, kedua disebabkan tiba-tiba Stacy ada persembahan di Kuching, Sarawak dan kali ketiganya kerana Stacy kena gastrik.

"Semua jadual Stacy diuruskan pihak pengurusan dan Stacy tidak boleh membantah," maklum Stacy.

Stacy dalam pada itu sudah jelaskan perkara sebetulnya dan pihak yang terlibat juga memahami.

"Stacy janji lepas ini kalau sakit pun Stacy akan pergi juga. Stacy akan cuba bagi yang terbaik selepas ini. Minta maaf atas kekeliruan yang berlaku," katanya yang tidak meminta dirinya dibom sedemikian.

Sebelum ini, Stacy tidak terlepas daripada dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka Melayu. Timbul juga tanda tanya adakah Stacy sanggup menukar agama demi cinta jika ditakdirkan suatu hari nanti bertemu jodoh dengan lelaki berlainan bangsa dan agama?

"Stacy baru 22 tahun, panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Mungkin orang cakap Stacy kasanova. Stacy tak nak serius ketika usia masih muda dan Stacy tak ada kawan yang serius pun sebab apabila ada teman lelaki, mungkin sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi kita bekerja.

"Stacy sudah ada keluarga yang sangat menyeronokkan dan gila-gila. Buat masa sekarang tidak perlukan teman istimewa lagi.

Rabecca nafi rumah tangga dilanda badai, dera anak tiri

REBECCA bersama suami, Nor Azam.


BERTIUP angin lintang membawakan perkhabaran kononnya rumah tangga pelakon Rabecca Nur Al Islam bergegar dilanda badai. Puncanya apabila si suami mula mengesyaki isteri tercinta tidaklah sebaik yang disangka.

Hati mana yang tidak kecewa apabila isteri yang diamanahkan menjaga anak tiri rupa-rupanya tidak menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Akhirnya cerita pelakon filem Keramat yang suka mendera fizikal dan emosi anak tirinya sampai ke pengetahuan si suami.

Akibatnya mahligai yang dibina setahun lalu itu bergoncang juga walaupun sebelum ini Rabecca menafikan sekeras-kerasnya dia ibu tiri yang jahat.

Bagaimanapun, sewaktu menghadiri majlis ulang tahun pelakon Datin Paduka Umie Aida tempoh hari, lain pula situasi yang disaksikan.

Kehadiran Rabecca yang lebih akrab disapa Becca bersama suami, Nor Azam Sulaiman, ditambah kemesraan yang ditonjolkan mereka sepanjang acara berlangsung seolah-olah menepis dakwaan mereka kini sedang berantakan. Malah, ketika diajukan soalan itu kepada pasangan ini, Rabecca dan suami menegaskan, tiada apa yang berlaku dan kebahagiaan masih menjadi milik mereka.

Tuesday, January 24, 2012

Siti belum terima tawaran 'Kekuatan Cinta'



Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza hanya fokus kepada kerjaya sebagai seorang penyanyi.

Bukan tidak pernah didatangi tawaran lumayan yang mahukan dirinya beraksi di layar perak tetapi Siti Nurhaliza tetap dengan pendirian.

Bagi penyanyi yang mesra disapa Siti itu, dia mengakui bidang lakonan bukanlah kekuatannya. Malah, Siti cukup sedar untuk menjadi pelakon yang baik memerlukan disiplin dan komitmen yang sangat tinggi.

Justeru, apabila namanya disebut bakal membintangi sebuah filem Indonesia berjudul Kekuatan Cinta, ramai yang mahu menyambut berita itu dengan senang sekali.

Apatah lagi, ia bakal menampilkan beberapa pelakon Indonesia dan Malaysia antaranya Nicholas Saputra, Christine Hakim, Dian Sastrowardoyo, Melissa Saila, Fasha Sandha dan Raja Ema, pastinya ia bakal menjadi sebuah filem hebat.

“Jujurnya, saya hanya mengetahui perihal itu apabila membacanya menerusi talian. Jika dilihat kepada senarai pelakonnya, memang cukup menarik dan bukan calang-calang.

“Tetapi, di pihak saya, kami belum menerima sebarang tawaran apatah lagi perbincangan dengan pihak terbabit berhubung filem ini.

“Barangkali, ia hanyalah niat dan impian pengarah serta penerbit filem itu yang mahukan saya muncul dalam filem mereka,” jelas Siti penuh diplomasi ketika ditemui usai majlis sidang akhbar Konsert Sinar Maulidurrasul 1433 Hijrah Muhammad Al Ameen di Cyberjaya, Khamis lalu.

Menyambung bicara, juara Bintang HMI 1995 itu memberitahu, sebelum dia membuat keputusan untuk membintangi mana-mana filem sekali pun, perkara pokok yang harus diutamakan adalah jalan cerita dan skripnya.

Selain itu juga, kata Siti, dia juga perlu memikirkan tentang masa memandangkan jadual seninya yang sentiasa padat selain daripada komitmen terhadap keluarga.

“Kalau ditanya kepada saya, sebenar-benarnya saya memang belum bersedia dan terbuka hati untuk berlakon filem atas faktor yang telah saya sebutkan tadi.

“Bukan apa. Bimbang kalau tidak memberikan hasil yang memuaskan. Kesannya akan terpalit kepada kita juga. Malah, penerbit dan pengarah juga pasti akan terkena tempiasnya.

“Untuk itu, biarlah masa yang akan menentukan bilakah masanya untuk saya berlakon filem,” kata penyanyi berusia 33 tahun ini sambil mengukir senyuman.

Monday, January 23, 2012

Disantau: Awie sedia memaafkan


"Saya sedia memaafkan orang yang melakukan santau terhadap saya." Demikian luahan penyanyi terkenal, Awie berhubung masalah kesihatan dihadapinya yang dikaitkan dengan ilmu hitam.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, baru-baru ini mengejutkan dunia hiburan dengan membuat pendedahan dia sakit teruk akibat perbuatan santau pihak tertentu.

"Ada beberapa orang yang cakap kepada saya supaya hantar semula benda itu kepada tuannya tetapi bagi saya, tidak perlulah kita berbuat demikian.

"Saya tidak berdendam, saya maafkan orang itu dan mengucapkan terima kasih banyak kepadanya," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Pertauliahan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) di sini hari ini.

Menurut Awie, dia kini masih dalam proses rawatan kerana belum sembuh sepenuhnya.

"Saya masih muntah-muntah. Saya hairan kerana saya tidak nampak perkara itu tetapi ia sememangnya berlaku.

"Salah seorang pengamal perubatan Islam yang saya temui memberitahu, apa yang saya alami agak keras. Bagaimanapun, saya masih berusaha dan meminta peminat mendoakan yang terbaik," katanya

Awie yang mula mencipta nama sebagai penyanyi dengan Kumpulan Wings sekitar penghujung tahun 1980-an berkata, masalah kesihatan yang dialaminya itu memang menyukarkan aktiviti hariannya.

"Pernafasan saya sering terganggu dan menghadapi masalah untuk menyanyi. Kalau hendak menyanyi atau membuat persembahan pentas, saya betul-betul kena kuat semangat," katanya.

Sunday, January 22, 2012

Perkataan terakhir Izwan Pilus sebelum meninggal

ARIL memberi penghormatan terakhir dengan menyiram air mawar di pusara Izwan yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin Melaka pada Sabtu lalu.



"BILA lagi kau ni nak pandai lipat baju? Nak tunggu aku mati baru kau nak lipat." Itulah antara tutur kata yang paling diingati oleh Khairul Azam Pilus, 27, atau Aril AF7 kira-kira dua minggu sebelum abangnya, Khairil Izwan Pilus, 33, atau nama pentasnya Izwan Pilus menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 20 Januari 2012.

Petang Jumaat lalu, penyanyi Izwan Pilus disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah (Sepsis) yang serius.

Menurut Aril, pada malam sebelum penyanyi berkenaan menghembuskan nafas terakhir, dia melihat keadaan arwah abangnya berada dalam keadaan yang sangat letih dan tercungap-cungap.

"Apabila melihat keadaannya seperti orang yang tidak sihat, saya menyuruhnya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Setelah dipujuk, akhirnya barulah dia bersetuju untuk pergi ke hospital."

Menganggap Izwan hanya demam biasa, keadaan menjadi sebaliknya apabila Izwan diserang sawan dan nazak.

Setelah beberapa jam mendapatkan rawatan, Izwan akhirnya disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang hari yang sama sewaktu hendak dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Antara yang berada di samping Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir adalah ibu bapanya, Normah Abdullah (ibu), Pilus Mohd. Jani (ayah), Aril, Khirul Aida (kakak), Nurul Nabilah (adik bongsu) serta saudara-maranya serta beberapa rakan baik.

Jenazahnya kemudian telah dibawa pulang ke Melaka dan dikebumikan berhampiran kubur arwah datuknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin, Melaka, pada hari Sabtu (21 Januari 2012).

Saturday, January 21, 2012

Rita terkejut Aidil pindahkan peralatan rumah

Kenangan manis Rita bersama Aidil Zafuan.


Rita buat hebahan terbaharu mengenai tindakan Aidil yang memindahkan barang peribadi dari rumah mereka. Lepas keluar dari rumah dan berada di lokasi yang tidak diketahui, tiba-tiba Rita dikejutkan dengan sepucuk surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil kepadanya.

Isi kandungan surat itu tidak pula diceritakan Rita, cumanya dia mengakui sangat terkejut dengan isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumahnya. Dengarnya, Aidil ada membuat tuntutan yang dikatakan langsung tidak masuk akal.

Terpanggil nak tahu pasal kes Rita dan Aidil, warwatan pun cuba risik-risik daripada kawan-kawan media, mujurlah ada yang tidak lokek berkongsi informasi. Kata seorang teman, Rita sekarang memang tak nak buat sebarang kenyataan sebab peguamnya tidak mahu kes yang sedang difailkan itu terganggu dengan kenyataan pelik-pelik.

Pasal Aidil pula, pemain bola sepak kebangsaan itu pula memilih jalan untuk tidak memberikan sebarang komen. Kawan wartawan ada menghubungi Aidil, tapi Aidil menerusi SMS enggan membuka keburukan Rita yang masih lagi isterinya yang sah. Lagipun kata Aidi, kisah rumah tangga adalah hal peribadi yang tak elok dikongsi dengan umum. Aidil juga minta maaf kerana buat masa ini, dia tidak mahu komen apa-apa pasal kenyataan Rita.

Hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan 2 anak, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 9 bulan.

Seniwati Azean Irdawaty meninggal dunia ??



Jika petang semalam, negara dikejutkan dengan berita kematian penyanyi Indah Lelapku, Izwan Pilus, pagi ini ramai pula dikejutkan dengan berita palsu kononnya seniwati Azean Irdawaty meninggal dunia, disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Umum sedia mengetahui, Azean kini sememangnya menderita kerana kanser.

Bagaimanapun, anak Azean, Elza Irdalynna, menghantar mesej menerusi Twitter, dengan berkata, ibunya masih sihat, sekali gus menafikan khabar angin yang bertebaran itu.

Friday, January 20, 2012

Pelakon drama curi barang solek ??



KUALA LUMPUR - Seorang pelakon drama televisyen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mencuri barang solek di sebuah pusat beli-belah dua minggu lepas.

Mazni Mahmud, 20, dituduh mencuri tiga bedak padat, tiga pengilat bibir dan beberapa barangan lain bernilai RM246.40 di Pasar Raya Carrefour Sri Petaling di sini pada pukul 9.30 malam 7 Januari.

Di dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd. Azali Ibrahim menetapkan 22 Februari ini sebagai tarikh sebutan kes dan membenarkan wanita itu diikat jamin RM700 oleh seorang penjamin.

Cif Insp. Nom Phot Prackdit bertindak sebagai pegawai pendakwa manakala Mazni tidak diwakili peguam.

Penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia


Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang tadi, di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.

Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.

Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.

Sementara itu rakan baiknya, Hairi memberitahu, arwah dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sesak nafas.

Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan pagi esok.

Arwah sebelum ini, menerusi Twitternya pernah mengadu masalah kesihatan.

Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari lalu antara lain berbunyi: "Tidak Lena tidor malam tadi sebab perut 'bloated' dek minum protien... Huh!! 'So I need my sleep now'!!!"

Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.

Pada Disember lalu, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya, Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi selepas
demam panas berpanjangan selama seminggu.

Thursday, January 19, 2012

WARDINA: RBF Mohon Maaf

WARDINA.


Pengendali blog RuangBicaraFaisal (RBF) memutuskan untuk menamatkan kontroversi berhubung kejadian samun melibatkan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah dan keluarganya, Khamis lalu dengan memohon maaf atas tulisannya baru-baru ini.

Semalam, Wardina menjemput penulis blog ruangbicarafaisal.blogspot.com itu agar menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang dilalui keluarganya minggu lalu lakonan atau pun kisah benar.

Mohd Faisal berkata, beliau tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi isu berkenaan.

"Atas dasar menghormati nasihat seorang pemimpin besar yang sampai ke pengetahuan saya melalui khalifah-khalifahnya, maka dengan ini saya tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi tulisan saya berhubung kes pecah rumah dan samun yang menimpa Wardina dan keluarganya," kata Mohd Faisal dalam entri terbaru di blognya.

Mohd Faisal menambah, beliau juga telah mengeluarkan tulisan-tulisannya sebelum ini berhubung persoalan-persoalan ditimbulkan.

"Tujuannya agar ia tidak terus menjadi perdebatan di ruangan komen yang boleh mengeruhkan keadaan," katanya.

Beliau menambah, "ada komen yang menyokong saya, ada komen yang menyokong Wardina. Apabila dibiarkan berterusan ia menjadi perdebatan hingga meleret-leret, dan keluarlah komen-komen yang menggunakan bahasa tidak sopan serta macam-macam cerita lain yang tidak ada kena mengena."

Beliau juga berkata, sepertimana yang dijelaskan olehnya semalam, kejadian yang menimpa Wardina benar-benar berlaku dan bukannya lakonan atau dirancang.

"Saya tamatkan isu tersebut disini dan sekali lagi saya mohon maaf kepada Wardina dan suaminya," katanya.

Laporan media semalam menyebut bahawa Wardina menjemput Mohd Faisal agar menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.

Bagaimanapun laporan itu menggunakan nama Exco Pergerakan Pemuda Umno itu Tun Faisal Ismail Aziz.

Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan itu.

"Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.

"Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut," ujar Wardina mengulas mengenai tulisan menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com yang mempersoalkan kononnya dia memperbesar-besarkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya semata-mata untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan publisiti.

Penulis blog itu juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya.

Biodata Aaron Aziz Pelakon Ombak Rindu

AAron bersama isteri.



Profile atau biodata Aaron Aziz
nama komersial: Aaron Aziz
nama sebenar: Aaron Mustapha Aziz
nama timangan: Aaron

tarikh lahir: 23 Februari 1976
tempat lahir: Pasir Ris, Singapura.

status: Berkahwin
Isteri: Diyana

pendidikan: Diploma Komunikasi Massa
kerjaya: Pelakon Filem, drama dan iklan

Aaron Aziz offical website: www.aaronaziz.com
Aaron Aziz facebook: www.facebook.com/pages/Aaron-Aziz/63699651473
E-mail: aaron@aaronaziz.com

note: Aaron Aziz adalah pelakon Singapura yang berjaya mencuba nasib di Malaysia..

Wednesday, January 18, 2012

Serius: AWIE KENA SANTAU



Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar ‘santau tuju-tuju’ kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, berkata serangan penyakit misteri itu dihidapi sejak beberapa tahun lalu, sebelum ia bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.

Menurutnya, kejadian terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.

“Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional.

“Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya.

“Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Serius: AWIE KENA SANTAU









IPOH - Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar ‘santau tuju-tuju’ kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, berkata serangan penyakit misteri itu dihidapi sejak beberapa tahun lalu, sebelum ia bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.

Menurutnya, kejadian terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.

“Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional.

“Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya.

“Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sejauh mana hubungan Diana Danielle dan Farid Kamil??


Meskipun hubungan pelakon kacukan, Diana Danielle dan Farid Kamil pernah dilanda badai sebelum ini, namun pasangan sama cantik sama padan ini berjaya mengekalkan percintaan mereka sehingga kini.

Tidak seperti pasangan artis lain, Diana dan Farid masing-masing selesa untuk tidak menggembar-gemburkan hubungan dan jarang tampil di khalayak secara berpasangan.

Namun begitu, tersebar khabar bahawa Diana dan Farid bakal mengikut jejak langkah pasangan Yusry-Lisa Surihani dan Awal Ashaari-Scha Al Yahya yang akan mendirikan rumah tangga, tahun ini.

Saat ditemui pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010, baru-baru ini, Diana hanya menganggap berita itu sebagai khabar angin.

Malah, aktres kacukan yang popular dengan filem Magika itu sendiri hairan bagaimana timbul spekulasi dirinya akan menamatkan zaman bujang.

“Cerita itu langsung tidak benar kerana kami tidak pernah merancang untuk melangsungkan perkahwinan tahun ini.

“Setakat ini, kami selesa dengan perhubungan ini dan hanya mampu menyerahkan pada masa untuk menentukannya,” katanya.

Menyulam cinta pada usia muda, Diana yang bakal menginjak 21 tahun November ini, bagaimanapun tidak menafikan dirinya sudah bersedia untuk memegang status isteri.

“Mungkin terlalu awal untuk saya berfikir mengenai perkahwinan, namun jika jodoh sudah sampai saya tidak menolak.

“Lagipun, dari kecil saya sudah berdikari dan yakin mampu menggalas tanggungjawab apabila sudah bergelar isteri.

“Malah, semua benda saya anggap sebagai cabaran dan setiap hari saya akan belajar memperbaiki diri,” katanya.

Monday, January 16, 2012

WARDINA: Azra tidak mahu perompak dimasukkan ke penjara



“Azra nak pencuri jadi baik, Azra tak nak dia masuk penjara.” Itulah yang sering diperkatakan Azra Fareera Ikhwan, 5, anak kedua selebriti, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot apabila teringat peristiwa hitam yang meragut perasaan selamat mereka, Khamis lalu.

Wardina berkata, sejak mereka sekeluarga berdepan situasi mencemaskan apabila rumahnya disamun tempoh hari, anak- anaknya masih lagi trauma terutamanya anak keduanya itu.

“Azra tidak banyak bercakap, sering terjaga dari tidur, tidak bergaul dengan kawan-kawan di sekolah, malah kini menjadi pendiam.

“Saya terpaksa memujuk Azra dengan mengatakan bahawa pencuri tersebut telah ditangkap polis dan segalanya selamat,” katanya kepada wartawan semalam.

Bagaimanapun, Azra sering mengingatkan agar pencuri tersebut tidak dimasukkan ke penjara dan diberi peluang menjadi baik.

“Hati saya tersentuh apabila mendengar permintaan Azra. Mulia sungguh hati anak kecil ini.

“Saya terpaksa menenangkannya dengan mengatakan pencuri itu tidak masuk penjara, tetapi kita suruh dia mengaji al-Quran dan berdoa jadi baik,” katanya.

Wardina berkata, anak sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan anak bongsunya Imran Ar-Razi, 3, kini beransur melupakan peristiwa pahit itu selepas dibawa bercuti ke Janda Baik minggu lalu.

“Imran masih kecil, dia mudah lupa. Amna pula sentiasa mengingatkan kami agar lebih berhati-hati.

“Saya risaukan perubahan Azra kerana dia masih trauma dan ketakutan,” katanya.

Sunday, January 15, 2012

Bob Af2 jayakan 13 episod 'Anak Iban United'



Bercerita perkembangan terbaru, Bob (AF2) “Tawaran berlakon sebenarnya ada cuma lebih tertumpu pada bidang nyanyian. Ada tawaran yang panggil pada saat akhir dan saya tidak dapat bersetuju kerana terikat dengan jadual persembahan.

“Merujuk pada Cinta Kura-Kura, saya terima tawaran ini secara kebetulan apabila tidak sibuk dengan persembahan pentas. Selepas mendapat tawaran, saya melihat konsep cerita ini suatu yang menarik.

“Bagi saya, persetujuan saya berlakon dalam filem ini kerana Nizam sendiri dan saya tahu cara kerja dia sangat kreatif. Begitu juga, saya memang teringin berlakon dalam filem membawa konsep imej janaan komputer (CGI),” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi promosi Cinta Kura-Kura di Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya.

Meletakkan diri pada mata penonton, Bob turut berbangga dengan pencapaian produksi KRU Studios yang berjaya menghasilkan filem yang membawa tarikan berbeza dari aspek penceritaan dan konsep.

“KRU membawa perubahan pada perkembangan filem tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi. Atas misi KRU sendiri menerbitkan filem berkualiti, saya juga tidak mahu lepaskan peluang untuk turut serta.

“Saya sendiri sempat menonton filem Cinta Kura-Kura yang belum disunting dan saya suka apabila melihat visual filem ini sangat meriah dengan pelbagai warna dan saya percaya ia boleh ditonton semua lapisan masyarakat,” katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan pengarah Nizam Zakaria, Bob memuji kreativiti pengarah berbakat ini dalam menghasilkan filem berbeza mengikut konsep CGI memberi kelebihan. Bob sebelum ini pernah bekerja dengan Nizam ketika membintangi drama bersiri, Hotel Mania juga terbitan KRU Studios.

“Saya seronok bekerja dengan Nizam kerana dia juga terbuka menerima idea pelakon. Selalunya, sebelum penggambaran dia akan memberi penerangan kepada pelakon mengenai lakonan dan syot yang dia mahukan.

“Bagi saya, cara kerja sebegini penting kerana ia memudahkan kerja pelakon itu sendiri untuk mendalami watak dan memberikan lakonan yang berkesan,” katanya.

Filem ke-10 terbitan KRU Studios ini turut mempersembahkan lagu tema, Pencinta Terbaik nyanyian kumpulan Sofazr ciptaan Edry Abdul Halim. Pelakon lain turut membantu, Tauke Raja Lawak, Harun Salim Bachik, dan Daus AF8 yang tampil sebagai anggota kugiran bersama Adam lakonan Aeril.

Sambil memberi sokongan pada promosi filem ini, Bob juga menyatakan dia baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri sebanyak 13 episod, Anak Iban United. Menariknya, dia meraih peluang membawakan watak lebih serius sebagai guru yang mengajar di sekolah pedalaman.) sebenarnya sudah terbabit dengan filem baru bersama pelakon jelita, Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel menerusi filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios. Dalam filem genre romantik komedi ini, Bob menggalas tanggungjawab membawa watak Amin, abang kepada Nani lakonan Tiz.

Bob berkata, pengalaman kembali ke lokasi penggambaran selepas sekian lama tidak berlakon memberi pengalaman menyeronokkan. Dia yang popular dengan ‘tagline’ mesra di kalangan peminat, menyatakan minat terhadap lakonan masih ada, tetapi sukar memberi komitmen kerana kesibukan tawaran menyanyi.

Saturday, January 14, 2012

Wardina dan keluarga alami trauma

Keluarga Wardina.



“Saya tidak sangka kejadian ini berlaku dua kali dalam tempoh yang singkat.”

Demikian luah Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, apabila rumah barunya yang sedang diubahsuai di Petaling Jaya turut dipecah masuk.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan beliau mengalami kerugian hampir RM20,000, sama seperti kerugian ditanggung Khamis lalu.

“Saya tidak menyangka insiden sama berlaku ke atas rumah baru itu yang masih belum diduduki.

Beliau berkata, kejadian Khamis lalu itu juga memaksa suaminya, Ikhwan Johari, 37, meningkat tahap keselamatan dengan memasang beberapa kunci tambahan.

Kejadian samun itu turut membawa kesan terhadap tiga anaknya yang kini mengalami trauma.

Sebagai langkah terapi, Wardina bersama suaminya, membawa anaknya bercuti untuk mendapat ketenangan.

Anak pasangan itu, Amna Nafeesa, 8, Azra Fareera, 5, dan Imran Ar-Razi, 3, kini tidak berani pulang ke rumah, selepas kejadian itu.

“Selepas kejadian hitam itu, mereka kurang bercakap. Sering bersendirian dan kerap terjaga daripada tidur. Selepas dua hari di sini, mereka nampak tenang, tetapi masih trauma dan tidak mahu pulang ke rumah,” katanya, semalam.

Menurutnya, kejadian itu bukan hanya sebagai samun harta bendanya malah turut meragut kekuatan dan kebahagiaan mereka sekeluarga.

“Saya sebagai orang dewasa menerima kejadian ini dan boleh membina kekuatan diri tetapi bagaimana dengan anak saya? Mereka sebelum ini kuat, tabah dan ceria tetapi semua itu turut diragut oleh penjenayah tersebut.

“Saya tidak kisah jika barang di dalam rumah dilarikan, tetapi apabila dikenang, saya berasa amat marah kerana bukan mudah untuk mengembalikan kekuatan dalam diri anak-anak,” katanya.

Katanya, beliau tidak pasti bila mereka akan pulang ke rumah memandangkan anak-anaknya masih terkenangkan kejadian tersebut.

“Jika kesan trauma ini tidak hilang, saya bersama suami akan menggunakan khidmat pakar. Anak-anak amat bermakna. Saya sebagai ibu tidak sanggup melihat mereka menderita,” katanya.

Sementara itu, Wardina Safiyyah dan keluarga disaran menghadiri sesi kaunseling, bagi mengatasi kesan trauma selepas kejadian malang itu.

Ketua Program Pembangu­nan Manusia, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Khadijah Alavi berkata, jika tidak, kesan trauma itu akan berpanjangan.

“Bagi kanak-kanak, mereka mudah cepat lupa. Namun untuk jangka masa panjang, kemungkinan insiden ini akan menghantui jiwa.

“Oleh itu, terapi kaunseling adalah jalan terbaik. Pakar lebih mengetahui kaedah terbaik,” katanya.

Friday, January 13, 2012

Fazura- Neelofa bergaduh kerana perebutan VVIP ?

Fazura bersama Neelofa



'Perang dingin' antara pelakon jelita, Fazura dan bekas Dewi Remaja, Neelofa semakin mendapat perhatian peminat dan juga media.

Sebelum ini mereka pernah dikatakan bergaduh ketika penggambaran drama Tahajjud Cinta. Pergaduhan itu didakwa berpunca dari perebutan kekasih yang juga merupakan seorang VVIP,

Namun, baik Fazura mahupun Neelofa menafikan perkara itu dan bersikap profesional di hadapan media.

Pun begitu, perang dingin mereka dikatakan masih berterusan. Terbaru, Fazura dikatakan menyindir Neelofa menerusi Twitternya, walaupun tidak mendedahkan nama aktres jelita itu.

Bagaimanapun, pelakon Pisau Cukur ini menafikan perkara itu. Menurut Fazura, setiap status yang dipamerkan menerusi Twitternya tidak ada kena mengena dengan sebarang individu termasuklah Neelofa.

“Semua status yang saya buat tidak langsung ada kena mengena dengan sesiapa pun melainkan diri saya sendiri, tapi kalau ada pihak terasa terpulanglah kepada mereka.

“Saya tidak bergaduh dengan sesiapa dan kalau ada pihak menyatakan saya syok sendiri pun saya tidak kisah,” ujar Fazura dengan penuh makna.

Tidak mahu memusuhi sesiapa, kata Fazura, dia tidak pernah ada masalah dengan pelakon yang sedang meningkat naik itu.

Beralih mengenai hubungannya dengan seorang kerabat raja, dengan pantasnya Fazura berkata, 'No komen'.

Pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini, menegaskan dia tidak mahu isu peribadi mengatasi kerja-yanya dalam industri ini.

Thursday, January 12, 2012

Fasha Sandha bernikah di selatan Thailand ?

FASHA menegaskan tidak akan merahsiakan kepada rakan-rakan media seandainya tiba masa buat dia dan Jejai mendirikan rumah tangga.


KISAH percintaan yang terjalin antara pelakon Fasha Sandha, 28, dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, sudah mencecah dua tahun, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan pasangan tersebut bakal berkahwin dalam tempoh terdekat ini sehingga pelbagai spekulasi dibuat oleh segelintir pihak.

Fasha dan Jejai dikatakan akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac sempena sambutan ulang tahun kelahiran pelakon berkenaan pada 28 Mac ini setelah gambarnya memakai gaun pengantin di sebuah butik tersebar di Internet.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu tersebar pula gosip di beberapa laman blog hiburan tempatan mendakwa kononnya kedua-duanya sudah menjadi pasangan suami isteri setelah bernikah di selatan Thailand!

Berkesempatan bertemu pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu pada majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP 2011) baru-baru ini, Fasha menitipkan jawapan tentang semua kisah hangat yang membabitkan dirinya itu.

Katanya, tidak benar kerana kami berdua memang belum mendirikan rumah tangga lagi dan buat apa kami hendak bernikah di sana. Saya menganggap semua cerita yang timbul itu adalah sekadar spekulasi semata-mata.

Saya sedar dalam usia yang sudah mencecah 28 tahun ini, memang ramai peminat yang mahukan saya segera berkahwin. Mungkin itu adalah salah satu punca yang menyebabkan cerita saya akan menamatkan zaman bujang selalu tersebar.

Rompak: Wardina serah cincin pusaka nenek dan gelang hantaran perkahwinan

Wardina bersama anak-anaknya.


"Keluarga saya tak putus-putus membaca ayat suci al-Quran agar kami sekeluarga dilindungi oleh ALLAH dan tidak diapa-apakan oleh perompak."

Demikian kata Wardina Safiyyah Fadlullah, pelakon dan model, ketika menceritakan detik-detik cemas sewaktu rumahnya di Bukit Utama 2 dekat sini, dipecah masuk tiga perompak bertopeng, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 3.15 pagi ini disedari Wardina apabila tubuhnya digerakkan oleh perompak semasa dia tidur berseorangan kerana demam.

Wardina berkata, suaminya, Ikhwan Johari pula tidur bersama anak lelakinya di bilik lain dan tersedar apabila perompak tersebut turut menggerakkan suaminya.

Menceritakan saat cemas itu lagi, Wardina berkata, kerana terlalu takut, dia cuba melindungi dirinya dengan hanya berselimut.

"Saya cuba elakkan muka saya dilihat dengan berselimut kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas diri saya dan hanya kalimah Allah yang saya mohon bantuan ketika itu.

"Kemudian perompak tersebut meminta barang kemas saya tetapi saya tiada barang kemas kecuali cincin pusaka nenek dan gelang hantaran perkahwinan yang saya serahkan," kata Wardina.

Katanya, kemudian tiga anaknya, suami dan seorang pembantu rumah berkumpul dalam biliknya dengan berselimut sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan harapan hati perompak tersebut dapat dilembutkan.

Dia menambah, sewaktu keluarga tidak henti-henti melafazkan kalimah suci al-Quran, perompak tersebut tidak tenang dan berkali-kali mengarahkan mereka berhenti melafazkannya.

"Pada waktu itu juga, seluruh keluarganya nampak dengan jelas ketiga-tiga perompak tersebut termasuklah anak lelakinya yang meraung menangis dan kini dalam keadaan trauma dengan kejadian tersebut.

"Mujurlah semasa kejadian itu, jiran di belakang rumah saya menyedari sesuatu berlaku dan menghubungi pengawal keselamatan taman supaya menyiasat apa yang berlaku.

"Sebaik sahaja perompak tersebut dengar pengawal keselamatan tiba , barulah ketiga-tiga perompak tersebut beredar," kata Wardina lagi.

Wardina dan Ikhwan mempunyai tiga anak.

Wednesday, January 11, 2012

Ezani juara MasterChef Malaysia ilham dari MasterChef Australia

Ezani juara MasterChef Malaysia Pertama.



Siapa sangka, seorang doktor gigi yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia kulinari membuahkan hasil yang cukup lumayan apabila Ezani Farhana membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Tidak cukup dengan itu, seperti yang dijanjikan kepada semua juara francais MasterChef di seluruh dunia, anak kelahiran Kajang, Selangor itu turut memperolehi kontrak untuk menerbit dan mengedarkan buku masakannya sendiri.

Sewaktu ditemui pada episod terakhir, Santapan Penamat di Tapis Rouge, Encorp Strand, Kota Damansara, Kuala Lumpur, hujung minggu lalu, Ezani Farhana atau mesra disapa sebagai Ezani masih menganggap dirinya seperti bermimpi.

Walaupun keputusannya telah diumumkan dua minggu lalu tetapi Ezani bagaikan tidak percaya apabila dia dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia setanding dengan barisan juara daripada francais program realiti masakan popular itu.

Biarpun sudah memegang status juara, tetapi bagi Ezani, dia masih belum memutuskan untuk meninggalkan kerjaya profesionalnya.

"Saya menyertai MasterChef Malaysia kerana minat yang sangat mendalam terhadap bidang kulinari. Memang dari kecil saya suka memasak dan menjadikan ibu saya sebagai idola dalam bidang masakan.

"Tetapi saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan bidang kulinari sebagai karier saya memandangkan ahli keluarga saya semuanya mempunyai pekerjaan profesional.

"Jadi secara tidak langsung saya mengikut jejak langkah mereka dan memilih bidang pergigian sebagai pekerjaan saya," jelas Ezani.

Ezani, 26, berjaya menewaskan pesaing terdekatnya, Wahidan Abang Supain, 42 yang hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan naib juara.

Untuk episod penamat, Ezani telah menyediakan tiga juadah iaitu Salad Kekapis Nusantara sebagai hidangan pembuka selera, Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (hidangan utama) dan Kek Ubi Bit Berempah (pemanis mulut).

Menyambung bicara, Ezani memberitahu dia bukan hanya suka turun ke dapur untuk menajamkan lagi skil masakan tetapi juga merupakan seorang yang obses tentang dunia masakan.

Apa sahaja program masakan baik tempatan mahupun antarabangsa menjadi rancangan yang cukup digemari oleh Ezani.

Dan sudah pasti, francais MasterChef antara program yang berada pada tangga pertama untuk rancangan masakan yang cukup diminatinya.

"Sewaktu menuntut di Australia, MasterChef Australia merupakan program yang tidak akan saya lepaskan.

"Dari situ, saya melihat bagaimana pesertanya memasak dan beraksi di dapur lalu ia memberikan inspirasi kepada saya untuk memberanikan diri menyertai MasterChef Malaysia.

"Dalam masa yang sama juga, saya suka membaca dan membeli buku resipi. Dari situ, saya mendapat pelbagai idea untuk muncul dengan resipi sendiri sepanjang berada dalam MasterChef Malaysia," ujar Ezani yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik.

Siti Nurhaliza antara 4 yang ditawar untuk 'Kekuatan Cinta'







Sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia menyatakan minat untuk menawarkan kepada diva tanah air Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk muncul dalam filem berjudul 'Kekuatan Cinta'.

PT Kentfilms Production mahu menggandingkan Siti Nurhaliza dengan pelakon top Indonesia Nicholas Saputra dalam filem yang dirancang akan dimulakan penggambaran tidak lama lagi dan siap untuk tayangan di pawagam Indonesia pada tahun ini.

Beberapa bintang dari Malaysia seperti Fasha Sandha, Melissa Saila dan Raja Ema akan juga diundang berlakon dalam filem itu, yang turut menyenaraikan bintang Indonesia seperti Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo.

Sutradara Iwan Sardi, yang bakal mengarahkan filem itu, berharap Siti Nurhaliza sudi menerima tawaran itu nanti memandangkan populariti Siti Nurhaliza di Indonesia masih bertahan sehingga kini.

Penampilan Siti Nurhaliza dalam filem Kekuatan Cinta itu ialah sebagai bintang undangan, katanya di sini kelmarin.

Filem Kekuatan Cinta, kata Iwan adalah adaptasi daripada novel popular tulisan Sastri Y Bakri dan akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Malaysia.

Ia mengisahkan kesetiaan seorang isteri kepada suami yang menderita sakit yang akhirnya membawa maut kepada suaminya itu.

Keunikan filem ini ialah pemaparan adegan percintaan antara lelaki Indonesia dengan wanita Malaysia.

Iwan dan Pengarah Utama PT Kentfilms Production, Edy AS sebelumnya mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan di pejabatnya di sini bagi meminta pandangan mengenai kemungkinan menjalinkan kerjasama dalam penerbitan filem itu dengan syarikat penerbitan dan karyawan filem dari Malaysia.

Iwan berkata pihaknya menyambut baik jika ada syarikat penerbitan filem atau mana-mana pengarah Malaysia yang mahu bekerjasama dengannya untuk menghasilkan filem itu, demi faedah kedua-dua negara.

Tuesday, January 10, 2012

Idea penjenamaan Boboi

Afdlin dalam MLM



Mengimbau mengenai idea penjenamaan Boboi, Afdlin dan Harun pernah terlintas untuk menamakan kumpulan mereka, Afrun untuk singkatan Afdlin dan Harun.

Setelah difikirkan, nama itu tidak sesuai untuk mereka sehinggalah Dr Azizan memberi cadangan untuk nama Boboi.

“Cadangan tersebut sangat menarik dan menepati cita rasa kanak-kanak dengan perkembangan isu-isu semasa. Untuk memvariasikan watak Boboi agar dapat ditonton oleh semua lapisan umur, kami bukan hanya menceritakan Boboi Yut dan Boboi Wa, malah watak mama, papa dan Gegirl turut dihasilkan.

“Bukan kami tidak percaya kepada kekuatan watak Boboi, tetapi jika dikembangkan dengan pelbagai watak yang berkesan, pasti Boboi mencipta fenomena tersendiri.

“Kumpulan sasar kami bukan sahaja tertumpu kepada kanak-kanak, tetapi semua lapisan umur. Di MLM, watak yang diperkenalkan tidak terlalu berkembang kerana menghadapi masalah kekangan masa. Jadi, kami bersepakat untuk mengembangkan watak kepada peminat setia Boboi,” katanya yang bakal muncul dalam konsert lawak, Lawak Ke Der, di Istana Budaya, bersama barisan pelawak lain.

Umum sedia maklum, takhta Maharaja Lawak Mega (MLM) dijuarai Osbon orang lama, Os dan Abon. Sementara Boboi terpaksa akur dengan tempat kedua.

Bob Lokman Beri Kenyataan Pada JAIP


Pelawak dan penulis lirik, Mohd Hakim Lokman, 47, atau Bob Lokman hadir ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah dan Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) semalam selepas menangguhkan perjumpaannya pada 5 Januari lalu.

Bob Lokman yang hadir bersama peguam belanya, Mohd Fadzli Mohd Ramli kelihatan tenang ketika melangkah masuk ke dalam pejabat Jaip sambil diiringi kira-kira 30 penyokongnya.

Pertemuan bersama Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaip, Ahmad Raffli Ab. Malek selama hampir satu jam itu berakhir dengan tenang dan profesional.

Ketika ditemui, Mohd Fadzli berkata, anak guamannya hadir untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan kes.

Bagaimanapun katanya, beliau kurang bersetuju dengan akta yang dikenakan kepada Bob Lokman kerana menurutnya anak guamannya itu bukan menyampaikan ceramah agama sebaliknya berkongsi pengalaman hidup bersama jemaah masjid.

“Kita akan menunggu tindakan lanjut dari pihak terbabit. Sekiranya diperintahkan untuk ke mahkamah, kita akan lawan,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau mahu kes ini dipertimbangkan sebaiknya kerana bimbang ada campur tangan politik.

“Jika Jaip benar-benar mahu memantau aktiviti penyebaran agama di negeri ini, mereka sepatutnya mengenakan tindakan kepada guru agama serta guru mengaji yang tidak bertauliah.

“Jika tidak, tindakan yang dikenakan ke atas anak guaman saya dianggap sebagai ‘pendakwaan terpilih’,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Raffli mengesahkan mengambil kenyataan Bob Lokman berikutan kesnya itu.

Katanya, pihaknya akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

“Siasatan bukan sahaja melibatkan Bob Lokman tetapi turut merangkumi tindakan jawatankuasa masjid dan penganjur yang membenarkan individu tanpa tauliah menyampaikan ceramah di masjid,” katanya.

Ahmad Raffli berkata, setelah selesai menjalankan siasatan terhadap individu yang terlibat, pihaknya akan menyerahkan bukti siasatan kepada Ketua Pendakwa Syariah untuk tindakan lanjut.

Dalam laporan sebelum ini, Bob Lokman didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, di sini dan telah diberi notis oleh Jaip atas dakwaan­ itu.

Ini dia cik Piah segmen Sembang Sinar

Nor Shafiza Iskandar Azizan atau nama komersilnya Feeya


Bermula dengan hanya mahu mencuba nasib dengan menyertai program realiti, Anak Wayang pada 2010, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau nama komersilnya Feeya tidak mensia-siakan pakej dan bakat yang ada pada dirinya untuk diketengahkan sebagai seorang penyampai radio.
“Selepas tersingkir daripada Anak Wayang, kebetulan stesen radio Era FM membuka uji bakat mencari penyampai radio.

“Ketika itu, lima peserta Anak Wayang termasuklah saya menghadiri uji bakat tersebut untuk mencuba nasib dan Alhamdulillah, nasib menyebelahi saya kerana berjaya melayakkan diri menjadi seorang deejay,” katanya.

Feeya berkata, kejayaannya itu dianggap sebagai rezeki hasil usahanya sendiri mengetengahkan bakat dan kelebihan yang ada.

“Setelah berjaya dipilih menjadi penyampai radio di Era FM separuh masa selama setahun lebih, saya ditawarkan berkhidmat di stesen radio XFM selama dua bulan.

“Akhirnya saya juga ditawarkan oleh stesen radio Sinar FM untuk menjadi penyampai sepenuh masa sehingga ke hari ini,” katanya yang mengendalikan segmen Sembang Sinar, Sinar Petang dan Arena Rock, bermula jam 1 hingga 4 petang.

Dikenali dengan panggilan Cik Piah yang suka berceloteh, ia dilihat serasi dengan empunya diri yang suka bercakap. Malah saban hari, gadis manis ini semakin disenangi pendengar.

“Saya langsung tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan karier sebagai penyampai, bagaimanapun saya bernasib baik kerana bercakap adalah kelebihan saya.

“Semasa berada di sekolah menengah, saya banyak menyertai pertandingan pidato dan syarahan kerana saya amat meminatinya dan tidak hairanlah bagaimana saya boleh kendalikan karier saya sebagai penyampai sehingga ke hari ini,” katanya.

Disentuh mengenai cabaran dan rintangan yang dilaluinya sepanjang bergelar deejay radio, Feeya berkata, dia harus mempersiapkan dirinya sebelum menduduki kerjaya itu.

Menurutnya, sebagai penyampai radio, seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan secukupnya untuk memberi informasi berguna kepada pendengar dan bukannya sekadar bercakap kosong.

“Saya perlu banyak membaca supaya tidak ketinggalan dengan isu-isu semasa yang berlaku untuk dikongsi bersama pendengar dan juga perlu memastikan sumber yang diperoleh adalah benar.

“Selain itu, saya juga perlu sentiasa berhati-hati sebelum bercakap terutama dari segi sensitiviti kerana ianya bakal menimbulkan masalah sekiranya berlaku sebarang kesilapan,” katanya.

Feeya juga turut berkongsi tip bagi memastikan pendengar mengikuti segmen yang dikendalikannya.

“Saya sentiasa menjadi diri sendiri sepanjang ke udara di corong radio dan keadaan ini membuatkan saya berasa lebih selesa dan tidak kekok menjalankan tugasan ini,” katanya.

Sunday, January 8, 2012

Album ke-17 Jamal Abdillah dilancar

Maglin Dennis D"Cruz (dua kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maju Holding Sdn. Bhd,, Wan Shariman Wan Mohamed (kiri) dan Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Daren Choy (dua kanan) semasa majlis pelancaran album Jamal Abdillah di Kuala Lumpur, semalam.



Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D"Cruz malam tadi melancarkan album ke-17 penyanyi Jamal Abdillah yang turut memuatkan lagu-lagu seniman era 50-an dan 60-an.

Album Raja Pop 2 yang diterbitkan sendiri oleh Jamal, antara lain mengandungi lagu-lagu S. Effendy dan Yopie Latul.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sebanyak 10 lagu dimuatkan dalam album itu yang menyaksikan lapan lagu lama diberi nafas baru, manakala bakinya lagu baru termasuk berentak rap.

"Eksperimen lagu rap adalah untuk mengikut arus perkembangan muzik semasa dalam menambat hati peminat dalam kalangan golongan muda," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran album itu di Maju Junction Mall.

Angkara kawan, Salih Yaccob hampir bercerai

SALIH dan Norraha bersama anak keempat dan anak bongsu mereka Muhammad Ekhsan dan Effa Fateha.


SETELAH berkahwin buat kali keempat dengan gadis pilihannya, Samihah Sheik Amy, 26, pada 30 Mei lalu, deejay popular Sinar FM, Salih Yaccob, 50, mengimpikan kebahagiaan hidup yang abadi bersama isteri-isterinya.

Namun siapa sangka, setelah rumah tangga keempat dibina, badai melanda hidupnya hingga menggugat kebahagiaan yang terbina sekian lama.

Semuanya gara-gara individu tertentu yang cemburu melihat kebahagiaan rumah tangga yang berjaya dilayari dengan aman damai selama ini.

“Bukan mahu mendabik dada tetapi sebagai seorang lelaki yang mengamalkan poligami, saya tidak berbohong kepada isteri-isteri saya apabila mahu berkahwin buat kali keempat.

“Saya bersyukur dikurniakan isteri yang memahami. Tapi...sayangnya ketika saya baru melayari bahtera keempat, rumah tangga saya dengan isteri kedua hampir musnah!

“Sebenarnya setiap perkahwinan baru memang ada dugaannya. Namun perkahwinan keempat dugaannya amat besar kerana saya hampir bercerai dengan Raha disebabkan hasutan seseorang yang di luar daripada hidup kami,” dedah Salih dalam satu pertemuan di kediaman isteri keduanya, Norraha Hamad,44, di Desa Pandan, Khamis lalu.

Bagi Salih, dia tidak pernah terfikir kebahagiaannya tergugat gara-gara individu yang datang dalam kehidupan mereka rupa-rupanya mempunyai niat jahat.

“Sebagai suami kepada empat orang isteri dan ayah kepada 11 orang anak, hidup saya hanya untuk membahagiakan mereka.

“Saya tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain kerana urusan kerjaya dan seni saya diuruskan oleh isteri kedua dan keempat.

“Sayangnya, kemunculan individu berkenaan yang datang bagaikan sahabat sehingga bermalam di rumah isteri-isteri saya sanggup menabur fitnah dan menghasut mereka.

“Jika sekali dua mungkin ia tidak berjaya, tetapi hati seorang wanita memang rapuh. Walaupun pada mulanya ia keras tetapi akhirnya, Raha kalah dan kami hampir bercerai,” cerita Salih sambil memandang Raha yang berada di sisinya dengan penuh kasih.

Pelbagai usaha dilakukan Salih dan hampir luluh hatinya apabila mendekati Raha yang bagaikan tidak pernah dikenali walaupun hampir 20 tahun hidup bersama.

“Sedih hati saya kerana jiwa Raha kosong. Dalam hatinya tidak ada setitik pun kasih sayang terhadap saya kerana yang ada hanyalah kebencian yang membara.

“Ketika itu, saya hampir putus asa namun saya berbalik kepada takdir Tuhan dan sebagai suami yang masih sayangkannya saya tidak mahu mengaku kalah dan sentiasa berdoa.

“Alhamdulillah, akhirnya Raha tersedar dan kasih sayang kami bertaut semula, Kini saya sedang berusaha membeli empat unit kondo untuk keempat-empat isteri saya.

“Kondo dua tingkat itu terletak di kawasan eksklusif dan mereka akan duduk bersebelahan,” cerita Salih sambil mendedahkan itulah sebab mengapa dia menolak apabila penulis mahu mengambil gambarnya bersama isteri- isterinya di awal perkahwinan keempatnya.

Raha yang sejak awal mendiamkan diri sepanjang perbualan kami itu, tiba-tiba berkata;

“Kesian Abang, banyak dugaan yang dihadapinya. Raha sendiri tak tahu kenapa Raha boleh termakan hasutan individu berkenaan. Pada waktu itu, Raha benci sangat tengok Abang yang didakwa individu itu tidak adil pada Raha.

“Setelah kejadian itu, Raha jadi takut bukan sahaja untuk bercakap dengan kawan-kawan, malah dengan madu-madu pun Raha takut.

Saturday, January 7, 2012

Tema perkahwinan Ezlynn berkonsepkan musim luruh di Sepanyol

Ezlynn dan Adam semasa majlis pernikahan mereka.



DISATUKAN pada 20 November lalu dengan jejaka pilihan hati juga pengurus peribadinya, Adam Fahmy, kini penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Azline Ariffin atau Ezlynn sibuk membuat persiapan untuk majlis resepsi khas di Crowne Plaza Mutiara, Rabu ini.

Pastinya paling menjadi perhatian pada majlis tajaan Raflesia Pearl Wedding dan bertemakan musim luruh di Sepanyol itu ialah busana bakal digayakan Ezlynn.

Tambahan pula, sewaktu diumumkan membabitkan penajaan resepsi dirancang, tiga pereka diberi tanggungjawab menghasilkan salinan persandingan buat pasangan pengantin baru ini.

Ditemui ketika sesi suai padan busana direka Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd kelmarin, Ezlynn berkata, pada peringkat awal, tidak dinafikan berasa bimbang apabila diberitahu gaun pengantinnya akan ditangani tiga pereka.

“Memang saya terkejut kerana ini kali pertama saya mendengar tiga pereka fesyen menghasilkan satu busana. Tidak dinafikan, saya turut teragak-agak dan tidak berapa pasti mengenai gaun yang bakal dihasilkan.

“Begitupun, selepas diterangkan bagaimana ia dilaksanakan, baru saya faham. Ketiga-tiga pereka ini membahagikan kerja di mana tumpuan diberikan kepada bahagian atas baju, ekor gaun dan seorang lagi membuat layah labuh,” katanya yang mengakui berdebar menantikan detik 11 Januari ini.

Kata Ezlynn, apabila tiga orang menghasilkan busana ini, ia menjadi bertambah baik kerana masing-masing mempunyai idea. Apabila idea dimiliki mereka dicantumkan, ternyata hasilnya benar-benar memukau.

“Saya secara peribadi menyukai apa yang mereka lakukan terhadap baju pengantin bertemakan musim luruh di Sepanyol ini. Yang menariknya mengenai potongan busana pengantin ini, lengannya tidak sampai ke bawah. Paling penting, ia tidak terlalu seksi.

“Fabriknya didatangkan daripada gedung Jakel dan ia akan disulam dengan mutiara Laut China Selatan dan Tahiti. Keseluruhan baju itu saja, belanjanya dianggarkan bernilai RM80,000 hingga RM100,000,” katanya.

Sebelum kerja-kerja menjahit bajunya dimulakan, Ezlynn bersama Nurliza, Sya dan Mariam berkunjung ke Jakel di Kuala Lumpur pada 3 Januari lalu untuk memilih fabrik yang akan digunakan untuk gaun perkahwinannya.

Majlis berkonsepkan musim luruh di Sepanyol itu bertemakan warna-warna emas, kuning dan perang. Sesuai dengan tema itu, kata Ezlynn, pemilihan fabrik penting bagi menghidupkan suasana.

Bukan Ezlynn saja yang akan bergaya hebat pada malam itu, malah empat pereka itu bersama pelakon Neelofa yang menjadi pereka kasut Ezlynn akan menjadi pengapit Ezlynn dan menggayakan warna-warna ala mediterranean itu.

Kata Ezlynn, ketika mereka sibuk menjalankan tugas masing-masing bagi memastikan penampilannya hebat malam itu, dia turut bekerja keras untuk mengecilkan kembali tubuhnya yang sedikit berisi.

Friday, January 6, 2012

Raja Lawak 6 format baru !!

MASUK gelanggang. Barisan finalis Raja Lawak musim keenam yang bakal bertarung sesama sendiri.


Raja Lawak musim ke 6 kembali dengan menampilkan 12 finalis yang telah bersedia untuk berentap di Gelanggang Raja Lawak sekali gus merangkul gelaran Raja Lawak musim terbaharu ini.

Mereka termasuklah kumpulan Zero, Skema, 2yol, Gman, Albob, Shiro, Riki, Selak, Ketupat, King serta peserta solo, Kodan.

Terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Astro bagi memastikan Raja Lawak kali ini terus segar dan selari mengikut peredaran industri lawak jenaka yang semakin rancak berkembang.

“Saya mewakili pihak Astro Warna berasa amat teruja dan sudah tidak sabar lagi untuk membuka Gelanggang Raja Lawak menerusi saluran ini bersama 12 peserta yang telah dipilih menerusi sesi saringan pemilihan yang ketat,” ujar Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani.

Buat pertama kalinya, program ini bakal membawa masuk khidmat pelawak yang pernah dicungkil bakat mereka melalui Raja Lawak musim lalu bagi mencurahkan ilmu kepada para peserta.

Mereka terdiri daripada Angah dan Kumpulan Jambu yang terdiri daripada Yus dan Tauke yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Cif Kecik dan bertindak sebagai penasihat kepada peserta di bawah pemerhatian mereka yang telah dipecahkan menjadi beberapa kumpulan sebelum mengadakan persembahan setiap minggu.

Sementara pengarah, pelakon dan penerbit, Ahmad Idham telah dilantik sebagai Cif Besar bagi memantau Cif Kecik serta para peserta yang di bawah seliaan mereka.

“Saya keliru pada awalnya kerana dipilih. Namun akhirnya saya difahamkan tentang fungsi saya dalam program ini yang bukan mahu mengajar mereka untuk menyuntik tentang pengisian komedi yang dimahukan penonton hari ini.

"Kita tidak akan ganggu kreativiti mereka namun kita akan tambah 'perisa' untuk mantapkan lagi pengisiannya. Saya rasa itu tugas saya sebagai Cif Besar dan sangat berbesar hati dengan tanggungjawab yang diberikan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan dan gandingannya Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan kekal sebagai hos Raja Lawak musim terbaharu ini.

Bagi peminat setia program Raja Lawak, jangan lupa saksikan Gelanggang Raja Lawak musim keenam yang akan bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil pada setiap Jumaat, pukul 10.00 malam bermula 13 Januari 2012.

Thursday, January 5, 2012

David Teo dianugerahkan pangkat Mejar Kehormat

DAVID Teo dinaikkan pangkat sebagai Mejar Kehormat dalam askar Wataniah.



Penglibatan dan ekoran komitmen serta kesedarannya yang tinggi terhadap pasukan Wataniah menyebabkan David Teo dianugerahkan pangkat Mejar Kehormat dalam suatu majlis yang di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut penerbit berusia 47 tahun yang dari Segamat, Johor ini dia agak terkejut dengan pelantikan itu biarpun baru enam bulan menyertai pasukan yang terletak di bawah naungan Angkatan Tentera Malaysia itu.

"Malah, saya difahamkan orang yang berusia 45 ke atas tidak layak menjadi askar Wataniah kerana saya sekarang berusia 47 tahun. Mungkin ada sebab lain mereka memilih dan menerima saya.

"Ini juga mungkin kelonggaran yang diberikan untuk pasukan Platun Seni yang kebanyakannya dianggotai oleh golongan artis," katanya.

Pada pertemuan sebelum pratonton filem Papa I Love You terbitan Metrowealth Pictures itu, David berkata, pelantikannya sebagai Mejar Kehormat itu suatu anugerah tertinggi yang pernah diterimanya.

Malah, dia tidak menyangka komitmen dan minat yang ditunjukkannya sejak menyertai latihan di Regimen 515, Mindef, Kuala Lumpur pada tahun lalu memberikannya suatu semangat baru.

"Sepanjang menyertai latihan selama 240 jam atau dalam masa 30 hari saya telah mendapat banyak pengalaman baru termasuklah cara-cara menggunakan senjata api seperti M16.

"Saya tidak menyangka dinaikkan pangkat kepada Mejar Kehormat di mana ia mungkin kerana sikap serta dedikasi saya sewaktu menyertai pasukan ini yang banyak membuka mata pihak-pihak yang tertentu.

"Atas rasa kesedaran bagi mempertahankan kedaulatan negara saya sanggup menghabiskan banyak masa saya dalam pasukan itu di mana saya juga tidak mengambil elaun yang disediakan mungkin antara sebabnya.

"Dengan pelantikan jawatan saya ini, saya berjanji akan membantu mempromosikan lagi askar Wataniah agar ia disertai lebih ramai golongan muda termasuklah artis tempatan pada masa depan," ujarnya bersemangat.

Sebagai galakkan, David telah memberi kelonggaran waktu bekerja kepada para kakitangannya dan artis-artis lain agar menyertai pasukan keselamatan tersebut.

Jelasnya, antara artis yang telah menyertai askar Wataniah ialah Lisa Surihani, Shahiezy Sam, Diana Amir dan Norliana Shamsudin serta para pekerja Metrowealth Productions.

"Seramai 16 kakitangan saya telahpun menyertai askar Wataniah. Saya akan beri kelonggaran kepada mereka apabila dipanggil untuk menyertai latihan dan sebagainya," jelasnya lagi.

Wednesday, January 4, 2012

Zain pilih Rozita Che Wan jika ada jodoh

ZAIN dan Rozita mula akrab selepas sama-sama terbabit dalam drama Kiah Pekasam lebih setahun lalu.


Pelakon Kiah Pekasam Rozita Che Wan mengambil jalan selamat untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya. Terkini, ramai yang sudah menghidu mengenai bibit percintaan di antara Rozita bersama adik kepada Shasha Elite iaitu Zain Saidin sehinggakan Zain sanggup menemani Rozita dan anak-anaknya iaitu Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12, ke Genting Highlands, Pahang pada hari Selasa lalu sempena musim cuti persekolahan anak-anak Rozita.

Malah, khabarnya Zain sanggup mengenepikan semua urusan pada hari itu semata-mata untuk menunaikan kehendak Rozita yang ingin pelakon drama Gemersik Kalbu itu mengikutinya bersama anak-anak bercuti ke Genting Highlands.

Kata Zain," Ya. Saya ada pergi bercuti dengan dia dan anak-anaknya ke Genting Highlands. Dia minta saya untuk temankan dia dan anak-anaknya ke sana. Dia juga minta saya memandu kenderaan miliknya, dan saya menerima pelawaan dia.

" Saya dan dia memang berkawan rapat. Semuanya bermula selepas kami berlakon bersama dalam drama Kiah Pekasam. Saya juga rapat dengan anak-anak dia dan boleh bergurau senda dengan mereka. Tapi, hubungan kami sekadar teman rapat sahaja.

Kalau sudah ditakdirkan jodoh bersama Rozita bagaimana?

" Kalau sudah jodoh saya dengan dia, secara automatik saya terima", jelas Zain.

Tuesday, January 3, 2012

Pian Cecupak Menderita Penyakit Misteri



Pian Cecupak dikatakan menderita penyakit misteri hampir dua bulan lalu selepas kontroversi perkahwinan dengan seorang model sambilan.

Mengakui dirinya mengalami sakit teruk selepas kejadian itu, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman berkata, bahagian dalam kedua-dua belah telinganya membengkak menyebabkan pendengarannya terganggu.
Selain itu, Pian juga dilihat berkelakuan seperti orang kurang siuman apabila menangis dan bercakap seorang diri.

Menurut pelakon yang berusia 42 tahun itu, perubahan dirinya hanya disedari oleh orang di sekeliling kawasan perumahannya.

“Saya tidak sedar apa yang berlaku pada diri saya. Tapi, menurut jiran-jiran, saya berubah menjadi seorang yang pemarah dan gemar memukul orang. Ada juga jiran mendengar saya terjerit-jerit dan menangis di dalam rumah.

“Apabila emak saya mendapat tahu mengenai keadaan saya, dia lantas membawa saya balik ke rumahnya. Menurut emak, beberapa hari sebelum itu, dia ada bermimpi berlaku perkara tidak elok ke atas diri saya,” katanya yang kini tinggal bersama emaknya di Sentul.

Rentetan kejadian itu, Pian berkata, sehingga kini dia masih lagi hidup dalam ketakutan biarpun sudah dibawa berubat secara moden dan tradisional.

Bagaimanapun, Pian enggan menuding jari kepada mana-mana pihak dan menganggap kejadian yang berlaku adalah balasan ALLAH SWT untuk dirinya di atas segala perbuatannya dahulu yang pernah melakukan perubahan pada wajahnya.

“Saya tidak tahu sama ada saya terkena buatan orang ataupun tidak,” katanya yang kini semakin beransur pulih.

Kesal sikap juri malukan peserta Maharaja Lawak Mega


Ketika sidang media selepas tamat malam penentuan minggu lalu, Boboi dilihat tidak banyak bercakap. Harun misalnya, lebih selesa mendiamkan diri dan menyerahkan segala soalan dijawab Afdlin.

Bagi Afdlin, takhta MLM memang layak menjadi milik Osbon, malah mereka berbangga dengan kemenangan Os dan Abon yang lebih senior daripada mereka. Bagaimanapun, dari riak wajahnya jelas menunjukkan Afdlin sebenarnya kecewa.

Sementara itu, Afdlin, turut menegur sikap juri yang menggunakan kuasanya untuk memalukan peserta yang bertanding.

“Saya memang tak setuju dengan juri yang suka memalukan peserta, tidak kira apa jua pertandingan. Jika teguran yang diberi itu membina, ianya perlu dan jika tidak, jangan sampai kelantangan itu mengaibkan orang.

“Saya bercakap di pihak juri kerana saya pernah menjadi juri. Jika tidak suka, cakap saja tidak suka dan jangan bercakap sehingga mereka terasa.

“Peserta yang datang untuk bertanding adalah dijemput. Sama seperti kita ke rumah orang. Buat apa dijemput, jika selepas itu dihamburi dengan maki hamun. Jadilah orang yang bijak dalam menggalas tanggungjawab,” katanya.

Apa yang diluahkan Afdlin dalam sidang media itu bagaimanapun pernah diluahkannya menerusi laman sosial, Facebook miliknya, sehari sebelum final MLM.
Kenyataan itu dibuat lebih menjurus kepada juri tetap, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan. Malah Chef Wan turut membidas kenyataan Afdlin, namun membuang entrinya tidak lama selepas itu.

Bagaimanapun, ketika malam final lalu, Afdlin meminta izin kepada AC Mizal untuk memeluk Chef Wan selepas persembahan pertamanya.

Dari situ, penonton dan peminat dapat menilai Afdlin adalah individu yang profesional dan tidak mengaitkan masalah peribadi dengan kerja.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2