NUFFNANG ADS

Monday, September 30, 2013

Isteri nafi aktor Aaron Aziz maut kemalangan


Isteri pelakon terkenal, Aaron Aziz menafikan berita yang tersebar di internet bahawa suaminya mati akibat kemalangan ketika bermain luncur salji di Switzerland sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan peminatnya di laman sosial awal pagi semalam.

Isteri pelakon itu, Diyana Halik melahirkan rasa kesal dengan berita palsu itu sambil memberitahu, Aaron kini berada di Cape Town, Afrika Selatan untuk penggambaran rancangan realiti Fear Factor Selebriti Malaysia.

Menurut sebuah portal dalam talian, Global Associated News, kira-kira pukul 3 pagi semalam, pelakon filem Ombak Rindu itu dilaporkan meninggal dunia selepas hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok ketika bermain luncur salji di Zermatt, Switzerland.





Sunday, September 29, 2013

Kenapa Fida tinggalkan lokasi pengambaran?


Fida Ibrahim meninggalkan set penggambaran telefilem Kampungku dan Aidiladha, di Baling, Kedah, minggu lalu, benar-benar mengejutkan ramai pihak.

Apatah lagi, pihak produksi mengatakan Fida sengaja lari kerana tidak berpuas hati dengan babak terakhir dikatakan cuba menyindirnya.

Bagaimanapun, perkara tersebut ditepis Fida yang mendakwa, penerbit itu sengaja memfitnahnya dengan membangkitkan alasan tidak munasabah.

Tegas Fida, dia tidak lari tetapi meninggalkan produksi itu kerana tidak mencapai perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.

Justeru bagi mempertahankan dan mencari keadilan, Fida tidak berlengah lagi untuk merujuk perkara ini kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Pengerusi Biro Aduan dan Undang-Undang Seniman, Zahrin Ishak berkata, menerusi pertemuan Khamis lalu, Fida sudah memaklumkan beberapa perkara kepada pihak Seniman antaranya mengenai perjanjian asal dan hal kebajikan yang tidak dijaga.

Jelasnya, bagi bertindak adil kepada kedua-dua belah pihak, pihak Seniman sudah bertemu dengan pengarah telefilem berkenaan, Shuhaimi Lua dan beberapa krew produksi untuk siasatan lanjut.

“Saya sudah berjumpa dengan Shuhaimi dan pihak produksi semalam, esok (Isnin) saya akan berbincang bersama Zed Zaidi mengenai perkara ini.

Thursday, September 26, 2013

Zain - Rozita Che Wan bertunang senyap-senyap ?


Pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan menafikan khabar angin yang mereka telah melangsungkan majlis pertunangan secara senyap-senyap pada Rabu lalu.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd. Saidin, 29, memberitahu, dia terkejut apabila banyak pihak bertanyakan mengenai pertunangannya dengan Rozita semalam.

"Kami belum bertunang dan tidak ada sebarang majlis pertunangan berlangsung. Sebenarnya saya sendiri cukup terkejut apabila tiba-tiba pihak media hubungi saya bertanyakan hal ini.

"Saya sendiri tidak tahu macam mana cerita mengarut seperti ini boleh tersebar sedangkan kami berdua cukup sibuk dengan kerja masing-masing dan belum sempat untuk buat sebarang majlis bertunang," katanya ketika dihubungi


Adam, Fiza sah bergelar suami isteri


TAHNIAH kepada kedua selebriti, Adam atau Mohd Aizam Md Saman, 30 dan Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul halim, 32 yang telah sah bergelar pasangan suami isteri, hari ini.

Fiza yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite itu telah selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin berjumlah RM300 oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapanya, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Shah Alam.

Kedua pasangan pengantin baru dilihat memilih warna putih sebagai busana pada majlis akad nikah, pagi tadi.

Sebelum ini, penyanyi Adam AF2 mengaku tidak peduli dengan status janda bakal isterinya itu.

"Secara jujurnya saya tidak pernah kisah tentang status seseorang wanita itu, memang ramai yang bertanya saya sama ada saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.

 "Saya sudah bersedia Insya-ALLAH, harap semua pihak dapat doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas," katanya.

Wednesday, September 25, 2013

Merana 'dibuang' bapa - Wan Nor Azlin


Dramatis terkenal Wan Nor Azlin, bagaikan tidak terlepas dari kisah kontroversi. Selepas tenggelam seketika dari industri hiburan, pelakon berusia 45 tahun ini sekali lagi kembali menjadi perhatian setelah memfailkan saman dan meminta mahkamah agar ayah kandungnya, Wan Mohd Husain, 76, dipenjarakan.

Permintaan tersebut tentu sekali mengejutkan dan banyak pihak mula menyalahkan Azlin serta menuduhnya sebagai anak derhaka. Tidak mahu terus berdiam diri, Azlin akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar di lobi Mahkamah Syariah Shah Alam, semalam.

"Ayah saya yang terlebih dahulu memfailkan saman terhadap saya kerana enggan keluar dari rumah tersebut. Padahal belum pun setahun dia tinggal di situ, saya sudah mengeluarkan belanja sebanyak RM64,000 untuk memperbaiki kerosakan dan menambah baik peralatan di rumah tersebut "Malah, dia juga ada ajak saya tinggal bersama lima tahun lalu selepas kematian ibu, sementelah lagi saya pula berhadapan masalah rumah tangga.

"Namun, tanpa sebarang alasan kukuh ayah menyuruh saya keluar dari rumah sehingga sanggup memotong bekalan air dan elektrik. Bayangkan selama lapan bulan hidup saya ibarat dalam buangan akibat perbuatan bapa sendiri," katanya yang ditemui selepas kes itu dibatalkan mahkamah.

Jelasnya lagi, sikap ayahnya itu mula berubah selepas berkahwin baru sehingga adik nberadiknya yang lain turut terkejut dengan perubahan itu.

"Saya terkilan dan sedih dengan perbuatan ayah dan mohon dia jangan menganiaya saya kerana saya darah dagingnya sendiri. "Lagipun rumah tersebut sudah dijual dan saya cuma mahu hak saya kembali. Saya berharap ayah dapat pulangkan balik wang saya kerana mahu mulakan hidup baru bersama anak-anak," katanya.

Tegas Azlin, dia banyak berdiam diri walaupun masyarakat memandang serong terhadap perbuatannya menyaman bapa sendiri.

"Orang luar tidak tahu bahawasanya ayah saya yang memulakannya namun, mereka terus menuding jari bahawa sayalah punca segala-galanya," ujarnya.


Monday, September 23, 2013

Uqasha Senrose akui sudah dirisik Pekin brahim


KEHADIRAN Uqasha Senrose, 20 iaitu kakak kepada Nellydia Senrose mula menarik perhatian ramai.

Namun, bukan kisah kerjayanya yang diberi perhatian, sebalik kisah cinta demi kisah cinta yang menjadi buruan ramai.

Bagaimanapun bagi Uqasha sendiri, biarpun masyarakat lebih memberi tumpuan terhadap kisah cintanya bersama Pekin Ibrahim, 32, fokus utamanya sejak mula lagi adalah perjalanan karier yang baru sahaja bermula.

"Biarpun orang asyik bertanya soal cinta, sejujurnya saya lebih selesa orang memberi perhatian kepada kerjaya saya kerana sememangnya itu fokus utama saya ketika mula-mula berkecimpung dalam industri seni.

"Malah kerjaya saya tidak sedikit pun terjejas dengan segala perhatian  diberikan dan jadual penggambaran saya juga padat dengan beberapa penggambaran. Minggu ini filem lakonan saya Becinta akan ditayangkan di pawagam," ujarnya.

Uqasha yang sudah dirisik Pekin Julai lalu mengakui, dia belum membuat sebarang keputusan lagi bila majlis perkahwinannya akan diadakan, apatah lagi dia begitu sibuk kini.

"Semuanya terserah pada jodoh. Apa yang pasti bukan tahun ini ataupun tahun depan. Lagipun, hubungan kami baik-baik saja dan berjalan lancar," jelasnya

'Nor Anggerik Renesmee' anak ke 2 Rabecca Nur Al Islam

Rabecca selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Gleanegles, Jumaat lalu.

PELAKON Rabecca Nur Al Islam telah selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Gleanegles, Ampang sekitar jam 9.35 pagi, Jumaat lalu.

Suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman menemaninya ketika melahirkan Nor Anggerik Renesmee seberat 3.74 kilogram melalui pembedahan.

“Alhamdulillah saya dan bayi sihat,” kata Rabecca Nur Al Islam, dipetik Harian Metro.

Kelahiran bayi baru itu melengkapkan hidup pasangan berkenaan yang sudah mempunyai dua anak, Nor Adam Daniel, 5 dan Nor Anggun Raveira, 10 bulan.

“Saya dam suami suka keluarga besar, tetapi mungkin saya akan berehat dulu daripada menambah ahli keluarga baru,” katanya.

Saturday, September 21, 2013

Aidil fail pindaan tuntutan hak penjagaan anak


Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26, memfailkan pindaan terhadap tuntutan hak penjagaan anak-anaknya yang dibuat sebelum ini semasa prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, dekat sini, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Syarie, Roshdan Sujak Rafie, yang mewakili Mohd Aidil selaku plaintif dalam proses tuntutan hak penjagaan Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, selepas pasangantersebut bercerai 5 September lalu.

Plaintif turut mengemukakan surat cadangan penyelesaian secara baik kepada Rita Rudaini Mokhtar, 37, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes berkenaan.

Rita Rudaini, yang diwakili peguam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memohon satu tarikh sebutan baru bagi membolehkan pihaknya meneliti tuntutan dan surat terbabit sebagai persediaan pembelaan.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad, selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, menetapkan 13 November 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Mohd Aidil tidak hadir kerana ada komitmen kerja di Pahang.

Thursday, September 19, 2013

Ana Raffali menyepi

BANGGA sentiasa mendapat sokongan suami.

Begitu pantas masa berlalu, sudah setahun setengah rupanya penyanyi dan penulis lagu berbakat, Ana Raffali bergelar isteri.

Sepanjang tempoh itu juga, pemilik nama sebenar Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini seakan sepi daripada publisiti dan liputan media.

Wanita berusia 28 tahun ini jarang muncul pada acara hiburan. Kalau ada pun, kelibatnya boleh dikira dengan jari.

Sempat mengukir senyuman lebar, penyanyi mencipta nama menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku dan Kalau Berpacaran ini menjawab, ‘kehilangan’ itu berlaku kerana tiada cerita menarik untuk dikongsikan.

Jejaka ini Kekasih baru Nabila?


SEJAK kebelakangan ini, aktres popular, Nabila Huda, muncul dengan pelbagai kisah sensasi.

Selain kisah cinta, kemalangan, serta hubungan dingin dengan bekas suami serta bapanya sendiri, pelakon Julia dan Teduhan Kasih ini kembali memanaskan atmosfera seni apabila gambar mesranya bersama seorang jejaka tersebar.

Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nas T dan dia juga dikaitkan dengan beberapa pelakon lain seperti Johan Ashari dan Syazwan Zulkifli, anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini, dilihat mudah mencari penggantinya.

Jika dihitung, hubungannya dengan Nas T baru saja berakhir tiga bulan lalu. Tetapi sudah muncul gambar mesranya bersama jejaka yang didakwa berasal dari Singapura. Ini  pastinya mengejutkan ramai peminat.

Nabila yang dihubungi mengaku dirinya sudah penat untuk melayani setiap kontroversi yang datang. 

"Saya tak nak komen apa-apa lagi. Cukuplah saya dah penat. Lagipun sekarang saya nak tumpu pada penggambaran," ujar Nabila yang kini sedang menjalani penggambaran Dia Suamiku.

Anuar Zain tidak berminat media sosial


Ramai artis berlumba-lumba memuat naik status terbaru mereka melalui media sosial seperti Twitter, Instagram, Keek atau Facebook, tetapi berbeza dengan penyanyi lelaki versatil, Anuar Zain atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43.

Bagi Anuar, disebabkan banyak keburukan dari kebaikan, dia tidak berminat menjadikan media sosial sebagai medium untuk bersosial.

Mengakui dirinya sering dilihat di tempat awam, Anuar merasakan perkara itu sudah memadai kerana tiada perkara yang diselindung daripada peminat yang rata-ratanya sudah mengetahui rutin kehidupannya.

“Saya rasa, tidak perlulah mempunyai laman sosial kerana saya sudah terlebih berkongsi bersama peminat.

“Dari dulu, saya tidak menyembunyikan aktiviti saya. Malah, peminat juga tahu di mana saya selalu ada, di kedai mana saya selalu habiskan masa lapang saya dan bagi saya, semua aktiviti saya mereka dah tahu.

“Saya rasa sudah terlalu menonjolkan rutin harian saya. Peminat sudah terlalu dekat dengan saya,” katanya yang juga bimbang aspek keselamatan sekiranya terlalu menonjolkan diri.

Dia yang popular dengan lagu Lelaki Ini, turut meluahkan rasa terkilan dengan perbuatan individu yang sengaja mencuri dan merakam gambarnya sewaktu keluar di tempat awam dan mengutuknya di Twitter.

“Memandangkan saya tiada laman sosial, saya mendapat tahu beberapa individu yang tidak puas hati (mengambil foto tanpa izin) dan mengutuk saya di Twitter.

“Kutukan itu sedikit sebanyak mengganggu emosi saya. Sedangkan saya tidak pernah melukai hati sesiapapun, mengapa ada saja pihak mempunyai persepsi negatif terhadap saya.

“Saya merasakan laman sosial itu tiada kepentingan dan kebaikan selain hanya menimbulkan perkara tidak baik,” katanya yang mengaku fobia dengan perkara sedemikian.

Malah disebabkan perkara itu, dia memutuskan tidak memiliki akaun laman sosial sendiri sebaliknya hanya memiliki  akaun Facebook Anuar Zain Network yang diselia pihak pengurusannya.

Wednesday, September 18, 2013

Siapa kawan saya yang jauhkan diri? - Nabila



SEJAK dirinya terlibat dalam kemalangan bersama anak dan seorang rakan selebriti, pelbagai kisah mula timbul mengaitkan aktres popular ini.

Bukan sahaja dimarahi bekas suami di atas kecuaian rakannya memandu sehingga mengakibatkan kecederaan kepada anak mereka, Keisha Laila, 4, Nabila Huda turut dihunus pelbagai persoalan mengenai kenyataan bapanya, Amy Search, yang memberitahu pelakon Jodoh Itu Milik Kita ini tidak balik beraya.

Tidak terhenti di situ, Nabila sekali lagi dihimpit kontroversi apabila hari ini timbul gosip mengatakan kawan rapatnya sudah menjauhkan diri daripada terus bergaul dengan pelakon itu kerana merasakan kehidupan pelakon itu sudah banyak berubah daripada yang dikenali dahulu.

Nabila yang terkejut dengan dakwaan itu telah melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap pihak yang menulis artikel tersebut.

Mengakui tidak marah dengan apa yang didakwakan itu, namun apa yang dikesali Nabila adalah pihak terbabit hanya menulis tanpa bertanya terlebih dahulu kesahihan berita tersebut.

"Siapa pula kawan baik yang kini menjauhkan diri setelah Nabila berubah? Kawan baik saya hanya @niesakhalil dan masa kecil @farakidal. Saya tidak mempunyai kawan yang kini menjauhkan itu. Niesa masih bersama saya dan Fara sudah berkahwin.

"Jadi, tolong berhenti bercakap benda yang salah info itu. Kalau boleh tanya saya secara peribadi dan baru tulis. Bukan tulis baru tanya.

"Dan saya bukannya marah, kamu boleh tanya saya bila-bila masa sebelum menulis kerana ini bukan cara yang betul, biasakan diri untuk bertanya dan tulis simple," kata Nabila di laman Twitternya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal hiburan yang mendakwa kawan rapat Nabila kini sudah menjauhkan diri dari pelakon itu kerana merasakan kehidupan pelakon itu sudah banyak berubah.

Monday, September 16, 2013

Wan Sakinah sah hamil 6 minggu


Sebelum ini khabar angin yang bertiup kencang di laman-laman sosial mengenai isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi yang sudah hamil, nyata benar.

Sebuah portal hiburan telah memaparkan gambar asid folik yang dipetik daripada akaun Instagram isteri pelakon itu.

Gambar tersebut, menimbulkan persepsi tentang status kehamilan beliau.

Bagaimanapun, semalam satu laporan akhbar tempatan telah melaporkan kehamilan Wan Sakinah telah mencecah enam minggu.

Melalui laporan itu juga, Wan Sakinah mengalami alahan yang teruk termasuk sakit kepala, muntah dan hilang selera makan.

Sunday, September 15, 2013

Shaheizy Sam keluar single


DI mana sahaja aktor Shaheizy Sam berada, pasti dirinya tidak terlepas daripada peminat yang datang untuk bergambar. Namun, apa yang membuatkan peminat suka akan dirinya ialah kerana Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa sebagai Sam, pasti akan berusaha melayan setiap kerenah peminat.

Baru-baru ini, Sam telah menyertai kempen Nescafe Cans, On The Life. Ia memberi peluang kepada peminat untuk menghantar lirik kepada Nescafe dan dinyanyikan oleh Sam sendiri. Sidang akhbar yang telah diadakan di The Bee, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur itu menyaksikan Sam telah menyampaikan sebuah lagu.

Namun, sebelum ini, ramai tahu Sam pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia belum bersedia untuk menyanyi. Bagaimanapun demi menunaikan permintaan peminat, Sam bakal muncul dengan sebuah single.

“Sebelum ini bukannya Sam tidak mahu menyanyi, mungkin perkara itu terjadi kerana ia merupakan tindak balas saya ketika itu. Tetapi sebenarnya, bila buka sejarah, saya memang gemar menyanyi sejak kecil lagi.

“Pada waktu itu, saya sedang lepak sambil menyanyi di set penggambaran. Seorang rakan merakam aksi saya secara senyap-senyap dan memuatnaik di dalam laman sosial Facebook.

“Bila telah berada dalam Facebook, banyak komen positif yang meminta saya menyanyi. Saya fikir ramai yang tidak tahu saya masuk ke dalam industri hiburan menerusi bidang nyanyian. Rupa-rupanya, tanpa saya sedari ramai yang tahu sejarah saya,” ungkap Sam yang pernah menganggotai kumpulan M.O.B.

Saturday, September 14, 2013

Nabila Huda terbabit dalam kemalangan

Mengenang insiden kemalangan jalan raya pada Ahad lalu, kelopak mata Nabila Huda Suhaimi pantas digenangi air mata. Ingatannya segera menerpa pada pukul 3.30 petang bertarikh 8 September lalu. Ditahan-tahan suaranya. Namun, dia tidak lokek berkongsi keadaan sebenar.

Seingatnya, dia terlelap dalam perjalanan pulang tatkala kenderaannya melintasi Kilometer 71 Lebuh Raya Pantai Timur arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur. Sewaktu matanya terbuka, dia nampak buah hatinya, Keisha Laila sedang lelap di belakang. Dia menoleh ke depan semula, selepas melihat aktor Syazwan Zulkifly memandu tenang di sebelahnya dalam keadaan hujan lebat sehingga pandangan menjadi kabur.

Tidak sampai beberapa saat, kenderaan jenis Mitsubishi Triton milik Syazwan melelong lantaran jalan licin sebelum terbalik beberapa kali dan berhenti. Dalam keadaan pening, Nabila menoleh ke belakang, mencari Keisha yang hilang daripada pandangan. Dia menjerit-jerit nama puterinya itu seraya menyuruh Syazwan keluar dari tingkap kereta yang sudah mengiring. Kaca bertaburan di sana sini.

Syazwan menyelinap dari tingkap dan gagal mengesan Keisha, Nabila bergegas naik tanpa selipar. Kakinya seakan-akan tidak terasa bahawa dia sebenarnya sudah memijak kaca yang bertaburan. Matanya terpandang ke arah tubuh Keisha di atas jalan, beberapa meter di belakangnya. Keisha sedang cuba bangun daripada pembaringan dalam hujan yang masih lebat.

Berlarilah ibu ke arah anaknya. Memeluk Keisha yang basah kuyup lantas bertanya "Keisha OK?" Anak kecil yang ternyata masih bingung itu merengek menyatakan dia OK namun anak kecil itu masih terasa sakit.

Itu momen yang jelas di mata Nabila ketika dia merangkul Keisha dalam kebasahan dan anaknya masih tabah untuk cuba bangun ketika dia terbaring selepas tercampak keluar dari kereta.

Dia kemudian dibawa ke Hospital Bentong, Pahang atas jasa baik sebuah famili yang kebetulan melalui lebuh raya yang sama.

"Semasa di hospital, saya tenangkan Keisha. Dia seperti dalam kebingungan. Saya pujuk dia supaya tidak menangis kerana dia anak yang tabah. Dia menurut kata saya. Namun ketika dia mendengar jeritan saya semasa luka di kaki saya sedang dicuci, dia berteriak. Dia tahu saya berada dalam kesakitan. Dia seperti turut merasainya. Itulah Keisha, permata hati saya," air mata Nabila Huda bergenang mengingatkan anak yang ketika ini berada dalam jagaan bekas suaminya.

Friday, September 13, 2013

ND Lala bergiat aktif bisnes menerusi E-Dagang


Penyanyi Amir Hamzah Salleh atau lebih sinonim dengan panggilan ND Lala pernah aktif dalam bidang nyanyian, malah lagunya seperti Diari YB juga pernah menjadi siulan ramai.

Bagaimanapun, kini bapa kepada penyanyi popular Shila Amzah itu lebih bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan dikenali sebagai seorang usahawan yang terbabit dalam perniagaan E-Dagang.

Terbaharu, dia muncul pula dengan sebuah lagi perniagaan yang menggunakan konsep 'trading network' menerusi syarikat Kaisar Venus (M) Sdn. Bhd. yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor.

Ketika ditemui semasa majlis pelancaran perniagaan berkenaan baru-baru ini, ND Lala diajukan pertanyaan sama ada dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian atau sebaliknya.

“Sehingga kini saya masih lagi menyanyi dan tawaran membuat persembahan pun agak banyak. Mungkin orang menyangka saya tidak aktif kerana amat jarang tampil di kaca televisyen.

“Selalunya saya memang menolak tawaran untuk program televisyen kerana ia memerlukan komitmen yang lebih, berbanding kalau saya sekadar membuat persembahan di tempat umum,” jelasnya.

Menurut ND Lala, kalau diundang menjadi panel atau ceramah dalam sebarang program keusahawanan, dia akan mengambil kesempatan untuk menyampaikan satu atau dua buah lagu.

“Ketika ini saya banyak menerima undangan memberi ceramah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman tentang perniagaan. Biasanya pihak penganjur akan meminta saya menyanyi dan permintaan tersebut ditunaikan,” ujarnya.

Penyanyi Black selamat menikahi pasangannya, Naquira Yasirah




Penyanyi Black telah selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pasangannya, Naquira Yasirah Mohd. Khairi, 28, dalam majlis akad nikah yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur, tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd. Khairi Abu Hassan sambil disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Mohammad Shuri Yaacob dengan mas kahwin sebanyak RM80.

Black atau nama sebenarnya, Hanifah Mohd. Hanafiah, 26, turut memberi wang hantaran sebanyak RM12,000 serta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan.





Thursday, September 12, 2013

Nora Danish akui sedang bercinta dengan Nedim Nazri Aziz


Nora Danish tidak menolak jika dia ditakdirkan bertemu jodoh dengan usahawan Nedim Nazri Aziz, malah pelakon jelita itu mengakui selesa berkawan dengan jejaka itu.

Malah, persahabatan yang terjalin di antara anak Nora yang berusia empat tahun dan anak Nedim setahun setengah turut mengeratkan lagi hubungan mereka.

Nora berkata, dia tidak menafikan sedang rapat dengan Nedim disebabkan sikap memahami, mengambil berat dan suka bersedekah jejaka itu benar-benar menarik perhatiannya.

“Saya tidak berani cakap lebih-lebih. Cukuplah saya katakan di sini yang kami dalam proses berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Kalau ada jodoh kami, saya tidak akan menolak tetapi setakat ini hati saya belum terbuka untuk mana-mana lelaki lagi ke arah berumah tangga.

“Pengalaman lalu mengajar saya untuk berhati-hati dan untuk bergelar isteri semula saya perlu betul-betul bersedia terutama dari segi pengorbanan,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan filem terbaru­nya berjudul Lagenda Budak Hostel, di ibu kota, baru-baru ini.

Wednesday, September 11, 2013

Adi bukan gila seks


ISU skandal pelakon terkenal, Adi Putra semakin lama semakin hangat diperkatakan apabila ramai yang ingin mengetahui perkara sebenar dari mulut pelakon bertubuh sasa itu.

Setelah lama berdiam diri tanpa menjawab panggilan telefon atau membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak media, akhirnya Adi, 32, tampil pada sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Luah Adi di hadapan pihak media dan juga peminat-peminatnya, 1Hotlovers yang hadir pada hari itu, dia langsung tidak mengenali wanita yang bernama Aida itu, malah tidak melarikan diri selepas isu itu hangat diperkatakan.

"Secara jujurnya, saya langsung tidak mengenali wanita itu. Ramai yang bertanya kenapa saya mendiamkan diri. Saya tidak melarikan diri, malah masih muncul dalam acara-acara jemputan seperti biasa," ujarnya tenang.

Disoal mengapa isu itu (didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita bernama Aida) boleh timbul jika dia tidak mengenali wanita itu, ungkap Adi, ketika kejadian tersebut dia sedang mengerjakan umrah dan tidak mungkin dia melakukan perkara tersebut.

"Dekat sana susah hendak cakap. Macam-macam boleh terjadi kalau kita lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya di Tanah Suci. Allah sahaja yang tahu," luahnya.

Anne selamat bersalin anak keempat

Anne Ngasri bersama suami

PELAKON Anne Ngasri selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 9 September lalu, dan berita gembira tersebut dikongsi Anne sendiri menerusi akaun Twitternya, semalam.

Bayi seberat 3.4 kilogram ini merupakan anak keempat Anne Ngasri dan yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan suaminya, Mohd Sumali Reduan pada bulan Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah, 3, manakala Sumali pula mempunyai seorang anak lelaki, Sufian Hakim, 8.

Dalam pada itu, Anne juga dikatakan berjaya menyandang jawatan sebagai Ketua Puteri UMNO bahagian Dataran Merdeka selepas dia dilantik dalam satu mesyuarat cawangan itu baru baru ini.

Monday, September 9, 2013

Yuna selit elemen Melayu dalam album Inggeris


 PENYANYI berbakat besar, Yunalis Zarai atau Yuna akui menyelitkan elemen-elemen tradisional Melayu dalam album Inggeris terbarunya.

Ditemui baru-baru ini, Yuna lega impiannya menjadi kenyataan.

"Sudah ada dua lagu baru yang dikeluarkan. Pertama, Rescue dan kedua, Falling.

"Konsep album ini pop tapi saya cuba memasukkan sedikit elemen Melayu," katanya.

Mengambil contoh dua lagu yang sudah dikeluarkan, Yuna memasukkan elemen muzik gamelan dan dikir barat.

"Contohnya, kalau dengar lagu Rescue, ada satu part yang sangat hampir macam dikir barat tapi bukan. Kalau dengar Falling, ada bunyi macam gamelan sedikit.

"Kalau orang Malaysia dengar, mereka akan perasan elemen itu. Itu yang saya nak buat untuk album ini," katanya.

Meskipun belum boleh menyelitkan lagu Melayu dalam album tersebut, Yuna bersyukur dapat memasukkan elemen Melayu dalam lagu-lagunya.

"Alhamdulillah dapat juga sedikit-sedikit memasukkan elemen tradisional kita.

"Album yang saya buat dengan label baru ini mengandungi semua lagu Inggeris kerana mereka mahukannya begitu.

"Saya akan cuba selitkan satu atau dua lagu Melayu untuk album akan datang," katanya.

Album Yuna bakal keluar hujung Oktober ini secara global.

Yuna juga berharap dapat melancarkannya di Malaysia secara rasmi.

Sunday, September 8, 2013

Heliza Helmi buka Butik Women Of Jannah (WOJ)



Bertubuh kecil molek, putih melepak dan memiliki bibir yang cantik ini kerap melemparkan senyuman. Dia nampak seperti seorang yang pendiam. Namun dalam kehidupan sehariannya, dia sentiasa dilanda kesibukan.

Sedang merancang untuk keluar dengan sebuah album baharu, wanita itu yang popular dengan panggilan Heliza Helmi itu membawakan dua buah single untuk pendengaran khalayak. Selain itu, dia sibuk dengan bisnes busananya, Falah Abiyana yang diusahakan secara online serta dijual di Butik Women Of Jannah (WOJ) Tingkat 1, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.

Wanita yang sentiasa dijadikan rujukan dengan gaya berjubah dan berhijab ini turut sibuk menjual telekung yang dinamakan Heliza Instant Telekung yang mendapat sambutan ramai.

"Saya terlibat secara keseluruhan dalam bisnes saya. Daripada proses mencari kain, mereka bentuk sehinggalah kepada penjualan. Semua itu membuatkan saya berdikari," ujarnya yang merupakan graduan lulusan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

"Saya juga memberikan motivasi dan forum kepada umum. Saya juga bergerak sebagai perunding imej sesudah mendapat sijil dalam bidang itu," jelasnya yang bersungguh-sungguh dengan perniagaan yang sedang dijalankan sekarang.

Saturday, September 7, 2013

Pelakon Maimon Mutalib meninggal dunia


Pelakon veteran drama dan filem Maimon Mutalib, 55, meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor akibat kanser payudara.

Presiden Seniman Malaysia Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

"Allahyarham meninggal dunia di rumahnya pada 2.20 petang ini setelah setahun mengidap penyakit itu," katanya.

Maimon yang dilaporkan mengidap kanser tahap keempat tahun lepas, meninggalkan lima orang anak yang berumur antara 16 hingga 32 tahun.

Jenazah beliau akan dikebumikan di kampung halamannya di Tangkak, Johor.

Antara drama dan filem yang pernah dilakonkan Allahyarham ialah Aku Akan Muncul, Budak Pailang, Chantek, CUCI, Al-Hijab, Qabil Khushry Qabil Igam serta Appalam.,





Anne Ngasri dilantik Ketua Puteri Umno


Pelakon wanita popular, Naszriah Ngasri atau lebih mesra dikenali sebagai Anne dipilih sebulat suara sebagai Ketua Puteri Umno cawangan Dataran Merdeka dalam mesyuarat cawangan itu, hari ini.

cawangan berkenaan turut menyaksikan perubahan pucuk pimpinan apabila Naib Ketua Cawangan, Nor Adnan Zainal Abidin dipilih sebagai Ketua Cawangan berikutan kekosongan kerusi itu.

Difahamkan, penyandangnya, Datuk Ab Rauf Yusof melepaskan jawatannya bagi cawangan Dataran Merdeka serta Bahagian Bukit Bintang dan bertanding di Masjid Tanah, Melaka.




Friday, September 6, 2013

Yuna bawa gitaris popular kejutkan peminat

Mike ketika mengiringi persembahan Yuna menyanyikan Deeper Conversatio

PENYANYI terkenal, Yunalis Zarai memberi kejutan istimewa buat peminatnya apabila menerbangkan gitaris Incubus, Mike Einziger Denies ke konsert pertamanya di Istana Budaya, malam tadi.

Akui ternanti-nanti reaksi peminatnya, Yuna lega apabila kehadiran Mike nyata menambah kemeriahan konsert Yuna dan Orkestra Simfoni Kebangsaan itu.

"Ketika mendedahkan kehadiran Mike kepada penonton tadi (malam tadi) merupakan suatu detik yang saya nantikan.

"Pada awalnya saya risau tak jadi tapi apabila ia menjadi kenyataan saya lega," katanya pada sidang media sejurus selepas konsertnya selesai.

Katanya, kehadiran Mike ke konsertnya itu dirahsiakan dari semua orang.

"Saya memang tak beritahu sesiapa pun. Memang susah nak rahsiakan," katanya.

Menurutnya lagi, Mike sendiri yang menawarkan diri untuk membuat persembahan di konsertnya itu.

Yuna dan Mike berkolaborasi di atas pentas untuk beberapa buah lagu antaranya I Miss You, Deeper Conversation dan I Wanna Go.

Mike bakal membuat kemunculan sehingga Ahad ini.

Sepanjang dua jam konsert itu, Yuna menyampaikan lebih 20 lagu bagi mengubat rindu peminatnya setelah sekian lama penyanyi ini mengembangkan muziknya di Amerika Syarikat (AS).

Antaranya, Gelora Jiwa, Terukir Di Bintang, Lelaki, Penakut, Young, Lullabies, Right Again, Live Your Life, Remember My Name dan Coffee.

Thursday, September 5, 2013

Ifa Raziah mengaku belanjakan sejumlah wang untuk kecantikan


SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon, penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah. Biarpun tidak sepopular beberapa artis terkenal Malaysia, namun kehadiran Ifa masih disedari peminat industri tempatan.

Tolak ke tepi beberapa kontroversi yang pernah melanda Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, sebelum ini, kerana Ifa telah membuktikan dia bukannya artis yang hanya berbekalkan kisah-kisah kontroversi buat peminat.

Justeru tidak hairanlah jika Ifa menjadi antara artis yang bertahan hampir 20 tahun lamanya dalam industri.

Tidak hanya bakat yang menjadi taruhan, Ifa juga turut membuktikan dia antara selebriti yang masih mempunyai tubuh menarik dan rupa yang cantik biarpun telah menjadi ibu kepada dua anak iaitu Sharifah Putri Umairah, 14 dan Muhammad Shakir Aqili Mohd. Yani, 8 tahun.

Ifa turut mengakui sanggup membelanjakan sejumlah wang setiap bulan demi kesihatan dan kecantikan. Ikuti cerita Ifa.

" Bagi saya kecantikan adalah satu perkara yang subjektif kerana ia bukan melibatkan para rupa tetapi perangai, tutur kata, cara berpakaian juga kena cantik. Kalau muka cantik tetapi perangai tidak, itu bukan cantik namanya.

Wednesday, September 4, 2013

Salah anggap mengenai kami - Awi Rafael


Kini ramai peminat telah sedia maklum bahawa hubungan cinta Awi Rafael dan aktres Hanez Suraya sudah terputus di tengah jalan. Setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan, akhirnya hajat untuk bercinta hingga ke jenjang pelamin tidak kesampaian.

Kedua-duanya mengakui hubungan mereka putus bukan disebabkan oleh pihak ketiga namun, kerana masing-masing ingin berikan fokus terhadap karier yang sedang dibina.

Namun, setelah tidak bersama, wujud pula kisah ikatan cinta baharu Awi.

Awi kini dikatakan sedang bercinta dengan aktres tinggi lampai iaitu Sasha Saidin. Baru-baru ini juga, menerusi temu ramah pihak media bersama Sasha, wanita tersebut seperti tidak menolak jika bertemu jodoh dengan Awi.

Bagi Awi pula ketika dihubungi media

dia menafikan gosip yang sedang panas berlegar dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan.

" Tidak benar gosip tersebut kerana kami hanya kawan biasa sahaja. Bagaimanapun, dia ada telefon Awi dan terangkan tentang kenyataan tentang jodoh yang dibuat olehnya sebelum ini. Tapi sejujurnya saya akui, sebagai kawan, dia memang seorang yang baik. Jadi, saya tidak mahu terlalu memberi komen tentang perkara ini.

" Sebenarnya, jika ikutkan hati saya memang tidak terlalu ingin berbicara tentang kisah cinta. Tapi kerana ingin menjaga hati beberapa pihak, saya tidak kisah untuk cerita. Saya tidak ingin orang fikir bicara saya tentang kisah cinta adalah untuk mengejar populariti serta untuk dikenali. Jadi, sejujurnya, saya dan Sasha tidak bercinta dan harap orang yang membaca jangan salah anggap kerana tiada apa-apa yang berlaku antara kami," jelasnya

Monday, September 2, 2013

Siti Nurhaliza bakal gegar IB September ini


"Sudah sekian lama saya pendam hasrat ini, akhirnya ia akan terlaksana nanti," begitulah kata-kata penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang akan mengadakan konsert tradisional pertama, Lentera Timur pada 20 hingga 22 September ini.

Konsert solo itu akan menampilkan 35 buah lagu tradisional bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) di Panggung Sari, Istana Budaya.

"Alhamdulillah, saya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar," ujar Siti.

Jelasnya, persembahan kali ini agak berbeza berbanding konsertnya yang lalu kerana beliau akan menyampaikan lagu-lagu bercorak tradisional keseluruhannya.

"Saya bukan sahaja menyanyikan lagu-lagu asli seperti Joget, Inang, Zapin, Keroncong dan Masri.

"Tetapi juga lagu-lagu yang belum pernah saya bawakan dalam mana-mana persembahan seperti lagu berentak Dikir Barat dan Makyong," katanya.

Buat julung kalinya, Siti berkata konsert yang mengangkat irama tradisional itu menjadi tanda perjalanan seninya yang telah memasuki usia 18 tahun dalam industri hiburan.

Sunday, September 1, 2013

Fida Sertai Akademi Fantasia 2013


Pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida yang telah menyertai ujibakat program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) serta layak ke peringkat seterusnya menimbulkan persepsi ramai pihak.

Ada yang menyokong usahanya itu untuk menyertai program berkenaan. Tidak kurang juga yang memandang sinis dan beranggapan artis yang sudah ada nama sepertinya tidak wajar terlibat.

Ketika bertemunya dalam majlis rumah terbuka anjuran KRU Studios di Cyberjaya baru-baru ini, Fida menyatakan beliau mempunyai alasan tersendiri untuk kembali menguji bakat menyertai AF dan meletakkan harapan yang tinggi supaya namanya terpilih untuk konsert Prelude Top 24 pada 6 September ini.

Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Apo Kono Eh Jang itu, keinginannya untuk menyertai AF 2013 bukan semata-mata kerana populariti program berkenaan.

"Bagi saya, AF bukanlah sekadar sebuah rancangan hiburan semata-mata kerana ia boleh dijadikan platform menimba lebih banyak lagi ilmu untuk menjadi seorang anak seni yang bagus.

"Biarpun sudah ada nama dan semakin dikenali ramai dalam industri hiburan, saya rasa ilmu yang ada masih belum mencukupi. Jadi, saya akan gunakan pentas AF 2013 ini dengan sebaik mungkin sekiranya terpilih,"jelasnya.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2