NUFFNANG ADS

Wednesday, October 31, 2012

Lagu Yana - Sam akan dialunkan orang lain?

SHAHEIZY SAM ada alasan tersendiri kenapa enggan muncul mendendangkan sendiri lagu, Begini Caranya di atas pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-27.



LAGU duet dua pelakon terkenal, Shaheizy Sam dan Yana Samsuddin, yang berjudul Begini Caranya, bukan sahaja popular menerusi radio. Malah lagu itu juga meraih undi untuk layak bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-27 yang akan diadakan pada 11 November ini.

Bagaimanapun, timbul isu pada sidang akhbar semasa mengumumkan senarai lagu yang berjaya masuk ke peringkat separuh akhir program tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pihak TV3 selaku penerbitnya telah mengumumkan bahawa Begini Caranya tidak akan dinyanyikan oleh Sam dan Yana.

Sebaliknya, di atas pentas separuh akhir program itu nanti, lagu tersebut akan didendangkan oleh Ajai dan Marsha Milan Londoh.

Menurut kenyataan TV3, Sam dan Yana tidak dapat menyampaikan lagu tersebut kerana gagal mendapat pelepasan daripada syarikat produksi lakonan mereka iaitu Metrowealth Movies Production (Metrowealth).

Wang hantaran deejay Hot FM Terengganu lesap

Mohd Hermansani Aminudin


Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami detik cemas setelah disamun dua lelaki bersenjatakan pisau lipat di Jalan Pusara di sini awal pagi tadi.
  
Dalam kejadian 12.15 pagi tadi, mangsa Mohd Hermansani Aminudin, 29, yang memandu keretanya bersendirian dalam perjalanan untuk minum bersama beberapa rakannya di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin di sini.
  
Menurut mangsa, ketika kejadian dia baru pulang dari sebuah bank untuk memasukkan duit hantaran perkahwinannya namun operasi bank ATM telah tutup.
  
Namun ketika melalui kawasan Jalan Pusara, beliau didatangi sebuah motosikal dan menjatuhkan motosikalnya di hadapan keretanya.
  
"Masa tu saya agak panik. Ingatkan saya yang langgar motosikal yang dinaiki dua lelaki itu, saya pun beranikan diri keluar dari kereta.

"Masa saya keluar dari kereta, seorang daripada mereka bertindak menyerang saya dengan menekan dada dan mengacukan pisau di perut manakala seorang lagi menggeledah kereta," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
  
Hermansani berkata, akibat daripada kejadian itu, beliau kerugian kira-kira RM5,000 yang diletakkan di dalam 'dashboard' keretanya yang merupakan duit hantaran wang perkahwinan yang dijadualkan 10 November ini.
  
Menurutnya selepas menggeledah kereta kira-kira lima minit, kedua-dua lelaki berkenaan bertindak menolaknya ke belakang kereta. Bagaimanapun mangsa tidak mengalami kecederaan akibat kejadian itu.
  
"Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak dapat mengecam suspek kerana kedua-duanya menutup muka dengan topi keledar," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
  
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata.

Tuesday, October 30, 2012

Sharifah Sakinah leka dengan kontroversi ??


TIDAK dinafikan wataknya sebagai Kinah menerusi Biar Mimpi Sampai Ke Bintang telah memberi impak yang tersendiri buat pelakon Sharifah Nurul Sakinah Al-Khaired Syed Abu Bakar.

Berlakon di samping Elfira Loy dan Randy Pangalila dalam telefilem tersebut, karakter Sakinah yang membawakan watak anak orang kaya yang kebodohan ternyata berhasil mencuit hati penonton.

Biarpun namanya semakin dikenali ramai selepas itu, ternyata Sakinah tidak mampu lari daripada berhadapan dengan beberapa kisah kontroversi yang melanda dirinya.

Pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan, Sakinah pernah berselisih faham dengan pelakon Julia Ziegler dan Gambit Saifullah.

Kemudian pelakon berusia 23 tahun itu juga pernah dilabel sebagai seorang artis sombong gara-gara kerap menolak permintaan pihak media yang ingin mengadakan sesi fotografi dengannya.

Berkesempatan menemuinya semasa siri jelajah Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Pulau Pinang baru-baru ini, pelakon berkenaan menafikan dia seorang yang suka mencipta kontroversi.

"Seboleh-bolehnya saya mahu menjadi seorang individu yang lebih matang dan tidak mahu mengingati lagi semua kontroversi yang pernah melanda diri saya dahulu.

"Sekarang ini saya enggan menoleh ke belakang lagi dan ingin dikenali sebagai seorang pelakon yang berbakat, bukannya pelakon yang sarat dengan kontroversi," jelasnya.

Menurut Sakinah, memandangkan minat yang begitu mendalam dalam bidang seni, dia pernah berhadapan dengan dilema sama ada memilih untuk bergelar pelakon atau memberikan fokus kepada pelajarannya.

Sebelum ini dia pernah menuntut di Kolej Universiti HELP di Damansara, Selangor dalam bidang pengajian undang-undang, tetapi hanya belajar separuh jalan dan kemudian mengambil keputusan untuk berhenti.

"Pada mulanya saya memang pernah bercita-cita mahu menjadi seorang peguam, namun akhirnya saya sedar bidang tersebut tidak sesuai dengan diri saya. Ternyata, jiwa saya lebih kepada bidang lakonan," ujarnya.

Berkenaan dengan gelaran artis sombong yang pernah dilabelkan pihak media sebelum ini terhadap dirinya, Sakinah memberitahu dia tidak berniat untuk menimbulkan sebarang masalah atau enggan memberikan kerjasama.

Anugerah Muzik: Artis muda kuasai pencalonan

One Nation Emcees&Jimmy Palikat


PENGUMUMAN pencalonan Anugerah Muzik Muzik Separuh Akhir ke-27, hari ini menyaksikan penyanyi muda membarisi senarai tersebut.

Saringan bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu bakal mempertandingkan 30 lagu dalam tiga pusingan.

Program itu bakal berlangsung bermula 11 November, 18 November dan 25 November sebelum 12 lagu dipilih untuk ke peringkat akhir, Anugerah Juara Lagu.

Penerbit Anugerah Juara Lagu, Muhamad Sufian Che Isa berkata lebih ramai artis baru yang disenaraikan dalam pencalonan kali ini.

“Tidak dinafikan pencalonan kali ini dikuasai orang muda, seperti tahun lepas juga cuma tahun ini lebih ramai muka-muka baru.

“Boleh lihat pada carta radio, memang banyak lagu tetapi tidak banyak lagu orang lama,” katanya ketika ditemui pada sidang media Muzik Muzik Separuh Akhir, petang tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa pertandingan ini untuk mempertandingkan lagu bukan penyanyi jadi pihaknya tiada halangan jika komposer lagu tersebut memilih untuk menukar penyanyi.

“Kalau komposer mahu artis lain yang menyanyi, kami tiada halangan kerana itu hak mereka.

“Hanya 12 lagu yang layak ke peringkat akhir,” katanya.

Beliau juga berharap agar pertandingan tersebut berlangsung dengan lancar tanpa sebarang isu-isu yang tidak elok.

Sementara itu, seramai tujuh juri mengadili 30 lagu tersebut bagi menempa tiket ke peringkat akhir.

Pengumuman 12 lagu yang layak itu akan dibuat sejurus Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian tiga tamat.

Senarai pencalonan mengikut minggu saringan dan giliran persembahan.

Bahagian pertama (11 November 2012, 9 malam hingga 10.30 malam)

1.Cerita Dia-Drama band/Ammar Habir/Aepul
2.Idola-Azlan&The Typewriter/Audi Mok/Azlan
3.Watak-Hafiz/Aidit Alfian/AD Samad
4.Aku Datang-Tomok/Tomok/Rafidah Abdullah
5.Aku Suka Dia-Ainan Tasneem/Ainan Tasneem/Ainan Tasneem
6.Pelangi Senja-Stacy/Taja/Tun Teja
7.Jerrypah-Aizat/Anas&Aizat/
Aizat
8.Majnun-Hazama/Audi Mok/Audi Mok&Omar K
9.Pencinta Terbaik-Sofaz/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim
10.Kasanova-Stacy/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim
11.Biar Sampai Ke Bintang-Asmidar/Ajai/Ahmad Farid Abdul Jalal

Bahagian kedua (18 November 2012, 9 malam hingga 10.30 malam)

1.Anak Kampung-One Nation Emcees&Jimmy Palikat/Jimmy Palikat/Jimmy Palikat&One Nation Emcees
2.Terukir Di Bintang-Yuna/Yuna Zarai/Yuna Zarai
3.Angkasa-Diandra Arjunaidi/Diandra Arjunaidi/Diandra Arjunaidi
4.Tanpamu-Amir Jahari/Amir Jahari/Amir Jahari
5.Sesaat Kau Datang-Ramlah Ram & Sleeq/ID Mifzal/Zie Syafruddin
6.Ombak Rindu-Hafiz&Adira/Zaidi/Zaidi
7.Terlalu Mencintaimu-Suki/Ajai/Jeremy Chong
8.Beginilah Caranya-Shaheizy Sam&Yana
9.Tapi Bagaimana-Spider/Tam Spider/M.Nasir
10.Sebelah Jiwaku-Jaclyn Victor/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim
11.Lagu-Bedroom Sanctuary/Bo Amir Iqram/Bo Amir Iqram

Bahagian ketiga (25 November 2012, 10 malam hingga 11 malam)

1.Teman Pengganti-Black&Malique/Malique/Malique
2. Harapan-Hyper Act/Hyper Act/Frozen
3.Panik-Bunkface/Sam Bunkface/Sam Bunkface
4.Simetri-Hazama&Amy Search/Audi Mok/Zel Firdhaus Haduan
5.Mesti Ada Cinta-Akim&Fiq/Kuncidemak/Kuncidemak
6.Andaiku Bercinta Lagi-Mojo/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim
7.Patah Seribu-Shila Amzah/Shila Amzah/Shila Amzah
8.Ku Akui-Hafiz/Ajai/Ajai

Monday, October 29, 2012

Hazama enggan jaja kisah peribadi


KALAU melihat kepada perkembangan kerjaya Hazama Ahmad Azmi, ternyata bukan mudah buatnya untuk menempatkan diri sebagai salah seorang penyanyi popular seperti yang dikecapinya sekarang.

Misalnya, kegagalan sewaktu menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia 4 (AF4) dahulu, langsung tidak pernah melunturkan semangat Hazama. Sebagai bukti dia telah diangkat sebagai juara AF9 pada tahun lalu.

Ketika hadir menjalani sesi fotografi baru-baru ini, penyanyi itu meluahkan rasa puas hatinya dengan pencapaian yang diperoleh, meskipun cerita mengenai dirinya kurang didedahkan.

“Semenjak kebelakangan ini ada yang berkata, saya seolah-olah seperti menyepi dalam industri kerana jarang keluar di media. Namun, itu bukan bermakna saya mendiamkan diri sahaja kerana sibuk dengan kerja belakang tabir serta mengumpul bahan untuk album baharu.

“Lagipun saya kurang gemar jika kisah peribadi terlalu digembar-gemburkan semata-mata mahu popular. Saya lebih suka sekiranya orang memperkatakan tentang produk yang saya hasilkan,” ujar penyanyi berusia 28 tahun itu.

Tidak menafikan populariti juga sangat penting kepada seseorang artis, Hazama menyatakan, dengan kerjayanya sekarang sebagai seorang penyanyi sudah banyak membantu dirinya dikenali ramai.

Tambah Hazama, dia seboleh-bolehnya mahu menjadi artis yang dikenali ramai kerana bakat dan kebolehan, bukannya dengan menjaja kisah peribadi kerana ia boleh memberikan impak yang buruk kepada kerjayanya.

“Contohnya semasa cerita mengenai saya yang dikatakan berlagak sombong semasa makan di sebuah hotel beberapa bulan lalu.

“Apabila cerita tersebut tersebar ia membuatkan diri saya berasa sedikit tertekan dan kecewa sehingga takut untuk berhadapan dengan peminat,” jelasnya.

Ketika diminta menceritakan perkara sebenar tentang peristiwa yang berlaku, Hazama menegaskan, dia langsung tidak berniat mahu bersikap sombong terhadap para pekerja di hotel berkenaan.

Jelas penyanyi itu, perbuatannya yang tidak menghabiskan makanan yang telah dihidangkan bukanlah disebabkan mahu berlagak. Sebaliknya, secara kebetulan makanan berkenaan tidak menepati seleranya.

“Saya pernah bekerja di hotel tersebut dan mempunyai ramai rakan di sana. Namun, secara kebetulan saya dilayan oleh pekerja baharu dan rakan-rakan saya pula tidak bekerja pada masa itu,” ujarnya.

Tidak mahu dilabel sebagai penyanyi sombong dalam kalangan peminatnya memandangkan kariernya kini yang semakin berkembang, Hazama menyatakan dia mahu memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya dan akan melayan para peminatnya dengan sebaik mungkin.

Peralatan muzik Yuna lesap di Seattle


PERALATAN muzik yang digunakan penyanyi, Yuna dan beberapa barang peribadi yang disimpan di van dinaikinya hilang, dipercayai dicuri di Seattle, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Berita itu disampaikan sendiri oleh penyanyi Terukir Di Bintang ini melalui laman mikro Twitter miliknya awal pagi tadi.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu bahawa kesemua peralatan muzik yang digunakan untuk siri jelajah telah lesap dari van dinaiki.

Yuna menulis di laman Twitter miliknya, “talking to my mom after all of our gears got stolen from the van in Seattle today.”

Namun, Yuna bersyukur kerana semua krew yang menyertai siri jelajahnya selamat.

Yuna menulis, “Redha sajalah. Asalkan semua selamat."

Susulan perkembangan kejadian itu, Yuna menulis lagi tentang barangan yang hilang boleh diganti, tetapi bukan pengalaman.

"Terima kasih kepada semua yang menyokong Allen Stone dan menyaksikan persembahan saya," katanya lagi.

Sementara itu, Yuna sempat berkongsi paparan perbualan dengan ibunya.

Melalui perbualan itu, dimaklumkan bahawa kesemua barangan yang ada di dalam van itu telah lesap termasuk peralatan muzik, barangan peribadi miliknya dan hadiah berupa kemeja-T untuk keluarganya.

Kejadian itu berlaku selepas dia dan Stone menamatkan siri jelajah di lokasi terakhir iaitu Seattle.

Stone juga melahirkan simpati atas kejadian itu melalui laman Twitter miliknya.

Penyanyi muda itu dijangka pulang dalam masa terdekat bagi melaksanakan ‘Yuna Homecoming Tour di Malaysia’ yang dijadualkan tidak lama lagi.

Sunday, October 28, 2012

Misha Omar kahwin tahun depan?


Jarang kita mendengar kisah terbaru penyanyi bersuara gemeresik, Misha Omar.

Dalam diam-diam, Misha sebenarnya masih aktif menyanyi dan dalam proses menyiapkan album terbarunya.

Dari segi kehidupan peribadi, pelantun Bunga Bunga Cinta yang bertunang Februari lalu ini masih mencari tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan.

Ini kerana, tunangnya yang juga seorang juruterbang agak sibuk dengan karier.

Bagaimanapun, Misha sangat berharap agar dapat menamatkan zaman bujang tahun hadapan.

Aaron Aziz demam, masuk hospital

Keluarga Aaron Aziz.


PELAKON lelaki popular, Aaron Aziz dimasukkan ke hospital pagi ini berikutan demam teruk dialaminya sejak beberapa hari lalu.

Perkara itu disahkan oleh isterinya, Diyanah Halik melalui laman mikro Twitter, hari ini.

Menurut Diyana, Aaron mengalami demam teruk akibat pneumonia.

Namun, suhu badan Aaron dilaporkan sudah turun sedikit selepas menerima rawatan.

Pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam.

Diyana menulis, terima kasih atas ucapan daripada semua.

"Sekarang dah turun sikit," katanya.

Diyana juga memberitahu bahawa Aaron sudah mengalami batuk sebelum ini dan menolak untuk menerima rawatan.

"Sebelum ke Cape Town, memang dia dah batuk dan sakit sikit, mungkin waktu filming Promo basah for the whole day. Him being him tidak akan ke doktor!" katanya kira-kira 30 minit lalu di laman Twitter miliknya.

Pelakon utama filem KL Gangster itu dikatakan semakin pulih.

Diyana memberitahu peminat, "Alhamdullillah, he's getting better. On drips and antibiotics helps."

Namun begitu, sampai bila pelakon kelahiran Singapura itu akan ditahan di wad masih belum diketahui.

Saturday, October 27, 2012

Cerita Raya Hazama - Intan Ladyana

Intan Ladyana bersama Hazama

Penyanyi yang kini sudah bergelar pelakon, Hazama Azmi atau Hazama. Selepas selesai melihat ibadah korban dilakukan, dia dan rakan-rakan sebaya beralih ke rumah jiran tetangga untuk beraya.

"Masa itu kecil lagi, manalah saya tahu raya korban tak sama dengan raya puasa. Lepas lihat lembu disembelih, saya dan kawan-kawan terus ke rumah jiran.

"Niat memang nak kumpul duit rayalah. Saya pula masa itu, siap pakai terompah mak saya lagi. Adalah juga dapat duit, 20 sen, tapi masa itu rasa dah banyak pada saya," ujarnya sambil ketawa.

Bukan sekadar peristiwa itu yang dikutip menjadi kenangannya, cerita Hazama, ketika berusia enam tahun, dia sama-sama ke masjid Al-Ansar, Taman Keramat, pada hari raya untuk bersolat sunat Aidiladha dan seterusnya melihat lembu dikorbankan.

"Selesai sahaja solat sunat, kami diminta beratur untuk bersalaman dan seterusnya menerima daging korban. Kebetulan hari itu ada wartawan dan jurugambar yang hadir ke masjid tersebut.

"Jadi adalah gambar saya masuk dalam surat khabar, siap dengan nama sekali kerana menerima daging korban. Masa itu, memang bangga habislah sebab kecil lagi, kemudian masuk akhbar pula," katanya.

Lain pula ceritanya dengan Intan Ladyana yang memberitahu, sambutan Hari Raya Aidiladha lebih meriah di kampung halamannya di Bangkok, Thailand lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

"Kalau hari raya puasa di sana, biasa-biasa saja, tapi hari raya korban memang meriah. Malah, kami juga akan masak bermacam-macam jenis lauk dengan daging korban itu untuk makan bersama keluarga. Selain itu, kami akan menziarahi saudara mara," katanya.

Mengimbau pengalamannya semasa hari raya korban, Intan berkata, dia pernah fobia setengah hari kerana kasihan melihat lembu tersebut mati disembelih, namun apabila melihat daging tersebut dimasak, dia terus lupa kepada lembu tersebut.

"Intan tidaklah fobia betul-betul, cuma kasihan melihat lembu tersebut disembelih. Tapi bila sudah makan, lupa sekejap hal lembu itu," katanya.

Mengakui rindu dengan suasana berhari raya di kampung halaman, Intan berkata, dia terpaksa mengorbankan kerinduan itu kerana tidak mempunyai masa yang suntuk pulang ke Bangkok.

"Biasa di sini kalau cuti hari raya korban, sehari dua saja. Jadi manalah nak cukup untuk Intan pulang ke kampung. Jadi terpaksalah beraya di sini sahaja bersama keluarga," katanya.

Henti kaitkan nama Datuk J - Tasha


Kontroversi muncul mengaitkan pelakon sensasi, Tasha Shilla dengan Datuk J. Walaupun Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, sudah banyak kali menafikan perkara itu, tetapi pemenang Anugerah Heroin Baru Terhebat pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 itu terus dihimpit dengan isu yang sama.

Terkini, Tasha dikatakan terpilih sebagai duta kempen fesyen I Love Malaysian Designers anjuran syarikat milik Datuk J.

"Hentikanlah kaitkan Tasha dengan Datuk J. Tasha tidak mahu lagi komen tentang dia sebab Tasha sendiri tidak tahu Datuk J mana yang dimaksudkan itu. Kalau betul Datuk J itu wujud, Tasha sendiri pun teringin mahu jumpa dengan dia.

"Tasha tidak faham kenapa diri ini sering dikaitkan dengan Datuk J. Tidak cukup dengan isu ditaja kereta mewah oleh Datuk J, berparti dan menari tiang dengan lelaki itu, terbaru Tasha dikaitkan pula dengan pemilihan sebagai duta kempen I Love Malaysian Designers kononnya anjuran syarikat milik lelaki tersebut," jelasnya.

Menegaskan kempen tersebut bukan anjuran syarikat milik Datuk J, jelas Tasha, ia dianjurkan oleh Brew & Skittles yang diasaskan oleh ahli perniagaan, Mutiara Bahir.

Mengenai kereta mewah itu juga, jelas Tasha, ia bukan ditaja oleh sesiapa tetapi dia membelinya dengan duit sendiri melalui bantuan ibu saudaranya.

"Selepas ini, kalau saya beli rumah, jangan kaitkan lagi dengan tajaan Datuk J," ujarnya sinis.

Mengakui cukup kecewa dan sedih dengan semua kontroversi yang telah melanda dirinya, luah Tasha, dia berusaha keras untuk mengecapi segala apa yang diperolehnya pada hari ini dan ia bukan hasil tajaan mana-mana individu.

Mengakui mempunyai ramai kawan, kata Tasha, dia kini masih solo dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.

Wednesday, October 24, 2012

Hijrah & Pengorbanan: Dua selebriti kongsi cerita


Shila Amzah dan penyampai radio HotFM, Sharifah Aleya, bukan asing lagi di negara ini. Walaupun bidang kerjaya kedua-dua selebriti ini berbeza, namun mereka berkongsi satu persamaan secara kebetulan.

Mula membuat keputusan untuk berhijrah pada awal Ramadan lalu, baik Shila mahupun Leya, mereka mengharapkan yang terbaik di sebalik penghijrahan tersebut.

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut umat Islam pada tanggal 26 Oktober ini, bersamaan 10 Zulhijjah 1433, mereka dengan senang hati berkongsi kisah di sebalik penghijrahan dan pengorbanan besar yang pernah dilakukan dalam hidup masing-masing.

Membuat keputusan untuk menceburi bidang nyanyian sejak usia belasan tahun, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, 22, mengakui situasi itu membawa banyak perubahan dalam hidupnya.

Malah, tanpa berselindung, Shila memberitahu, dia terpaksa mengorbankan banyak perkara demi mencapai impian menempa nama di persada seni.

“Demi cita-cita, saya terpaksa mengorbankan keseronokan di zaman kanak-kanak. Dari kecil lagi, ayah sangat tegas dan tidak membenarkan saya bergaul bebas. Di usia 12 tahun, saya mula berjinak-jinak dengan nyanyian, secara tidak langsung, peluang berseronok semakin terhad.

“Namun, tidak pernah terlintas perasaan ralat di hati kerana saya sedar, tindakan ibu bapa saya adalah untuk melihat saya berjaya. Alhamdulillah, pengorbanan saya selama ini berbaloi dan saya berjaya buktikan kepada keluarga,” kata juara Asian Wave ini.

Berbeza pula dengan pendirian Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya. Menganggap dirinya sebagai insan yang bernasib baik, Leya memberitahu, dirinya tidak pernah diuji dengan cabaran yang melebihi kemampuannya.

“Alhamdulillah, setakat ini saya bersyukur kerana tidak pernah berdepan dengan ujian yang besar. Cuma tanggungjawab saya menjadi lebih sedikit apabila bergelar ibu.

“Begitu juga dari segi kerjaya, ia berjalan mengikut kemahuan saya. Saya bertuah kerana tidak berdepan dengan dugaan besar, malah penghijrahan ini juga membuktikan saya berpeluang dapat hidayah dari-Nya, walaupun tak semua dapat merasai,” katanya.

Tuesday, October 23, 2012

Almy Nadia semakin dilupakan


PELAKON Almy Nadia yang sebelum ini hangat dengan kontroversi cintanya bersama aktor Fizz Fairuz mengakui dirinya kurang popular berbanding pelakon seangkatannya yang lain.

Almy atau nama penuhnya Almy Nadia Aminuddin Shah yang ditemui pada program Jelajah Anugerah Skrin (ASK) 2012 di pusat beli-belah e@Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini juga sudah hampir setahun lebih tidak muncul di khalayak ramai.

Bukan merajuk ataupun mengelak daripada bertemu pihak media dan peminat, kata Almy, dia sudah lama dia tidak meraih tawaran lakonan mahupun acara bertemu peminat daripada mana-mana pihak.

Selepas kontroversi cintanya dengan Fizz, akui Almy, dia telah banyak berubah dan kini berusaha keras untuk kembali diterima dalam bidang lakonan.

Monday, October 22, 2012

Single terbaru Fazley


Setelah berjaya dinobatkan sebagai juara Masterchef Selebriti musim pertama, Datuk Fazley Yaakob kini bakal tampil dengan single terbarunya ‘Jaga-Jaga’.

Menjalinkan kolaborasi bersama Altimet, lagu ini pastinya dapat mengubat kerinduan peminat Fazley. “Lagu ini diilhamkan dari lagu Hindustan yang cukup popular, ‘Yale-Yale’. Lagu ini juga merupakan kegemaran orang tua saya.

“Disuntik dengan alunan rap daripada Altimet, saya yakin lagu ini dapat menarik golongan muda,” katanya.

Fazley berkata, single tersebut turut mempunyai melodi yang sama seperti lagu Hindustan ‘Thoda Resham Lagtha Hai’.

“Apa saja pembaharuan yang dibuat untuk lagu ini hanyalah untuk menarik pendengar,” katanya.

Najwa Latif tinggal nyanyian demi SPM


SEBAGAI persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, bintang Youtube, Najwa Latif mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada nyanyiannya.

Pelantun, Cinta Muka Buku ini juga terpaksa melupakan laman sosialnya seperti Facebook, Twitter dan Instagram, malah telefon bimbitnya juga dimatikan.

“Setelah peperiksaan selesai, barulah saya akan ke Kuala Lumpur untuk menjayakan persembahan,” katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Kosong’ ini bakal menduduki SPM dengan sembilan subjek dijangka berlangsung selama tiga minggu bermula 6 November ini.

Najwa turut meluahkan hasratnya menyambung pelajarannya dalam jurusan TESL (Teaching English Second Language) di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sunday, October 21, 2012

Eirma jawab konflik teater Tun Dr Siti Hasmah


Pelbagai kontroversi termasuk penangguhan, konflik dan pengunduran pengarah serta pelakon, pementasan tribute, Teater Tun Dr Siti Hasmah sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai masalah dalaman yang dihadapi pihak produksi.

Walaupun teater ini melibatkan nama tokoh wanita yang disegani ramai, ia dilihat seakan tidak menghormati isteri bekas Perdana Menteri Ke-4 itu.

Malah kerjasama daripada Tun Hasmah sendiri untuk turut serta memberi sokongan padu dalam setiap majlis yang diadakan seperti tidak dihargai oleh barisan pelakon dan produksi.

Terbaru, pengunduran aktres Sofea Jane mengejutkan ramai memandangkan namanya baru saja diumumkan sebagai pengganti Erra Fazira.

Memandang serius mengenai perkara ini, selaku Penerbit Eksekutif, World Islamic Network Television Sdn Bhd, Datin Paduka Umie Aida berharap segala kemelut yang dihadapi oleh teater terbitannya itu segera berakhir.

Akui terkilan dengan masalah demi masalah yang terpaksa dihadapinya, Umie bagaimanapun tetap optimis mementaskan teater itu. 

"Sebenarnya saya juga rasa malu apabila perlu berhadapan dengan Tun Hasmah untuk memberitahu berulang kali mengenai rombakan dan perubahan yang terpaksa dilakukan. Saya memang berat hati nak menjelaskan perkara ini kepadanya kerana bimbang akan menggores perasaan bekas wanita pertama Malaysia itu. 

"Walaupun berat dan terkilan, saya harus memberi penjelasan kepadanya. Tetapi, saya bersyukur kerana Tun sangat memahami situasi yang berlaku dan tidak menyalahkan saya. Malah katanya, ia berlaku di luar bidang kuasa dan tidak disengajakan.

"Saya terharu mendengar jawapan darinya yang sebelum ini banyak berkongsi cerita bersama kami untuk menjayakan teater ini,” katanya yang mengharapkan teater itu dapat dilaksanakan dengan jayanya selepas ini.

Saturday, October 20, 2012

Nabila Huda: Kontroversi satu pengajaran


Nama Nabila Huda menjadi tarikan kerana kontroversinya berpakaian seksi semasa Anugerah Blockbuster. Tidak lari dari kesilapan, Nabila atau mesra di sapa Abil tampil dengan kenyataan demi kenyataan di dada akhbar.

Kemudian, Nabila mengambil pendekatan mendiamkan diri bagi mengelakkan kontroversi itu terus berlanjutan.

Bagaimanapun, kehadiran Nabila pada sidang media Anugerah Skrin 2012, Rabu lalu, ibu kepada Keisha Laila ini sekali lagi menjadi perhatian umum. Malah, tidak kurang juga ada secara sinis bertanya, adakah Nabila bakal berpakaian seksi pada majlis anugerah berkenaan yang berlangsung pada 9 November ini.

“Saya bukannya bodoh untuk mengulang kesilapan yang sama berkali-kali. Selepas ditegur oleh ramai pihak dan papa sendiri, tentulah saya akan memastikan pakaian saya lebih sesuai pada majlis berkenaan.

“Bagaimanapun, saya belum tahu lagi fesyen apa yang akan saya gayakan kelak. Bagi mengetahui hasilnya, sama-samalah kita tunggu majlis tersebut nanti,” jelasnya.

Nabila berkata, perkara tersebut sepatutnya tidak seharusnya digembar-gemburkan kerana apa yang berlaku pada malam berkenaan (Anugerah Blockbuster) hanyalah perkara kecil.

“Bila sesuatu perkara kecil digembar-gemburkan, maka ia akan jadi isu yang besar. Seterusnya bila ia dikontroversikan, maka kontroversilah perkara itu jadinya. Tapi saya okay sahaja dan saya akan pastikan perkara seumpama itu (berpakaian seksi) tidak akan berulang lagi.

“Saya tak tertekan langsung dengan apa yang berlaku sebab saya faham itu kerja masing-masing. Pada saya, asalkan orang tak kacau periuk nasi saya, cukup. Kalau ganggu periuk nasi saya, saya akan ambil serius tentang perkara itu,” katanya.

Status cinta Nora Danish


Setelah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli pada tahun 2008, pelakon cantik, Nora Danish sudah berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menempuh kehidupan seharian.

Sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki termasuk penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat, aktres kacukan Myanmar-Melayu itu pernah berhadapan dugaan paling besar apabila didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga aktor Adi Putra yang juga heronya dalam filem Aku Terima Nikahnya.

Bagaimanapun, apa yang lebih mengelirukan, Nora sering memberi kenyataan yang berbeza sewaktu memberi jawapan tentang kekasih hati baharu.

Sebelum ini, dia pernah membuat kenyataan sedang mengenali seseorang, rapat dengan ahli perniagaan dan mengaku ada kekasih, tetapi selepas semua kenyataan tersebut keluar, Nora sering menafikan hal tersebut.
Dia sebaliknya menuding jari dengan mengatakan pihak media kerap membuat andaian kurang benar terhadap kenyataan yang diberikannya.

Ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Aku Terima Nikahnya di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli, 4, itu bertindak memberikan jawapan terhadap status dirinya yang sebenar.

Ia sekali lagi jauh menyimpang daripada jawapan tentang dirinya telah dimiliki seperti yang dilaporkan beberapa minggu lalu.

"Secara jujurnya saya memang sangat terkejut apabila dikatakan rapat dengan ahli perniagaan, sedangkan saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian sewaktu ditemu bual sebuah akhbar dua minggu lalu. Dalam temu bual tersebut, saya memberitahu buat masa sekarang saya memang berkawan dengan ramai lelaki, namun tidak terfikir untuk memilih salah seorang daripadanya untuk menjadi teman hidup saya." jelasnya.

Friday, October 19, 2012

Kesebukan Dr Fazley, tetap bersama keluarga


Keluarga adalah segala-galanya buat Fazley.



Kejayaan menerusi program masakan, MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama, cabang kerjaya, Datuk Dr Fazley Yaacob semakin bertambah.

Jika sebelum ini beliau lebih dikenali sebagai penyanyi, pelakon dan perunding motivasi terkenal tempatan, namun kini, langkahnya mula dilebarkan ke dapur sebagai chef selebriti.

Tidak mendabik dada dengan gelaran juara, malah bagi Fazley, 34, gelaran itu bukanlah sekadar sandaran untuk dibanggakan kerana di sebalik kejayaan itu, banyak perkara yang harus digalas.

Walaupun tugas semakin mencemburui masa yang ada untuk bersama keluarga tercinta, namun kepadatan jadual tidak mampu mengubah caranya sebagai ketua keluarga.

Family First! Itulah prinsip yang sentiasa dipegang oleh pelantun lagu, Asmara Ini. Baginya, walau sesibuk mana sekalipun, keluarga tetap menjadi keutamaan.

"Saya tidak betah untuk hidup tanpa anak-anak dan isteri. Sejak dahulu lagi, saya memang tak boleh berjauhan dengan mereka.

"Lagipun, mereka sangat rapat dengan saya. Malah, anak-anak saling mencemburui jika saya mendukung salah seorang daripada mereka. Saya pernah dukung ketiga-tiga anak saya.

"Walaupun sibuk, saya akan memastikan ruang untuk bersama mereka tetap ada. Contohnya, kalau saya perlu bekerja di luar kawasan, saya akan menghabiskan masa sehari sebelum berangkat. Saya akan mandi dan tidurkan mereka," kata bapa kepada tiga cahaya mata, Ahmad Fariedz, 4, Ahmad Fieradz, 2 tahun 7 bulan dan Ahmad Fierudz, setahun.

Thursday, October 18, 2012

Artis 'lega' Kursi P. Ramlee akhirnya jadi kenyataan


KURSI P. Ramlee, program penyelidikan yang dilancarkan hari ini, disambut baik oleh barisan pelakon veteran tanah air.

Usaha kerajaan itu dilihat mampu memberi penghargaan dan memartabatkan hasil seni ciptaan Seniman Agung, P. Ramlee.

Menurut Datin Rosnani Jamil, beliau hadir majlis pelancaran itu dengan rasa gembira bercampur sedih.

Beliau yang mesra dengan panggilan Mak Nani berkata, "saya gembira, akhirnya penghargaan diberi kepada Ramlee (P.Ramlee)."

"Namun, saya sedih kerana penghargaan ini diberi tetapi dia (P.Ramlee) tidak dapat merasai langsung," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran Kursi P.Ramlee.

Beliau mahu penghargaan seperti ini dilanjutkan kepada seniman lain yang turut berbakat seperti M. Nasir.

Katanya, "jika bukan kita yang hargai karya seniman kita, siapa lagi? Lama-lama ia akan tenggelam dek kemajuan zaman."

Sementara itu, pelakon filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Datuk Mustapha Maarof mampu menarik nafas lega selepas hasrat yang sekian lama terpendam terlaksana jua.

"Akhirnya, ia dizahirkan. Sebelum ini, Perdana Menteri terdahulu, seniman-seniman lama dan beberapa orang lagi sudah menyebut soal penghargaan seumpama ini. Cuma, hari ini ia dilaksanakan.

"Saya harap ia dimanfaatkan, bukan untuk kami yang tua tetapi untuk anak-anak dan generasi akan datang," katanya yang pernah dianugerahkan Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010.

Beliau juga berharap agar kajian Kursi P.Ramlee tidak terhad kepada karya P.Ramlee sahaja memandangkan banyak karya lain yang turut wajar diberi perhatian.

Tambahnya, "tidak ada soal kenapa P. Ramlee, kenapa tidak orang lain kerana apa? P.Ramlee keunggulan generasi sekarang."

Pelakon Sayang Anakku Sayang, Zulkifli Zain pula berpendapat, nama Seniman Agung itu wajar dipahat di institusi pengajian tinggi seperti Aswara supaya namanya terus dikenali di seluruh dunia.

"Kenapa tidak tukar Aswara kepada nama P.Ramlee? Dia unggul sebagai Seniman Agung, malah akan jadi kebanggaan negara memandangkan semua bidang seni ada di sini (Aswara).

"Kalau saya dapat belajar di institusi P. Ramlee, saya bangga, bahkan kita dapat membawa pelajar luar negara ke institusi itu," katanya.

Tambahnya, "Kursi P. Ramlee saja tidak cukup, biar dunia tahu siapa P. Ramlee."

Kursi P. Ramlee dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini.

Wednesday, October 17, 2012

Neelofa: Saya dan Hans hanya kawan rapat


SEJAK beberapa hari lalu, kecoh seketika industri seni apabila Hans Isaac mengakui sedang menjalinkan hubungan serius dengan aktres, Neelofa.

Bagaimanapun, Neelofa yang ditemui selepas sidang media Anugerah Skrin 2012 di Hotel Royale Bintang Damansara, Mutiara Damansara menegaskan, ada perkara yang kurang tepat mengenai perkara itu.

Namun, Neelofa, 23, mengakui penerbit berusia 41 tahun itu adalah antara kawan rapatnya kini.

“Isu ini sudah dimainkan sejak setahun lalu, ketika kami mula terlibat dengan pembikinan Lemak Kampung Santan. Lofa bukanlah nak menafikan atau menidakkan tentang persahabatan kami. Tapi sememangnya sejak awal lagi kami hanya berkawan.

“Namun ada kala masanya, Lofa perlu simpan sedikit kisah peribadi Lofa. Tapi jika sudah betul-betul pasti ke satu tahap yang lain, Lofa akan dedahkan kepada peminat. Lofa tidak akan berahsia,” ujarnya yang mesra disapa dengan panggilan Lofa.

Neelofa menjelaskan, dia bukan terpaksa memilih untuk merahsiakan hubungannya dengan Hans kerana isu agama, sebaliknya tidak mahu ada salah faham lain yang akan timbul kelak.

“Ia bukan melibatkan isu agama atau keluarga semata-mata, tapi Lofa sebagai 'public figure', orang akan perhatikan tindak tanduk Lofa. Untuk Lofa keluarkan apa-apa kenyataan, ia perlu difikirkan betul-betul.

“Sebab kadangkala ada isu yang kecil, tapi kesannya besar. Jadi buat masa sekarang, Lofa mahu simpan sedikit hal personal Lofa dan jika sudah tiba masanya, Lofa akan beritahu,” katanya yang akan mengacarakan Anugerah Skrin pada 7 November ini bersama Awal Ashaari.

Cantik, tak cantik boleh berentap

DAPAT sambutan. Ramai peserta hadir untuk mencuba nasib dalam Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua baru-baru ini.



LEBIH 2,000 orang peserta hadir mencuba nasib untuk merealisasikan impian mereka bergelar seorang penghibur pada sesi uji bakat Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua terbitan TV3.

Pencarian yang berlangsung hampir sebulan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak serta Kota Kinabalu, Sabah itu telah melabuhkan tirainya minggu lalu apabila sesi uji bakat terakhir dijalankan di Sri Pentas TV3, Petaling Jaya.

Menariknya, semua gelagat para peserta yang mencuba nasib untuk menjadi sebahagian daripada anak seni generasi baharu akan mula disiarkan pada malam ini pada pukul 9.30 malam di TV3.

Seperti biasa, terdapat banyak ‘drama’ barisan peserta selain ketegasan dan sikap dua orang juri program realiti tersebut iaitu komposer, Azmeer dan penyanyi, Mas Idayu dapat disaksikan dalam saringan untuk mencari peserta yang benar-benar berkualiti.

Secara umumnya, Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua masih mengekalkan konsep lama iaitu pemilihan vokal diutamakan selain daripada rupa paras peserta.

Bagaimanapun, menurut Penerbit Eksekutif rancangan tersebut, Ahmad Shaifullizam Arshad, kali ini ia memberi sedikit kelainan apabila terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira paras rupa serta fizikal peserta berbanding musim yang lalu.

“Kalau musim lalu kita hanya tumpu kepada mereka yang tidak mempunyai rupa, tetapi kali ini, cantik atau tidak, mereka tetap diberi peluang untuk beradu nasib sebab kami nak cari vokal yang mantap sahaja” ujarnya.

Justeru, adakah ini bermakna bakal berlaku keputusan berat sebelah dalam pemilihan peserta kali ini seperti faktor fizikal dan paras rupa lebih menjadi daya tarikan, sedangkan matlamat asal program itu adalah untuk mencungkil peserta yang berpotensi namun kurang menonjol dari segi penampilan?

Tuesday, October 16, 2012

Wajah Terbaru Raja Emma


Beberapa tahun menyepikan diri akhirnya kini Raja Ema kembali ke persada seni tanah air. Untuk kemunculannya yang terbaharu, NONA diberi peluang secara eksklusif untuk berkongsi ceritera terkini artis yang semakin cantik dan langsing ini.

Berbunga-bunga hati Editor kami, Kiffy Razak tatkala penulis menyampaikan perkhabaran bahawa Raja Ema sudi untuk berkongsi kisah terbaharunya untuk edisi kali ini.

Maklumlah, sebelum ini beberapa kali beliau cuba untuk mendapatkannya namun sukar. Kini, peluang yang ada dimanfaatkan sebaik-baiknya demi memberikan hasil yang terbaik buat pembaca setia NONA khususnya para peminat Raja Ema. Sudah pasti anda begitu merinduinya. NONA menampilkan Raja Ema yang lebih segar dan elegan.

Seiring dengan perubahan waktu, begitulah jua yang dialami oleh Raja Ema. Sedar tak sedar usianya kini sudah pun mencecah 44 tahun. Saat pertama kali bersua dengannya, penulis terpegun seketika. Terdetik di hati penulis, cantiknya dia! Bersih dan mulus kulit walau tanpa secalit solekan pun di wajah.

Tampil ringkas dengan potongan rambut pendek menyerlahkan lagi seri wajahnya yang tidak dimamah usia. Lenggok suaranya yang manja tetap tidak berubah. Sama seperti dahulu. Senyum dan gelak tawanya sentiasa menghiburkan. Barangkali itulah antara rahsia awet mudanya yang sentiasa ceria. Ternyata, aura Raja Ema masih lagi menyinar sehingga ke saat ini.

Monday, October 15, 2012

Kontroversi Adi berpeluk dan mencium pipi Nora


Nama aktres cantik, Nora Danish pernah dikaitkan dengan keretakan rumah tangga aktor kacak, Adi Putra, Mei lalu. Ternyata, aksi romantis mereka menerusi drama Tentang Dhia yang ditayangkan di saat itu menjadi bahan untuk mereka digosipkan bersama.

Meskipun kedua-duanya menafikan perkara tersebut, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mereka terus digandingkan lagi menerusi, Aku Terima Nikahnya, yang baru saja ditayangkan di pawagam pada 11 Oktober lalu.

Memaparkan lebih aksi romantis, pelakon yang terkenal menerusi sitkom Puteri ini bagaimanapun tidak gentar dengan gosip yang bakal mengekorinya. Mengakui ia sebahagian dari rencah bergelar selebriti, Nora mengharapkan agar masyarakat bersikap lebih terbuka menilainya.

Semakin kebal menghadapi gosip dan kontroversi, bekas isteri kepada Jejai ini menegaskan, kemesraan yang terjalin dengan Adi dalam filem itu tidak sesekali dibawa ke luar set penggambaran.

"Jangan sesekali menganggap itu adalah saya dan Adi kerana bagi kami, ia hanyalah Arlisa dan Johan.

"Ini adalah kali pertama saya melakonkan watak romantis serius dan saya harap, tak ada yang cuba membandingkan lakonan saya dengan filem atau drama terdahulu," katanya yang mengakui hampir kesemua babak sangat sukar dijayakan.

Akui Nora, walaupun pernah digandingkan bersama, namun perasaan gementar untuk memenuhi tuntutan watak sebagai isteri Adi Putra, tetap ada.

Menerusi filem terbaru MIG itu, Nora berkata, dia takut dan kekok untuk melakonkan babak romantis bersama Adi Putra.

"Sejujurnya, saya sangat kekok untuk menjayakan babak intim dengan Adi sebab dia sudah berkahwin.

"Dalam filem itu, saya perlu memegang tangan Adi dalam tempoh yang lama. Selain itu, ada juga babak yang memerlukan kami berpeluk dan Adi mencium pipi saya.

"Walaupun kami pernah bekerjasama sebelum ini, tetapi perasaan itu tetap ada sehingga saya sendiri 'takut-takut' untuk memenuhi permintaan pengarah," katanya.

Sunday, October 14, 2012

Aqasha dapat anak kedua

Anak kedua Aqasha, Alaena Ayesha.



PENYANYI dan juga pelakon, Aqasha dan isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri, 29, selamat menimang cahaya mata kedua, Khamis lalu.

Bayi perempuan yang diberi nama Alaena Ayesha yang membawa maksud ‘dilimpahi kebahagiaan’ itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Aqasha Rosli, 30, mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun, bernama Alehandra Ahmad.

Aqasha yang terkenal menerusi lakonannya dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu sempat berkongsi gambar anak terbarunya itu melalui laman Twitternya dengan menulis, “alahai... macam anak Jepun pula anak perempuan aku ni."

Pasangan bahagia, Aqasha dan Baizura diijabkabulkan pada 10 Oktober 2010.

Saturday, October 13, 2012

Syamsul mahu kahwin


Rasanya belum terlambat untuk kita ucapkan tahniah buat pengarah muda, Syamsul Yusof yang menang besar di Anugerah Blockbuster, minggu lalu.

Selepas kejayaan demi kejayaan dicapainya dalam usia 28 tahun, ramai yang ingin melihat anak sulung Datuk Yusof Haslam ini mendirikan rumah tangga pula.

Syamsul juga khabarnya sedang rapat dengan seorang pelajar dalam bidang refleksologi.

Mengulas hal ini, kata Syamsul, dia sememangnya sudah terdetik untuk mengakhiri zaman bujang.

Bagaimanapun, dia menyerahkan kepada Tuhan untuk menentukan masa yang sesuai.

Friday, October 12, 2012

Jinbara tidak tergugat dengan bakat baru!


PEREDARAN aliran muzik di seluruh dunia kini dilihat semakin berkembang dengan pesat dan kehadiran bakat baru memperjuangkan muzik mereka yang tersendiri sememangnya memberikan warna-warni dalam industri hiburan.

Di Malaysia juga turut merasa tempiasnya apabila bakat baru yang hadir dengan pelbagai idea yang lebih kreatif kini boleh dikatakan semakin berani tampil mengetengahkan kebolehan mereka.

Maka tidak hairanlah perkembangan itu sedikit sebanyak mempengaruhi cita rasa peminat yang kini lebih gemar memilih aliran muzik baru yang lebih segar seperti 'electropop, dance, electro house' dan sebagainya.

Namun bagaimana pula dengan nasib penyanyi dan kumpulan yang sudah lama berkarya dalam industri ini? Adakah nama dan bakat mereka akan terus dilupakan?

15 tahun memperjuangkan muzik yang dibawa, kumpulan yang suatu ketika dulu popular dengan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang), Jinbara tidak pernah bimbang dengan keadaan itu malah mereka menganggap ia sebagai satu perkembangan yang positif.

Menurut Mohd Jeffry Johari, 38, atau Cepot, kehadiran muzik yang pelbagai seperti hari ini adalah satu petanda baik yang sedang berlaku dalam industri muzik tempatan.

"Kami tidak lihat perkembangan ini sebagai satu masalah buat kami kerana bagi saya, kita memerlukan genre muzik yang berbeza untuk memeriahkan lagi industri muzik dan sebagai seorang penggiat seni, kita seharusnya bersedia dengan perkara ini.

"Kami mengambil perkara itu sebagai satu cabaran untuk bersaing secara sihat supaya nama Jinbara akan terus kekal dalam industri ini.

"Kami percaya pada rezeki Jinbara. Apa yang penting kami mahu teruskan perjuangan sebagai tanda penghargaan buat peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kami sehingga ke hari ini," katanya.

Korie selesa urus perniagaan butik bersama isteri

Korie bahagia di samping isteri tersayang dan anaknya, Yang Rainia Damia, 7.




WALAUPUN membuat keputusan untuk berundur dalam industri seni sejak sedekad yang lalu, nama adik ratu rock Malaysia, Korie, masih belum luput di ingatan peminat.

Malah, sehingga kini, lagu duetnya bersama Ella, Pergilah Sayang, masih tetap menjadi siulan ramai walaupun dirinya sudah lama meninggalkan dunia hiburan.

Pun begitu, Korie atau nama sebenarnya, Azahari Aminuddin, 43, tidak menafikan rasa rindu terhadap nyanyian masih menebal.

Tidak pernah terfikir untuk kembali mewarnai industri, Korie memberitahu, perjalanan seninya sudah berakhir.

"Bohonglah kalau saya kata saya tidak rindu nak kembali menyanyi. Namun, saya tak terfikir untuk menyanyi lagi walaupun mendapat galakan daripada isteri.

"Walaupun dah 10 tahun saya tidak menyanyi, namun saya masih menghasilkan lagu baru, tapi hanya untuk simpanan peribadi sahaja.

"Sehingga kini, saya masih menerima tawaran daripada pelbagai pihak untuk menyanyi termasuk kakak saya sendiri, Ella, namun saya masih belum bersedia," katanya yang mula berundur pada tahun 2002.

Tambah Korie, banyak perkara yang membelenggu fikirannya untuk kembali aktif di pentas sebagai penyanyi.

Antaranya, dia tidak sanggup menghadapi kegagalan sekiranya percaturan untuk membuat kemunculan semula tidak berhasil.

"Saya masih ragu-ragu dengan penerimaan peminat setelah sekian lama menyepikan diri. Saya takut orang dah lupakan saya.

"Bukan senang nak buat comeback, banyak perkara yang perlu kita fikirkan untuk memenuhi selera peminat. Saya takut, sambutan yang diterima tidak seperti yang dibayangkan.

"Tambahan pula, ramai pelapis baru yang lahir untuk memeriahkan industri kita. Sebab itulah saya berfikir panjang untuk kembali," katanya yang bakal menimang cahaya mata kedua pada awal Januari depan.

Wednesday, October 10, 2012

NABILA MOHON MAAF


NABILA Huda yang mencetuskan kontroversi dengan penampilan gaun hitam seksi pada majlis Anugerah Blokbuster Sabtu lalu, meminta maaf kepada peminatnya jika tindakannya itu menyinggung mana-mana pihak.

“Saya tidak faham kenapa benda ini boleh jadi isu kerana jika hendak dibandingkan dengan artis zaman dulu, penampilan mereka adalah lebih berani daripada saya.

“Tetapi saya tidak mahu panjangkan isu ini dan saya minta maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung dengan penampilan saya pada majlis anugerah itu dan selepas ini saya tidak mahu memberi sebarang komen lagi mengenai perkara ini,” katanya ketika kepada wartawan.

Penampilan Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 28, mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk ayahnya sendiri, penyanyi rock terkenal, Amy Search.

Menjawab mengenai pemakaian ‘tube’ ketika dirinya menyampaikan anugerah bersama rakan penyampai, Zahiril Adzim, Nabila berkata, “mengenai pemakaian ‘tube’ itu saya sendiri yang nak pakai, bukan pihak Astro yang suruh."

"Yalah sebab masuk TV kan dan memang saya nak cover bahagian perut itu.

“Saya cari tube itu semasa berada di belakang pentas dan memang saya pakai tube itu atas kemahuan saya sendiri,” katanya yang kini sibuk menghabiskan penggambaran drama bersiri Julia yang kini sedang ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 petang.

Tuesday, October 9, 2012

Gitaris Kristal, rakan terbabit dalam kemalangan



Seorang gitaris kumpulan Kristal, Ammar Izwan Alwi Aizhar, 25, nyaris maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah daripada dua kereta yang bertembung dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian sama, pemandu kereta Toyota Camry, Lim Gian Hau, 32, maut, manakala, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Nor Azlan Zainal Abidin, 26, yang memandu kereta Proton Saga BLM, cedera parah.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, salah sebuah daripada kereta terbabit melangggar lampu isyarat merah menyebabkan berlaku pertembungan di tengah-tengah simpang empat itu.

Kereta Toyota Camry yang datang dari arah Jalan Sri Permaisuri Satu merempuh kereta Proton Saga BLM dari arah Jalan Sri Permaisuri menyebabkan kedua-dua kenderaan itu berpusing beberapa kali.

Menurut Ammar Izwan, dia dan rakannya yang juga bekas peserta Bintang Klasik Nasional, Nor Fazrah Bahari, 25, atau Fazz yang menaiki kereta Proton Wira Aeroback ketika itu berhenti di simpang lampu isyarat yang sama.

Katanya, kejadian berlaku sekelip mata, sebelum keretanya tiba-tiba dirempuh di bahagian depan.

“Saya nampak kereta Toyota Camry dipandu laju dari arah bertentangan, manakala kereta Proton Saga BLM pula dari arah kanan. Kedua-duanya bertembung dan berpusing beberapa kali di tengah-tengah simpang empat ini.

“Ketika itu, saya sedang berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau dan terkejut apabila Toyota Camry itu merempuh bahagian depan kereta saya,” katanya.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan keretanya remuk, namun bersyukur dia dan rakannya terselamat dalam kejadian itu.

Sementara itu, Gian Hau disahkan maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk, manakala, Mohd Nor Azhar yang cedera parah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Biodata Shila Amzah


Nama penuh : Nur Shahila Amir Amzah (lebih dikenali sebagai Shila Amzah)

Tarikh lahir : 13 August 1990
Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Adik beradik : Empat orang
Tinggi : 165 cm
Berat : 52 kg

Pencapaian : Naib Juara One In A Million Musim Kedua,

Naib Juara Anugerah Juara lagu (AJL 26) untuk lagu Beribu Sesalan,

Juara Asian Wave 2012 Album: Sha-hila (EMI, 2005), Ost 5 Jingga (EMI, 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bergandingan dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor-2011)

Monday, October 8, 2012

Black mahu saman penulis gosip

Foto Black beredar di internet



DIA tekad mahu menyaman penulis gosip itu. Itu kenyataan terbaharu daripada penyanyi yang dikenali dengan nama Black ini. Nama Black tiba-tiba menjadi kontroversi apabila dia dikhabarkan bercuti bersama kekasihnya dan menginap di sebuah hotel di sana.

Biarpun sudah mengakui kepada media bahawa percutian bersama kekasihnya pada awal tahun lalu itu turut disertai oleh tiga lagi rakan mereka, namun Black kesal apabila isu tersebut dikaitkan pula dengan agama.

Selepas gosip tersebut muncul menerusi sebuah akhbar mingguan, amarah Black sememangnya tidak dapat dibendung lagi.

Ini kerana penulis gosip tersebut bukan sekadar mendakwa Black dan kekasihnya itu bersekedudukan, tetapi turut melabelkan Black sebagai tidak ada agama kerana melakukan perkara itu (bersekedudukan).

Berkesempatan mengadakan sesi fotografi khas bersama Black, pemilik nama sebenar, Hanifah Md. Hanafiah, 25, meluahkan isi hatinya bahawa tuduhan tersebut sangat tidak berasas dan dia nekad mahu menyaman penulis gosip tersebut.

"Kenapa isu ini boleh timbul sekarang, sedangkan cerita saya pergi bercuti bersama kekasih yang kini merupakan bekas kekasih dan rakan-rakan ke Pulau Redang sudah lama.

"Kami pergi ke sana pada bulan Januari lalu. Kalau ingin menulis cerita mengenai saya sekalipun, janganlah sehingga mengaitkan isu agama," ujarnya yang marah dengan penulis ruangan gosip akhbar mingguan tersebut.

Sunday, October 7, 2012

Lama menyepi Wann rindu dunia nyanyian

Wajah Wann atau Wan Rashidah kini



Nama Wan Rashidah, 42, atau lebih dikenali sebagai Wann sememangnya mendapat perhatian ramai.

Namun, selepas membuat keputusan  mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan, Thazah Hamzah, 49, dunia seninya berubah dan utamakan keluarga.

Walaupun ketika itu namanya   berada di puncak, namun dia harus mengorbankan satu daripadanya untuk memenuhi tuntutan sebagai isteri.

Namun, kecintaan terhadap dunia seni tidak pernah pudar. Lama menyepi dalam dunia nyanyian, tidak bermakna Wann melupakan industri yang pernah menjadi periuk nasinya satu ketika dulu.

Malah, akui Wann, dia masih mengikuti perkembangan industri muzik yang lama ditinggalkan.

“Menyanyi adalah minat saya sejak dahulu lagi. Walaupun saya sudah lama menyepi, tidak bermaksud saya melupakan bidang ini, malah sering  ikuti perkembangan terkini dunia hiburan.

“Apa yang saya lihat sekarang, zaman sudah berubah dan industri sudah berkembang pesat dengan kehadiran muka-muka baru yang berbakat.

“Ia satu perkembangan yang baik kerana masing-masing bersaing secara sihat untuk mengukuhkan karier mereka. Cuma, mereka harus bekerja keras untuk mencipta kelainan dan berpegang pada identiti sendiri,” katanya yang memiliki lebih 10 album solo sepanjang penglibatannya.

Saturday, October 6, 2012

Anugerah Blockbuster: Malam gemilang bagi Syamsul Yusof

PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusof menang besar dengan membawa pulang lima trofi termasuk filem arahannya, KL Gangster merangkul kategori Filem Terhebat Anugerah Blockbuster, yang julung-julung kali diadakan, malam tadi.

Selain itu, filem Khurafat arahan Syamsul turut memenangi Anugerah Filem Takut Terhebat, KL Gangster menerusi Filem Aksi Terhebat, Anugerah Tuan Direktor Terhebat serta Anugerah Khas PFM daripada penganjur majlis anugerah ini iaitu Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).

Ketika ditanya mengenai kemenangan besarnya itu, Syamsul berkata, "syukur alhamdulillah, terima kasih kepada ibu bapa saya dan peminat-peminat yang mengundi kerana pengiktirafan ini menunjukkan bahawa hasil kerja saya dihargai oleh mereka."

"Anugerah yang saya terima ini bukan hanya untuk saya saja, sebaliknya penonton mengundi keseluruhan produksi KL Gangster dan bukannya atas nama saya saja," katanya ketika ditemui pada majlis yang diadakan di Shah Alam, malam tadi.

Syamsul turut menambah bahawa dia sendiri sebenarnya tidak meletakkan harapan tinggi KL Gangster terbitan syarikat produksi ayahnya sendiri, Datuk Yusof Haslam akan memenangi anugerah utama itu sebaliknya dia merasakan filem terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa akan membolot kategori itu.

"Saya sendiri jangkakan filem Hikayat Merong Mahawangsa yang akan menang kerana bagi saya KL Gangster tidaklah terhebat jika dibandingkan dengan filem Hikayat Merong Mahawangsa tetapi mungkin rezeki filem saya terpilih, alhamdulillah.

"Saya akan terus mengarah dengan lebih banyak lagi karya yang dekat dengan penonton seperti KL Gangster dan Khurafat dan mungkin lepas ini saya akan buat filem epik yang berbajet besar. Itu adalah angan-angan serta impian saya selepas ini," katanya.

Friday, October 5, 2012

Saya tak pernah ada tatu! - Amanda Imani


DIA pernah dikritik kerana berpakaian seksi dengan menyarung gaun terdedah bahagian belakang ketika majlis perkahwinan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza tahun lalu.

Terbaharu, penyanyi Amanda Imani, 20, terpalit lagi dengan kontroversi apabila dikatakan mempunyai tatu pada kakinya ketika membuat kemunculan pada majlis pembukaan sebuah butik terkenal luar negara di ibu kota Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak melatah gosip berkenaan, figura bertubuh montok dan berbibir seksi ini menganggap isu dia dikatakan mempunyai tatu adalah satu gurauan dan asam garam sebagai anak seni yang sedang membina nama.

“Saya tak pernah ada tatu. Tatu pada kaki saya semasa majlis itu adalah pelekat tatu sahaja, ia pemberian seorang kawan dari Amerika Syarikat, saya letak di pergelangan kaki hanya untuk suka-suka,” ujarnya ketika ditemui di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Amanda yang ditemu bual ketika sedang menjalani penggambaran video muzik single terbaharunya, Fobia Cinta mengakui dia tidak langsung tidak menyangka perbuatannya meletakkan pelekat tatu di kakinya akan menjadi buah mulut ramai.

“Saya terkejut apabila ada peminat tanya saya di akaun Twitter, selepas itu ada wartawan hubungi saya untuk minta penjelasan, saya tidak sangka ia akan jadi isu besar pula,” jelasnya.

Tidak tersinggung gosip berkenaan, Amanda menganggap, kontroversi tersebut sebagai satu lumrah yang terpaksa ditempuhi dirinya selaku anak seni.

Pemenang Vokal Terbaik Artis Baru Wanita Anugerah Planet Muzik tahun lalu itu juga memberitahu, selepas ini dia akan lebih berhati-hati dengan sensitiviti masyarakat agar ia tidak disalah anggap nanti.

Dia mengakui baki pelekat tatu itu masih banyak lagi dalam simpanannya.

“Pelekat tatu itu ada banyak lagi, tak tahu hendak buat apa selepas ini. Mungkin nak lekat di tangan pula selepas ini,” ujarnya berjenaka.

Julia: 'Itu fitnah, mungkin pelanduk 2 serupa'


PELAKON, Julia Hana menafikan laporan laman blog yang mendakwa beliau kini bercinta dengan pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan telah menghabiskan cuti bersama di Langkawi baru-baru ini.

Laporan portal itu mendakwa, Safee dan Julia  dilihat beratur bersama di Langkawi Cable Car dan lagak mereka berpegangan tangan menguatkan andaian yang pasangan ini sedang bercinta.

Menjawab dakwaan itu, Julia berkata, “gosip yang mengatakan saya bercinta dengan Safee adalah tidak berasas dan ia fitnah."

“Saya dapat tahu mengenai perkara ini pun melalui adik lelaki saya dan saya memang tidak mengenali siapa Safee sebelum ini,” katanya ketika dihubungi.

Julia turut menjelaskan bahawa dia terkejut dengan gosip itu dan tidak tahu bagaimana cerita sebegitu boleh timbul.

“Saya terkejut kenapa nama saya dikaitkan dan sememangnya mulut-mulut orang kita tak boleh nak tutup.

“Mungkin orang yang mendakwa itu ternampak pelanduk dua serupa dan kita juga tidak boleh percaya dengan cerita sebegini kerana tiada sebarang sumber, contohnya gambar yang dapat mengesahkan perkara itu dan sememangnya mustahil kerana saya sekarang tidak bercuti ke mana-mana kerana sibuk serta terikat dengan penggambaran drama bersiri Evolusi KL Drift untuk tayangan RTM,” katanya.

Julia, nama sebenarnya, Julia Hana Kamaruddin, 35, sebelum ini dikenali kerana pembabitannya dalam filem Remp-It yang terbit pada 2006 selain dia pernah menjalin hubungan cinta dengan bekas anggota kumpulan A to Z, Jeff.

Dalam kenyataan tengah hari tadi, Safee turut membuat penafian mengenai perkara itu dengan menyatakan dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Langkawi dan Julia bukan kekasihnya.

Safee juga membuat pengakuan bahawa dia sudah mempunyai teman wanita tetapi dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Thursday, October 4, 2012

Melissa Saila sudah berhijab

Melissa di samping tiga cahaya mata tersayang, (dari kiri), Zahra, Noor dan Zain.


PENAMPILAN anak seniwati Mariani yang juga anak anak suadara arwah seniwati Saloma itu kini tampak sungguh manis. Aktres yang juga merupakan seorang pengarah itu sudah rasmi mengenakan hijab.

Kali terakhir penampilan Melissa Saila,40, secara tidak bertudung adalah menerusi iklan krim parut, Mederma.

Anak pertama Melissa iaitu Noor Megat Fauzi Shukarnain, 8, juga berlakon bersamanya dalam iklan tersebut.

Mengenakan hijab sejak bulan Jun yang lalu, Melissa mengakui perkara itu perlu dilakukannya kerana faktor umurnya yang semakin meningkat.

" Saya pakai tudung sejak bulan enam yang lalu. Sebenarnya saya ingat mahu mula pakai tudung pada bulan Ramadan lepas, tetapi tiba-tiba Allah buka pintu hati terlebih awal.

" Bila lagi saya kena pakai jika tidak sekarang. Umurpun sudah masuk 40 tahun.Jelanya.

Wednesday, October 3, 2012

Wawa Zainal semakin rancak berkarier


WAWA Zainal bukanlah nama asing dalam industri seni lakonan tempatan.

Meski pun baru dua tahun menapak dalam industri ini, namun dia sering mendapat perhatian pengarah dan penerbit untuk membintangi karya mereka.
Bernaung di bawah produksi MIG Productions Sdn Bhd (MIG), gadis kelahiran Lahad Datu, Sabah ini, mengakui kariernya kini semakin berkembang baik.

“Alhamdulillah, saya gembira sangat kerana walaupun masih baru dalam bidang ini, pengarah dan penerbit telah memberi kepercayaan kepada saya untuk bekerja dengan mereka.

“Bagi saya, rezeki yang datang tidak harus disia-siakan dan sebab itulah saya menerima apa sahaja tawaran.

“Walaupun watak dan skrip yang diberikan ringan, saya perlu ingat, sebagai pendatang baru yang masih hijau dalam bidang ini saya tidak boleh memilih. Dari sinilah orang akan menilai sejauh mana kemampuan saya,” kata Wawa yang mengagumi lakonan Elly Suriati.

Berkongsi perasaannya mengenai watak simple yang sering diberikan kepadanya, Wawa menjelaskan, semua itu tidak menjadi masalah baginya.

“Bukan mudah untuk mencipta nama memandangkan saya masih di peringkat awal, masih banyak yang perlu saya lakukan untuk mendapat watak lebih mencabar.

“Lagi pun, dalam tempoh dua tahun ini, apa sahaja watak yang diterima adalah satu sesi pembelajaran bagi saya,” jelas pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Ana Lulu ini.

Tuesday, October 2, 2012

Cinta Aliff Aziz - Anne... berkecai

Saat gembira.



SEJAK seminggu lalu, hubungan cinta membabitkan aktres, Anne Ngasri dan Aliff Aziz menjadi perhatian selepas Anne mendedahkan hubungan yang terjalin sejak awal tahun ini sudah berakhir.

Namun, Anne enggan mendedahkan puncanya dan menyebabkan ramai pihak beralih dan berharap untuk mendapat kenyataan daripada penyanyi yang kini popular dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku itu.

Malah, jejaka berusia 21 tahun itu juga mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan pihak pengurusannya, Sony Music Entertainment Malaysia telah mengeluarkan larangan kepada Aliff memberi kenyataan di media berkaitan isu berkenaan.

Bagaimanapun, Ahad lalu, Aliff terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum sempat membuat persembahan sempena PJ Half Marathon 2012.

Justeru, ramai pihak membuat spekulasi, bahawa Aliff jatuh sakit disebabkan terlalu kecewa selepas putus cinta minggu lalu.

Tidak mahu ramai pihak berteka-teki, Sony Music mengeluarkan satu kenyataan yang menegaskan hal kesihatan Aliff tidak ada kena-mengena dengan isu hubungan cintanya yang dikatakan sudah putus bersama Anne.

"Sidang media akan diadakan selepas Aliff kembali pulih untuk menjawab semua spekulasi yang melanda dirinya kini," menurut kenyataan itu.

Difahamkan, Aliff telah disahkan mendapat serangan palpilasi jantung (denyutan jantung tidak teratur) dan dinasihatkan doktor untuk berehat selama sebulan.

Bagi memastikan kesihatannya pulih sepenuhnya, Aliff telah di bawa pulang ke Singapura oleh keluarganya bagi mendapatkan rawatan susulan.

Pihak Sony Music juga berharap agar semua pihak mendoakan kesihatan penyanyi itu agar pulih seperti sedia kala.

Monday, October 1, 2012

TONTON TVkita

TONTON TVkita

TVkita menggunakan/memakai 'Flash Player' jika belum ada sila install

Zain punya bakat terpendam


PELAKON kacukan, Zain Saidin mengakui akan lebih serius dalam bidang nyanyian jika single pertamanya yang bakal keluar tidak lama lagi mendapat sambutan daripada pendengar.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui pelakon yang berusia 28 tahun ini sebenarnya memiliki bakat terpendam dalam bidang nyanyian.

"Sejak kecil saya memang sukakan bidang nyanyian berbanding lakonan. Disebabkan rezeki dalam bidang lakonan lebih menyebelahi saya, saya mengambil keputusan untuk bermula sebagai seorang pelakon.

"Mungkin sekarang sudah tiba masanya saya mengambil peluang yang ada untuk memulakan bidang nyanyian. Sekarang saya sedang sibuk mempromosikan single pertama, 'Transformasi' dan Insya-ALLAH ia bakal dimainkan di stesen radio tempatan," katanya yang memilih genre rap sebagai muzik kegemarannya.

Tambah Zain, single sulungnya itu juga akan dimuatkan dalam drama ‘Evolusi KL Drift: The Series’ yang turut dilakonkan olehnya bersama barisan pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana dan Aaron Aziz.

Drama bersiri itu bakal bersiaran di TV2 mulai 4 Oktober ini.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2