NUFFNANG ADS

Tuesday, April 24, 2018

Mira Filzah akui selesa dengan Zizan Razak


BEBERAPA hari lalu, tersebar dua screenshot Insta Stories yang memaparkan 'usik-mengusik' antara aktres Mira Filzah dan selebriti serba boleh, Zizan Razak.

Biarpun kedua-dua posting berbalas kata rindu itu tidak ditujukan secara spesifik, namun ramai yang percaya ia ditujukan antara satu sama lain.

Bagaimanpun jelas Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, status berkenaan bersifat umum dan tidak ditujukan kepada Zizan semata-mata.

"Saya rasa ramai yang dah tahu mengenai IG (Instagram) Stories itu dan bagi saya status itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada Zizan secara spesifik.

"Buat masa ini saya mahu memberi fokus terhadap kerjaya dan lebih selesa untuk bercakap mengenai kerja sahaja," katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Ariani Luminious 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Jumaat lalu, gadis berusia 25 tahun ini memuatnaik gambar jaket di ribanya dipercayai di dalam pesawat menuju ke Australia untuk penggambaran drama Rahsia Hati Perempuan.

Turut disertakan adalah ayat ‘Don’t miss me okay, love?’ (Jangan rindu saya okay, sayang?).

Zizan kemudiannya memuatnaik gambar jam dan sebahagian tangannya dengan kapsyen ‘Sure I miss you sweetheart’ (Mestilah saya akan rindu sayangku).

Mira yang pulang seketika ke Kuala Lumpur semalam juga menegaskan, dia kembali kerana komitmen sebagai Ikon Ariani bagi Ariani Luminous Lebaran 2018.

Bahakan Mira juga sudah kembali ke Perth, Australia malam tadi bagi menyudahkan baki penggambaran dan akan berada selama dua minggu di sana.

Ditanya adakah dia selesa berkawan dengan bintang utama Abang Long Fadil 2 itu, pengacara Nona ini tidak menafikannya.

"Dia seorang yang baik dan senang berkawan dengannya. Tetapi saya tidak mahu cerita sama keluar berulang kali dan sebab itu saya lebih suka bercakap mengenai kerjaya sahaja," katanya.

Friday, April 13, 2018

Bekas isteri Datuk K lawat Siti dan Siti Aafiyah


BEKAS isteri Datuk Khalid Muhd Jiwa (Datuk K) telah memuat naik gambar di Instagram ketika melawat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan anaknya Siti Aafiyah di kediamannya.

Tulis Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham di Instagramnya - melawat puteri Siti Aafiyah.  Terima kasih atas layanan mesra DSCT dan DS Khalid.

Semoga kehadiran puteri ini memberikan sepenuh kegembiraan.

Gambar tersebut turut mendapat repost daripada Siti sendiri.

"Alhamdullillah.  My pleasure DS Kak Tengku.  Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati dan memberkati kita sekeluarga.  Amin ya rabb," tulis Siti.

Peminat rata-rata memberi komen positif terhadap pertemuan ini.

Friday, April 6, 2018

Ziana Zain fail cerai


RUMAH tangga penyanyi terkenal, Ziana Zain, kembali menjadi perhatian apabila wanita berusia 50 tahun itu dilaporkan sudah memfailkan penceraian.

Menurut laporan, penyanyi Madah Berhelah itu sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 3 April lalu.

Namun, menurut sumber, suaminya, Armin Zaharin, 53, tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan minta kes tersebut dibawa ke jawatan kuasa pendamai.

Ziana bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas apa-apa mengenai hasratnya untuk bercerai selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.

Peguam pemerhati Ziana Zain, Luqman Mazlan memberitahu, pasangan berkenaan sudah tidak tinggal sebumbung kerana menjalani tempoh jaminan selain tidak dibenarkan mendekati keluarga anak guamnya

"Keadaan mangsa iaitu anak lelaki Ziana Zain yang dicederakan oleh Orang Kena Tuduh (OKT) masih dalam trauma," jelasnya.

Dalam pada itu, lapor mStar Online, Mahkamah Majistret Shah Alam menangguhkan penyerahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada 25 Februari lalu.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu serahan dokumen.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, di antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lepas.

Pada 8 Mac lalu, mahkamah menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi untuk meminda pertuduhan kepada Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 326A, Armin, 53, boleh dikenakan dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 324, jika sabit kesalahan dia berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Armin dan Ziana bernikah pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2