NUFFNANG ADS

Tuesday, July 31, 2012

Penyanyi Awan Nano dituntut RM200,000

Haniza menunjukkan tuntutan saman terhadap Hafiz.



Penyanyi Hafiz AF yang popular dengan lagu 'Awan Nano' hari ini disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.
  
Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.
  
Beliau memfail saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.
  
Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.
  
Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.

Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.
  
Beliau mendakwa tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya.
  
Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Mohd Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Mohd Hafiz menafikan ada mencederakannya.
  
Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada
bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenarai hitam daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media.
  
Oleh itu, Nur Haniza menuntut gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teruk, gantirugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Monday, July 30, 2012

Kontrak Duta Tudung Abby Abadi digugur



NAMA Abby Abadi kembali menjadi sebutan apabila melalui akaun Twitternya, dia mengumumkan kontraknya sebagai duta tudung syarikat Al-Humaira Comtemporary telah dibatalkan secara rasmi sejak 4 Julai lalu.

Laporan Media Hiburan menyebut, melalui akaunnya juga, Abby telah berkongsi kenyataan yang didakwa milik pengasas Al-Humaira Contemporary, Hani Elia yang menjelaskan bahawa penglibatan Abby dalam politik telah menjejaskan perniagaannya.

Berikutan pembatalan kontrak itu, Abby menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka di samping memohon maaf dengan penglibatannya dalam Pakatan Rakyat.

Sunday, July 29, 2012

Adlin Aman Ramlie Tarik Diri Mengarah Teater Tun Siti Hasmah


Tinggal sebulan sahaja lagi Teater Tun Siti Hasmah dipentaskan di Istana Budaya, Adlin Aman Ramlie khabarnya telah menarik diri sebagai pengarah teater tersebut.

Menurut sumber, pihak produksi hanya memaklumkan penarikan diri Adlin kepada pihak Istana Budaya tanpa menjelaskan sebab utamanya.

Pastinya, kerusi pengarah bagi naskah ulung tentang mantan wanita pertama negara itu terus menjadi teka-teki.

Pun begitu, berdasarkan status di laman Twitter milik pengarah tersohor Erma Fatima, yang berbunyi "TUN SITI HASMAH ! Aduhhhhh! Stresssss memikirkannya." adakah kakak kepada aktres Umie Aida itu akan menggalas tugas sebagai pengarah?

Siapa pun yang bakal menerajui teater yang menampilkan Erra Fazira sebagai Tun Siti Hasmah itu, kita sama-sama ucapkan semoga maju jaya.

EKSKLUSIF! Wajah Comel Zahrah Rania Shanley



Dalam pada kisah rumah tangganya yang sedang bergolak, Jimmy Shanley tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Di sini, kita kongsikan wajah terbaru cahaya mata pengacara ini, Zahrah Rania Shanley yang kini telah berusia setahun. Comel bukan?

Saturday, July 28, 2012

INFO: Peserta MasterChef Selebriti Soo Wincci berpuasa

Soo Wincci


KAGUM sungguh dengan niat murni peserta MasterChef Selebriti Malaysia, Soo Wincci yang turut berpuasa di bulan Ramadan.

Walaupun bukan beragama Islam dan kali pertama berpuasa, bekas Ratu Cantik Malaysia ini berazam untuk melengkapkan 30 hari puasa.

Menurut Wincci, dia mengambil keputusan berpuasa bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan selain mendekatkan diri dengan peminat Melayu.

Maklumlah, selepas menyertai MasterChef, jumlah peminat Melayu Wincci semakin bertambah. Semangat inilah yang patutnya dicontohi dan harap-harap Wincci akan berjaya berpuasa penuh tahun ini.

Erra Fazira mencari ayah kandung

Erra Fazira




“Memang dia pernah bertanya mengenai ayahnya dan sekali-sekala meluahkan rasa rindu,” kata Rahimah Sakol, 76, nenek kepada penyanyi, pelakon dan bekas ratu cantik negara, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 38.

Beliau mengulas pendedahan Erra mengenai identiti sebenar bapa kandungnya dalam iklan komersial ‘Jalinan Kasih di Aidilfitri’ yang akan ke udara secara eksklusif di Astro pada minggu terakhir Ramadan.

Program berkenaan turut mengisahkan apa berlaku dalam hubungan dua beranak itu, sekali gus menjawab teka-teki ramai yang ingin mengetahui status bapa kandung Erra selepas pelbagai kontroversi dan dakwaan dibuat pihak tertentu.
Nenek Erra, Rahimah Sakol.

Dalam program itu, Erra mendedahkan bapa kandungnya, Wan Chek sebenarnya adalah jirannya di kampung yang dipanggil Along tetapi dia hanya mengetahui perkara berkenaan ketika berusia lapan tahun apabila bapanya meninggal dunia dalam nahas jalan raya. Sebelum itu ibunya, Azizah Zaik mendakwa Wan Chek sudah mati.

Menurut Rahimah, Erra ketika zaman kanak-kanaknya sering ke rumah lelaki berkenaan, namun kunjungan itu biasanya tidak lama.

Friday, July 27, 2012

Johan bakal timang anak ketiga


RAMADAN yang penuh berkat ini diserikan dengan berita gembira buat pasangan suami isteri, Johan dan Ozlyn apabila bakal menerima orang baru tidak lama lagi. Ternyata hasrat pasangan ini untuk menambah cahaya mata dimakbulkan Tuhan.

Ozlyn yang kini hamil empat bulan, meluahkan rasa teruja menantikan anak ketiga mereka. Walaupun tanggungjawabnya kini bertambah, namun tidak menghalangnya menjalani ibadah puasa dengan kesabaran.

"Alhamdulillah, setakat ini saya berjaya puasa. Di awal kehamilan dulu, memang ada alahan teruk. Tapi, sekarang dah makin hilang.

"Saya harap, kalau tak ada halangan, saya dapat berpuasa penuh tahun ini. Setakat ini, kandungan saya baik dan tiada masalah.

"Saya ada gastrik yang teruk, tapi bulan puasa, gastrik saya hilang. Mungkin itu kelebihan Ramadan," katanya.

Sejak disahkan hamil, Ozlyn berkata, Johan semakin mengambil berat tentangnya. "Sebelum ini, saya yang ikut Johan. Tapi, sejak saya hamil, dia banyak ikut saya ke pasar malam, kedai dan klinik.  Sekarang, banyak masa dia bersama keluarga," katanya.

Terdahulu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh dan dua tahun.

Thursday, July 26, 2012

Siapa Jejaka Bersama Nelydia?

Hari ini media hiburan di Malaysia dikejutkan dengan sekeping foto yang dimuatnaik dan dikongsi oleh pelakon cantik, Nelydia Senrose di akaun Instagram miliknya.

Empat sisi berbeza yang menunjukkan kemesraan antara dia dan jejaka tersebut telah menimbulkan pertanyaan dikalangan peminatnya.

Dari gayanya ia seperti bukan hubungan mesra antara artis dan peminat, apatah lagi ia dimuatnaik sendiri oleh Nelydia.

Media akan mendapatkan kenyataan daripada Nelydia tidak berapa lama lagi.

Umie Aida Tempelak Abby Abadi




Sekali lagi, laman Twitter menjadi medan untuk sesetengah pihak meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sesuatu perkara. Terbaru pelakon versatil, Umie aida menempelak kenyataan yang dikeluarkan Abby Abadi dalam sebuah akhbar online, baru-baru ini.

Media siarkan kenyataan Abby Abadi yang menganggap selebriti yang telah berhijrah seperti dirinya mempunyai ruang bekerja yang terhad di bawah kerajaan sedia ada;

"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik. Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PR perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah."

Tidak bersetuju dengan kenyataan ini, melalui akaun twitternya, Umie Aida menganggap kenyataan yang dikeluarkan Abby Abadi sebagai cetek pemikiran.

Melalui beberapa lagi status di Twitternya, Umie Aida juga menggesa Abby Abadi agar tidak menggunakan politik dalam meyampaikan dakwahnya.

Perkampungan artis jadi tumpuan dibulan ramadhan

SERINA menunjukkan biskut raya di gerainya di Perkampungan Ramadan Artis bersebelahan Bukit Jalil Nite Walk, Kuala Lumpur kelmarin.


Kemeriahan Perkampungan Ramadan Artis bersebelahan Bukit Jalil Nite Walk di sini menjadi tumpuan orang ramai yang bukan sahaja mahu mendapatkan juadah berbuka puasa tetapi juga bertemu selebriti pujaan masing-masing.

Program anjuran Barisan Artis Nasional (Bran) yang dipengerusikan oleh Datuk AC Mizal, bermula sejak 20 Julai lalu sehingga 19 Ogos dari pukul 4 petang hingga 8 malam.

Perkampungan itu merupakan cetusan idea artis yang mahukan kemeriahan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri disambut bersama peminat yang tidak mempunyai kampung halaman selain tinggal tetap di Kuala Lumpur.

Antara yang membuka gerai di situ ialah pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan yang menjual biskut raya berharga sekitar RM25 hingga RM35 setiap pek.

Katanya, biskut yang dibuat sendiri dijual menggunakan mentega sepenuhnya bagi menambah keenakan dan gebu.

“Saya jual 10 jenis biskut dengan paling laris ialah tat nenas, kacang, coklat rangup dan nestum,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Pelakon drama, Ema Akma (gambar kecil) pula menjual ayam percik menggunakan resipi campuran rempah ratus istimewa.

“Ayam percik yang saya jual rasanya sedikit manis dan pedas. Keenakannya terletak pada kuah yang dibuat sendiri tidak terlalu berwarna merah tetapi pekat.

“Setiap satu dijual pada harga RM3.50,” katanya.

Lain pula dengan penyanyi dan pelakon, Eida Moin yang memilih untuk membantu keluarganya menjual masakan popular mereka iaitu sotong kangkung, yong tau fu dan air soya.

“Ini merupakan perniagaan keluarga saya tetapi saya turun padang membantu kerana bila Ramadan, memang tidak menang tangan melayan pengunjung.

“Air soya kami juga berbeza kerana kami meletakkan ais yang dibalut plastik supaya rasa lemak soya kekal lama,” jelasnya.

Bintang Akademi Fantasia 4, Farhan pula menjual kira-kira 20 jenis biskut raya buatan sendiri.

“Saya minat buat biskut sejak kecil lagi. Saya akan mula membancuh adunan bermula lepas sahur sampai waktu berbuka,” katanya.

Katanya, antara jenis biskut yang dijual adalah coklat pizza, makmur Sabah dan mama carry pada harga RM25 hingga RM28.

Selebriti lain yang turut berniaga di situ ialah Salamiah Hassan, Watie Elite, Azza Elite, Muhammad Mentor, Ayu One In A Million, Maya Matahari dan Riot Kool.

Wednesday, July 25, 2012

Hantaran perkahwinan Izreen RM19,001


Pelakon yang sedang meningkat naik, Izreen Azminda ketika dihubungi melahirkan rasa gembira dan terujanya untuk menyambut kedatangan 1 Syawal ini.

Apatah lagi bulan kemenangan umat islam ini bakal menjadi saksi perkahwinannya bersama Mohammad Riza Baharuddin pada 30 Ogos ini di rumah pihak perempuan di Jitra, Kedah.

"Alhamdulillah, selain tidak sabar menyambut raya, saya juga berdebar menantikan detik bergelar isteri kepada Riza pada hujung Ogos ini," katanya dengan nada riang. 

Sementara itu, hantaran perkahwinan Izreen dan Riza adalah sebanyak RM19,001 dan mas kahwinnya sebanyak RM999.

Tahniah buat Izreen dan Riza semoga jodoh berkekalan selama-lamanya.

Juadah berbuka artis wajib ada...



IBADAH puasa di negara Malaysia amat sinonim dengan kepelbagaian juadah terutamanya ketika berbuka puasa.

Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pasti ramai yang menantikan juadah kegemaran mereka untuk dijadikan menu wajib ketika berbuka.

Malah golongan artis juga tidak ketinggalan menyenaraikan menu wajib mereka di bulan puasa.

Ozlynn: Setiap kali puasa, saya mesti rasa nak makan rojak buah. Kalau bukan bulan puasa, tak teringin sebab orang yang jual rojak buah yang sedap, tidak meniaga pada bulan lain. Setiap kali berbuka, mesti ada rojak buah. Tapi, saya tak makan ketika berbuka. Selepas Maghrib atau Tarawih, baru saya makan.

Johan: Makanan wajib ada ketika berbuka mestilah martabak atau roti John. Ia adalah kegemaran saya dan anak. Untuk lauk pula, mesti ayam. Tidak kisahlah ayam masak apa, yang penting lauk ayam. Kalau makanan pertama yang akan saya jamah ketika berbuka ialah kurma dan air. Lepas itu, barulah makanan lain. Kalau nasi, saya akan makan selepas solat Maghrib untuk mengelakkan dari tubuh rasa lemah dan tidak bermaya ketika sembahyang Tarawih.

Zed Zaidi: Setiap petang, saya akan pergi ke bazar Ramadan berdekatan rumah untuk beli martabak, popia basah dan air tebu. Ia adalah menu wajib setiap hari, setakat ini. Kalau martabak yang saya nak beli dah habis, saya akan menjerit. Kalau sempat untuk ke bazar lain, mungkin saya akan pergi cari. Rasa macam tak best kalau tak ada makanan itu.

Zizan: Juadah wajib saya mestilah kurma dan ayam percik. Setakat ini, makanan itu tidak ketinggalan lagi dalam setiap kali berbuka puasa. Sejak dari dulu lagi, saya memang gemar makan ayam percik. Saya akan cuba dapatkan ayam percik setiap hari.

Shila Amzah: Ketika berbuka, saya tidak kisah makan apa. Yang penting, ketika bersahur. Saya mesti nak makan sambal tumis ikan bilis. Kalau berbuka, saya lebih berminat untuk dapatkan kuih -muih seperti putu bambu, kurma dan sebagainya. Untuk lauk, saya makan macam-macam dan menu sentiasa berubah setiap hari untuk elak rasa muak.

Nabil: Kuih sagu, tepung pelita dan martabak adalah makanan kegemaran saya ketika berbuka puasa. Setakat ini, setiap kali berbuka, mesti ada makanan tersebut. Untuk lauk pula, saya lebih suka ayam percik. Kalau air pula mestilah bandung cincau. Tidak ketinggalan juga, buah kurma. Isteri saya pula suka apam balik. Hari ketiga berpuasa, baru dia rasa nak makan apam balik.

Tuesday, July 24, 2012

Buku psikologi masakan Fazley

Kini Datuk Fazley terbabit dengan program Chef Suprise.


MEMULAKAN karier sebagai penyanyi dan dikenali ramai melalui lagu Asmara Ini pada tahun 2007, nama Datuk Fazley Yaakob, 34, seterusnya melebarkan kariernya selaku perunding motivasi dan penulis buku. Dia kemudian menyandang gelaran ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang pentadbiran perniagaan yang diperoleh menerusi pengajian di Universiti of Wales, United Kingdom, England.

Namun, beberapa kontroversi yang mencemarkan namanya apabila gelaran tersebut dipertikaikan hasil pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) yang mendakwa kelulusan European Business School yang dimiliki dari sebuah institusi pengajian di luar negara adalah palsu.

Susulan itu, Fazley meletakkan jawatan selaku Pengarah Eksekutif, Fazley International College yang terletak di ibu kota bagi mengelakkan kolej itu terjejas hubungan dengan Universiti Of Wales.

Selepas kontroversi berkenaan, nama Fazley seakan-akan tenggelam dan hanya dikenali sebagai perunding motivasi sehingga dia baru-baru ini muncul sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia di saluran Astro Ria.

Menariknya, Fazley yang bersaing dengan rakan selebriti lain seperti Angah Raja Lawak (yang tumpas kepadanya untuk bergelar juara), Tomok, Juliza Adlizan, Soo Wincci dan ramai lagi, tidak menyangka bahawa peluang yang pada mulanya ingin ditolak telah menjulang namanya sebagai juara.

Suzana impi bergelar penerbit berkaliber

Suzana


Baru sahaja menamatkan pendidikan dalam jurusan penyiaran di Universiti Lim Kok Wing, Disember tahun lalu, gadis manis ini sungguh bernasib baik kerana berjaya mendapat tempat dalam bidang yang diminati.

Tidak pernah menduga dirinya mampu bergelar penerbit eksekutif di Rumah Karya Citra Sdn Bhd dalam usia yang masih muda, gadis kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini menganggap kerjayanya itu sebagai rezeki.

Menurut Suzana Ahmad, 26, diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut merupakan kenangan termanis dalam hidupnya.

"Alhamdulillah, biar pun pengalaman dalam bidang ini masih cetek tetapi masih ada pihak yang sanggup memberikan ruang kepada saya untuk memegang jawatan ini.

"Saya anggap semua ini sebagai satu cabaran untuk menjadi penerbit yang berkaliber satu masa nanti," katanya yang bernaung di syarikat milik pengarah, penerbit dan pelakon terkenal, Erma Fatima.

Berkongsi mengenai pembabitannya dalam bidang ini, Suzana berkata, ia bermula ketika dia terlibat sebagai petugas sambilan dalam program realiti terbitan Suhan Movies Production, Pilih Kasih.

"Masa tu memang saya banyak terlibat dengan pelbagai kerja sambilan. Bagaimana pun, saya tidak lupa untuk mencari kerja tetap. Beberapa bulan selepas itu, saya akhirnya diterima bekerja di sebuah syarikat.

"Jika diikutkan, kerjaya saya di syarikat itu sudah memadai namun kerana minat dan tawaran yang diberikan oleh kak Erma sangat menarik, saya menerima jawatan ini," katanya.

Jelasnya, dia mengambil masa yang panjang membuat keputusan untuk bekerja di bawah Karya Citra.

"Sebenarnya saya sayang nak tinggalkan kerja lama, tetapi ini adalah apa yang saya inginkan, jadi saya tidak boleh melepaskan peluang yang ada," ujarnya yang pernah bertugas di 8TV sebelum ini.

Monday, July 23, 2012

Gandingan mantap Aaron, Nadiya Adam & Hawa

Adam & Hawa lakonan Aaron dan Nadiya





Tidak dinafikan, filem mahupun drama bersiri yang diadaptasi daripada novel-novel terkenal semakin mendapat tempat di hati penonton tempatan, Ini dapat dibuktikan berdasarkan kejayaan yang diperolehi oleh beberapa syarikat produksi yang menerbitkan karya adaptasi seperti Ombak Rindu,
Gemersik Kalbu, Bicara Hati dan banyak lagi.

Mengikut jejak langkah yang sama, Global Station Sdn Bhd bakal menerbitkan sebuah drama 80 episod berjudul Adam Hawa.

Drama tersebut merupakan adaptasi daripada hasil penulisan novelis terkenal, Aisya Sofea, bertajuk Adam & Hawa, terbitan Alaf 21.

Adam Hawa yang dibintangi pelakon hebat, Aaron Aziz dan Nadiya Nisa bakal disiarkan di saluran 134, Astro Mustika HD, pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam bermula 27 Ogos ini.

Penerbitnya, Datin Zaiton Muhd Jiwa berkata, Adam Hawa merupakan novel kedua yang diadaptasi oleh syarikat produksinya selepas Gemersik Kalbu yang telah ditayangkan stesen televisyen TV3 beberapa bulan lalu.

"Karya adaptasi bukanlah perkara baru dalam industri hiburan, malah ia mempunyai keistimewaannya dan kelebihannya yang tersendiri.

"Adam Hawa bukanlah karya biasa yang ada dalam pasaran kerana novel ini ramai pengikutnya. Selain dapat mengetengahkan novel yang berkualiti,
kami mahu beri satu peluang buat peminat novel ini untuk menonton cerita yang sama dalam bentuk visual,"katanya.

Mengenai pemilihan barisan pelakon terlibat, Zaiton berkata, pandangan daripada pembaca novel Adam Hawa juga diambil untuk menentukan pelakon yang sesuai membintangi drama ini.

"Pemilihan pelakon adalah berdasarkan kesesuaian watak dan cadangan daripada pembaca, sedikit sebanyak membantu menjayakan drama ini,"katanya.

Selain Aaron dan Nadiya, barisan pelakon lain yang turut menjayakan Adam Hawa adalah Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin
Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).

Nora Danish sudah berpunya?


SUDAH menjadi lumrah buat mana-mana wanita yang bergelar seorang janda pastinya tidak pernah terlepas daripada perhatian ramai, apatah lagi sekiranya bergelar seorang selebriti atau artis.

Begitulah yang turut dialami oleh pelakon cantik yang kini sudah empat tahun bergelar janda, Nora Danish Mohd. Hanif, 30, tidak pernah terlepas daripada berhadapan dengan gosip-gosip yang melanda dirinya.

Pernah digosipkan bercinta dengan seorang kerabat diraja Terengganu, lebih menarik lagi Nora juga turut dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak Malaysia dan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang turut dikenali sebagai Apek sebelum ini.

Bagaimanapun, segala gosip hangat yang melanda ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, itu seolah-olah tidak cepat melatah dan akhirnya segala kisah yang berkaitan dengan dirinya berlalu begitu sahaja.

Ketika ditanya sama ada dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga semula memandangkan bekas suaminya sendiri sudah berkahwin lain, Nora menjelaskan semuanya terserah kepada jodoh.

"Sebagai seorang wanita sudah tentu keinginan untuk berkahwin itu memang ada, tetapi ia bukan keutamaan buat diri saya kerana sudah selesa dengan kehidupan yang saya jalani sekarang.

"Lagipun saya mahu memberi sepenuh perhatian terhadap anak saya yang semakin membesar, manakala kerjaya seni saya juga semakin berkembang. Jadi, saya jarang terfikir sangat mengenai perkahwinan," ujarnya ketika ditemui semasa rakaman program Irama di Shah Alam, Selangor.

Akui Nora, sepanjang dirinya bergelar janda tidak dinafikan memang ramai lelaki yang cuba untuk mendekati dirinya, malah ada yang menyatakan rasa sanggup untuk menerima status dirinya serta anak tunggalnya itu.

Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi drama Puteri itu menyatakan tidak mahu terlalu terburu-buru mencari teman hidup agar tidak tersalah dalam membuat pilihan.

"Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal.

"Saya tidak berniat untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kepada umum, tetapi kalau sudah tiba masa yang sesuai dan hubungan tersebut benar-benar kukuh barulah saya akan bercerita," ujarnya yang tidak mahu mendedahkan lelaki yang sedang cuba menambat hatinya.

Sunday, July 22, 2012

Penangan Ratu Dangdut!

Sheeda



Era 90-an, irama dangdut merupakan salah satu genre muzik yang berjaya mendapat perhatian. Ketika itu industri tanah air diwarnai muzik dangdut, maka tidak hairanlah kebanyakan lagu dangdut sering berkumandang di  radio.

Mana tidaknya, bukan sahaja disertakan suara merdu, malah gelek pinggul mengikut irama membuatkan penonton tidak berganjak.

Seakan mencipta fenomena tersendiri, nama-nama penyanyi dangdut seperti Amelina, Haiza, Mas Idayu dan Sheeda, sentiasa menjadi sebutan bak goreng pisang panas.

Namun, industri kini berubah menyebabkan ada segelintir penyanyi dangdut sukar mempertahankan muziknya sehingga kini.

Dalam pada itu, mungkin ada tidak perasan kelibat penyanyi, Sheeda, yang masih berjaya mempertahankan dirinya dengan genre dangdut.

Lagu seperti Angkat Kaki, tidak jemu didengar hingga ke hari ini dan tidak hairanlah jika dia pernah mendapat anugerah platinum untuk album itu.

Mengakui rezekinya masih ada sehingga kini, Sheeda atau nama sebenarnya, Rashidah Hamid, memberitahu masih ada yang dahagakan genre dangdut yang sukar untuk mendapatkan pelapis.

"Alhamdulillah, diri saya dan genre dangdut masih menjadi pilihan segelintir masyarakat. Walaupun industri kian berubah, namun irama dangdut tidak akan mudah hilang dek zaman.

"Saya akui, memang sukar untuk mendapatkan pelapis irama ini kerana dangdut tidak boleh dibuat-buat. Ia harus lahir dari diri sendiri secara semula jadi. Sukar mencari pengganti, irama dangdut masih dimonopoli orang yang sama.

"Saya tidak pernah rasa bimbang atau khuatir kerana saya yakin, masih ramai yang mahukan irama ini. Tidak mustahil sekiranya, irama dangdut kembali mendapat tempat di hati peminat suatu hari nanti," katanya.

Saturday, July 21, 2012

OGG lawak poket kosong


PARA peserta yang semuanya terdiri daripada pelawak beraksi dalam satu episod OGG. 

 
Selepas rancangan popular seperti Raja Lawak, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan dan Karoot Komedia X menjadi fenomena, saluran Astro 132  meneruskan rancangan-rancangan komedi yang penuh variasi.

Sebuah rancangan baharu berbentuk gameshow, Onyomat Geset Go (OGG) bakal menemui penonton bermula tanggal 31 Ogos depan bagi menggantikan rancangan Karoot Komedia X yang tamat siarannya baru-baru ini.

Lebih menarik apabila rancangan pertandingan jelajah di beberapa destinasi pelancongan terkenal terpilih sebanyak sepuluh episod itu menampilkan wajah-wajah pelawak keluaran Astro tetapi belum popular.

"Jika rancangan komedi sebelum ini banyak mengangkat nama-nama yang sudah terkenal, rancangan ini memberi peluang kepada pelawak-pelawak lain terutamanya daripada rancangan Raja Lawak seperti Amir, Atu daripada kumpulan Zero, Shahrol, Caca, Ajak (Shiro) dan Man Belon.

"Selain itu nama-nama popular juga turut terlibat dalam rancangan ini," kata Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai.

Antara peserta lain yang mengambil bahagian dalam rancangan yang menyaksikan penyingkiran peserta pada setiap minggu itu ialah Mamat Sepah, Achong, Ropie Cecupak, Radhi Khalid.

Peserta yang sebelum ini sudah terbiasa dengan aksi lawak di pentas mahupun kaca televisyen berdepan dengan cabaran besar apabila ditugaskan melakukan aktiviti fizikal.

Man, Rahim dan Ropie antara pelawak yang berdepan cabaran besar ketika melakukan aktiviti yang memerlukan kerahan tenaga seperti mengayuh beca, mendayung sampan dan mengopek kelapa.

"Kalau lihat kami hebat di pentas, tidak semestinya stamina melakukan aktiviti fizikal kuat. Saya sendiri hampir pitam ketika melakukan tugasan mengayuh basikal saiz kanak-kanak ketika melakukan cabaran yang bermula di Arked Niaga, Pada Besar, Perlis.

"Rancangan ini bukan bersandarkan komedi semata-mata malahan ada sedikit drama," kata Ropie sambil ketawa.

Apa yang membuatkan pertandingan itu menjadi lebih mencabar apabila setiap peserta tidak diberikan sebarang wang tunai sepanjang program.

Para peserta perlu melakukan persembahan pentas untuk mendapatkan wang saku bagi meneruskan perjalanan perlumbaan.

Pelakon veteran Ismail Hutson meninggal dunia


Pelakon veteran dan Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS) Datuk Ismail Hutson atau nama sebenarnya Ismail Omar, meninggal dunia awal hari ini.
  
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara di sini tengah hari ini.
  
Ismail, 72, meninggal dunia pada pukul 1.05 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya akibat komplikasi penyakit jantung, kata isteri kedua Allahyarham Hafidzah Khasbullah di sini hari ini.
  
Beliau berkata suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu sejak Selasa ekoran demam panas yang berpanjangan.
  
"Sudah ketentuan Ilahi untuk Allahyarham pergi meninggalkan kami (keluarga) pada awal Ramadan ini, dan sudah pasti sambutan raya tahun ini berbeza dengan ketiadaan beliau," katanya.
  
Selain Hafidzah, Allahyarham turut meninggalkan isteri pertama Zaiton Osman dan tujuh orang anak.  
  
Ismail, yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran mewarnai dunia perfileman tanah air sejak tahun 1970-an dan pernah berlakon dalam filem dan drama. Antara filem lakonan beliau ialah Dayang Suhana (1978), Tujuh Biang Keladi (1984), Hantu Siang (1986), Cinta Kita (1995), Layar Lara (1997) dan Mr Cinderella 2 (2003).

Friday, July 20, 2012

Laris sejak berpakaian pelik - Didie Alias





Fadzilah Mohammed Ali, 39, atau lebih dikenali dengan Didie Alias tidak pernah marah atau kesal apabila diberi jolokan sebagai Lady Gaga Malaysia.

Bagi Didie, jolokan itu telah membuatkan dia lebih dikenali dan menerima banyak jemputan untuk mengacarakan majlis ataupun berlakon.

Isteri kepada Norisham Ismail, 36, dan ibu kepada Dania, 19, Danial, 18, Danie, 14, dan Diana, 13, berpendapat, rezekinya semakin bertambah setelah berimej sebegitu dan tidak pernah menyesal apabila dilabelkan keterlaluan kerana hanya yang berani sahaja boleh menyarungkan pakaian sedemikian.

Didie juga telah mengejutkan peminat seni apabila memakai skirt singkat ketika hadir di majlis pertunjukan fesyen Malaysia International Fashion Alliance (MIFA 2010) dan pernah menerima kritikan apabila berpakaian pelik di sebuah majlis Anugerah Bintang Popular tahun lalu.

Dia yang ditemui ketika mengacarakan majlis memperkenalkan koleksi terbaharu barangan kemas syarikat terkemuka negara menjelaskan mengenai imej pelik yang sering dibawanya itu.

Katanya " Cuma saya memakainya mengikut kesesuaian majlis. Kalau majlis hari raya mana boleh pakai imej Lady Gaga pula. Jujurnya,
saya masih selesa dengan pakaian pelik kerana nama Didie Alias dikenali semula selepas saya berpakaian sebegitu.

Menurutnya, Tidak pernah ada pihak yang paksa pakai, sebenarnya memang saya yang hendak pakai pakaian pelik sebegitu, rezeki saya makin melimpah selepas dikenali dengan berpakaian pelik, jadi saya tidak kisah dilabelkan apa sekalipun.

Alyah nafi kahwin tahun ini



GOSIP mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara penyanyi Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 31, dan Datuk Ramli MS, 53, sudah agak lama kedengaran dan kerap diperkatakan peminat. Namun, kedua-duanya tidak pernah mengesahkan status mengenai hubungan tersebut.

Belum reda lagi mengenai gosip tentang percintaan mereka berdua, kini timbul pula cerita lebih menarik apabila kedua-duanya dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Alyah yang ditemui pada majlis rakaman program Irama di Studio NTV7 Glenmarie, Shah Alam, Selangor baru-baru ini terkejut apabila persoalan mengenai perkahwinannya telah diajukan.

" Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana kisah tentang perkahwinan saya ini boleh timbul. Sudah tentu saya agak terkejut apabila tiba-tiba dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Kalau memang betul saya akan berkahwin pastinya saya tidak akan menyorokkan perkara ini dan akan berkongsi dengan semua orang. Kalau buat benda baik buat apa hendak disorokkan pula.

Thursday, July 19, 2012

Ning Baizura Sangkal Sertai PAS


Penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura melalui akaun Twitternya mengecam tindakan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mendakwa beliau sudah pun menyertai parti politik itu.

Melalui status twitternya;

“PAS sebar fitnah katanya saya Ning Baizura sudah masuk parti pembangkang & sebarkan gambar saay bertudung untuk drama tahun lepas dari koleksi gambar!”

"Orang islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?"

Ning Baizura turut kongsikan keratan akhbar Sinar Harian yang menunjukkan kenyataan salah seorang pemimpin tertinggi PAS tentang dakwaan yang Ning Baizura bakal menyertai PAS tidak lama lagi.

Wednesday, July 18, 2012

Ryzal Jaafar tampil dengan koleksi baju Melayu


Kehadiran pelakon, Ryzal Jaafar sejak lapan tahun lalu, mungkin tidak disedari secara umum.

Namanya tidak begitu mendapat perhatian pihak produksi untuk menghiasi kaca televisyen seperti sebilangan artis lain.

Tidak memandang perkara ini sebagai penghalang, ternyata Ryzal atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaafar mempunyai percaturan sendiri untuk terus maju.

Optimis dalam menceburi bidang lain, Ryzal bakal membuka perniagaan pakaian, bersesuaian dengan fesyen terkini.

"Sempena bulan Ramadan ini, saya akan menjual koleksi baju Melayu.

"Untuk permulaan, saya akan menjual secara online dahulu. Jika mendapat sambutan menggalakkan, barulah saya akan fikir untuk mengembangkan perniagaan ini. Tapi, semua itu bergantung kepada jadual kerja saya.

"Saya juga turut belajar mengenai selok-belok perniagaan dari keluarga kerana mereka mempunyai perusahaan homestay dan menjual bantal kekabu di Alor Setar," katanya yang berbangga dengan kejayaan kumpulan adik-beradik, KRU dalam perniagaan.

Dalam perkembangan lain, lakonannya dapat disaksikan dalam drama bersiri slot Zehra, Naziha, di TV3, bersama Izara Aishah dan Ery Putra.

Selain itu, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Sejadah Dari Mekah dan Hantu Susu yang akan disiarkan pada Aidilfi tri nanti.

Marshanda pilih tawaran


WALAUPUN sedang hamil, pelakon dan penyanyi terkenal, Marshanda semakin dihujani pelbagai tawaran seni.

Marshanda atau lebih mesra dipanggil Caca berkata, dia kini terpaksa bersikap selektif demi menjaga kandungannya.

“Saya tak mahu jadual terlalu padat.

“Buat masa sekarang, saya hanya akan menerima tawaran nyanyian.

“Malah suami juga menasihati saya agar banyak berehat demi anak kami,” kata isteri kepada Ben Kasyafani.

Bagaimanapun, pelakon Sejuta Cinta Marshanda ini masih rindu dengan bidang lakonan.

Jelas Marshanda, dia tidak akan bersara selagi khidmatnya masih diperlukan.

“Insya-Allah bila semuanya kembali normal, saya akan berlakon,” katanya.

Tuesday, July 17, 2012

Datuk Fazley juara MasterChef Selebriti Malaysia

Fazley bersama isterinya selepas muncul juara MasterChef Selebriti Malaysia.




MENEPATI ramalan ramai, penyanyi dan perunding motivasi terkenal, Datuk Fazley Yaakob muncul sebagai juara program masakan, MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama menewaskan 15 lagi selebriti lain.

Bersyukur atas kemenangan tersebut, Fazley menganggap pencapaiannya itu adalah kemenangan buat badan kebajikan yang diwakilinya, Yayasan Jantung Malaysia.

Menurut pelantun lagu Asmara Ini, dia bagaimanapun tidak menyangka bakal memenangi program tersebut memandangkan skop pengetahuannya dalam bidang masakan masih belum cukup mendalam.

“Alhamdulillah, saya anggap kemenangan ini adalah satu kejayaan untuk badan amal yang saya wakili. Malah, jujur saya katakan tujuan utama saya menyertai program ini semata-mata untuk memberi sumbangan kepada mereka.

“Tambahan pula, Yayasan Jantung Malaysia cukup dekat dengan diri saya memandangkan datuk dan nenek saya meninggal disebabkan penyakit jantung. Jadi, saya anggap ia sebagai satu sumbangan buat semua pesakit jantung di negara ini,” katanya yang hampir menarik diri daripada program tersebut ketika diberitahu bakal menjadi peserta.

Fazley berjaya menewaskan Angah Raja Lawak semasa episod akhir MasterChef Selebriti Malaysia yang disiarkan malam Isnin lalu.

Mengakui jarang ke dapur, selebriti berusia 33 tahun ini merasakan kemenangannya itu juga adalah sebagai dedikasi buat golongan suami yang banyak membantu isteri di dapur.

“Sejujurnya, ilmu masakan yang saya ada cukup terhad tetapi dalam program masakan ini saya perlu mengingati apa yang dimasak oleh isteri dan ibu saya di rumah.

“Selalunya, saya akan memerhati bahan apa yang digunakan dan cara mereka memasak. Perkara itulah yang saya cuba praktikkan dalam MasterChef Selebriti ini dan Alhamdulillah, ia menjadi,” katanya yang menerima wang tunai RM57,500 untuk disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia.

Monday, July 16, 2012

Keazaman dan komitmen penentu mutu persembahan artis



Ramai menganggap bahawa hanya dengan bakat semulajadi sudah memadai bagi penggiat seni seperti pelakon, penyanyi dan seumpama untuk berjaya dalam kerjaya masing-masing.
  
Namun adakah dengan hanya berlandaskan bakat semulajadi itu sudah cukup untuk penggiat seni mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka?.
  
Adakah bakat yang sedia ada itu perlu diasah? Bolehkah artis yang berkenaan maju ke hadapan tanpa bekerja keras dan serius dalam latihan? Adakah artis berkenaan memerlukan pentauliahan atau memiliki kelulusan dalam pendidikan tinggi?
  
Beberapa artis yang terlibat dalam persembahan teater muzikal selama sebulan baru-baru ini di Bandar Sunway ketika ditemui telah diajukan soalan-soalan yang berkaitan.

Eric Wern, satu-satunya penari dari Malaysia yang terlibat dalam persembahan ‘London – The Summer Musical’ yang berlangsung sehingga 8 Julai, berkata beliau bertuah kerana dipilih untuk menganggotai barisan penari dalam persembahan selama hampir 38 hari itu.
  
"Saya rasa gembira dapat berganding tenaga dengan para profesional dari syarikat West End yang bertaraf antarabangsa. Ini adalah pengalaman yang berharga bagi saya," kata Wern, yang berumur lingkungan 20-an dan terlibat dalam persembahan gala berkenaan.
  
Wern juga banyak melibatkan diri sebagai koreografer untuk pementasan tempatan bersama Soda Kids dan di Karnival KFC sebelum ini.
  
Penari lain yang terlibat sebagai pendokong watak sampingan teater muzikal ini dibawa dari United Kingdom (UK), Filipina, Indonesia dan Thailand, yang sesetengahnya mempunyai ijazah atau diploma, dan terdedah kepada pengalaman persembahan teater sejak usia muda lagi.

Christopher Pym yang berasal dari UK, bersetuju bahawa seorang penggiat seni perlu mendedahkan diri dalam kelas secara formal untuk mencungkil bakat asal mereka dengan lebih mendalam,
  
Pym, kini berada di Malaysia untuk memegang watak Tom dalam teater muzikal yang turut disertai Wern.

Sunday, July 15, 2012

Azrinaz serahkan 'jodoh baru' kepada ALLAH



Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim mengakui masih belum menutup pintu hatinya dan menyerahkan kepada ALLAH soal menerima cinta baru atau sebaliknya jika ada "jodoh dan pertemuan."

Sehubungan itu kata Azrinaz, beliau tidak mengambil pendirian "menutup pintu hati" dalam soal menerima cinta baru.

"Saya serahkan semua itu kepada ALLAH S.W.T. Jodoh dan pertemuan, Dia yang menentukannya. Untuk menutup pintu hati ini mungkin tidak, cuma saya amat bersyukur dengan segala yang dimiliki sekarang," kata beliau dalam pertemuan dengan Editor NONA, Kiffy Razak yang mengemukakan
soalan "adakah Azrinaz serik untuk menerima cinta baru?"

Bekas isteri Sultan Brunei ini berkata, kehidupan beliau sudah cukup sempurna dengan kehadiran dua permata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 6, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 5.

Temu bual eksklusif beliau dibawa oleh majalah NONA edisi Julai, yang berada di pasaran sekarang.

Baru-baru ini, Azrinaz, 33, menemui peminatnya selepas 'berehat' selama tujuh tahun, menerusi kaca televisyen sebagai juri jemputan program realiti On Air.

Ia merupakan kemunculan pertama Azrinaz di televisyen selepas berhenti menjadi pengacara dan wartawan TV3 pada 2005 dan selepas perkahwinan dengan baginda Sultan Brunei berakhir dua tahun lalu.

Menjawab soalan bagaimana menepis suara-suara negatif, Azrinaz berkata, "situasi ini berlaku di mana-mana sahaja dan sepanjang masa."

"Tidak dinafikan, ia merupakan sebuah rencah kehidupan dan masyarakat sememangnya gemar bercerita mahupun ia, positif atau negatif.

"Saya menyusuri keadaan ini dengan tenang dan telah menjadi sebahagian antibodi dalam diri saya," kata bekas wartawan TV3 ini.
Tambah beliau, "saya tidak boleh menghentikan semua itu."

"Pelbagai cerita sejak sebelum berumah tangga, semasa dan selepas senantiasa menjadi bahan bualan. Saya menganggapnya seperti di angin lalu, saya dengar tetapi tidak sesekali simpan di dalam hati. Saya enggan menjadi JK," kata beliau yang merujuk "JK" sebagai singkatan kepada "jiwa kacau."

"Saya ingin hidup gembira dan bahagia, untuk itu saya perlu menanamkan sifat positif dalam diri sangat kuat kerana saya tidak boleh mengubah jika sesiapa sahaja ingin bercakap tentang perkara negatif," tambah beliau lagi.

Saturday, July 14, 2012

Foto berbikini: Lana akui dimarahi keluarganya





PENYEBARAN gambar kontroversi golongan selebriti bukanlah perkara baru, malah agak kerap terjadi.

Itulah yang terjadi kepada pelakon yang terkenal dengan watak penggoda, Lana Nordin apabila gambarnya berbikini ketika berada di luar negara, tersebar di laman-laman blog.

Seperti dijangka, jawapan yang keluar daripada mulut aktres Gol dan Gincu ini bagaikan mengulangi skrip artis yang pernah dilanda kontroversi sama iaitu itu merupakan gambar lama yang disebarkan tanpa kebenaran.

Sudah pun meminta maaf, Lana bagaimanapun mengakui dimarahi teruk oleh keluarganya kerana perkara itu telah menjejaskan nama mereka.

Aisha juara pilihan

TOP 3 Bintang RTM 2012. Aisha diapit Hafsyam (kanan) dan Fitri.





NAMANYA sudah terpalit dengan kontroversi kononnya sudah mempunyai album sendiri sebelum menyertai Bintang RTM 2012 (BRTM 2012).

Menafikan perkara itu dengan menegaskan, dia hanya pernah menghasilkan single tetapi gagal diedarkan ke pasaran, Aisha Masnamimie Safie atau Aisha akur itu harga yang harus dibayarnya selepas bergelar ara BRTM 2012.

Apa yang jelas, laluannya untuk mengecapi kejayaan yang diraihnya itu agak sukar kerana dia sebelum ini bukan pilihan Top 5 juri untuk mara ke peringkat akhir BRTM 2012. Bagaimanapun setelah dinilai semula bakat yang ada pada Aisha, pihak juri berpendapat, Aisha layak untuk ke gelanggang final BRTM 2012.

Sudah nasib badan, tuah Aisha bukan sahaja berjaya merangkul gelaran juara, namun anak kelahiran Pahang ini juga berjaya memenangi hati penonton dengan merangkul satu kategori khas BRTM 2012 iaitu Bintang Paling Popular khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Saya sangat terkejut ketika diumumkan sebagai juara dan bintang popular BRTM 2012 kerana semua finalis masing-masing mempunyai peminat sendiri. Ini kerana pada mulanya, saya tidak terpilih untuk bertanding ke peringkat akhir. Walaupun sedih, namun saya anggap, rezeki saya hanya setakat separuh akhir sahaja.

“Namun setelah dihubungi penerbit, saya sangat terkejut dan menangis. Saya terharu kerana pihak juri menaruh kepercayaan terhadap bakat yang ada dalam diri ini, sekali gus memberi kepercayaan kepada saya untuk sama-sama berjuang dengan rakan lain di pentas akhir BRTM 2012,” tutur Aisha teruja ketika ditemu bual usai pertandingan tersebut.

Tambahnya, dia mungkin mempunyai kelebihan dari segi vokalnya dan pesaing yang sengit bagi dirinya merupakan Hafsyam atau nama sebenarnnya, Mohd. Noordin Hafsyam iaitu pemenang tempat ketiga BRTM 2012.

Ujar Aisha, Hafsham mempunyai keistimewaan iaitu dari segi kekuatan vokal dan tenaganya juga luar biasa.

Friday, July 13, 2012

Dato' AC Mizal Ajak Abby Berdebat


Ekoran kelantangan aktres yang kini menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik, Abby Abadi di laman sosial Twitter berkenaan isu PDRM, bekas rakan seangkatannya di dalam drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas', Dato' AC Mizal mengajak Abby Abadi berdebat berhubung isu terbabit.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh AC menerusi status Twitter miliknya yang berbunyi;

"Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!"

Sebelum itu, Abby Abadi dilihat hadir menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu.

Antara kata-kata yang dilaungkan Abby seperti yang terkandung di dalam rakaman video (http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=LX5Hw7LZrYg) ketika perhimpunan tersebut adalah;

"Memang diorang ( pegawai2 warden yang bertugas ) salah. Memang dapat arahan daripada orang atas, tapi mereka yang melakukan apa yang disuruh tu .... dikira bershubahat.

"Saya tak pernah tahu ISA ni dalamnya macam Guantanamo .. Saya tak pernah tahu pun ..

"Bayangkanlah diri masing2, yang berada didalam tu .... kalau kena benda yang sama macam korang buat. Saya tak rasa pun yang diorang kerjakan orang dalam ni ... maksudnya mendera tu ...semua MENTERI YANG SURUH ! Mungkinlah suruh ... tapi dia lebihkan lagi."

Thursday, July 12, 2012

Siapa juara Masterchef Selebriti Malaysia?



Sejak memulakan penggambaran pada 27 Mac lalu, kini program realiti, MasterChef Selebriti Malaysia, bakal tiba ke penghujungnya.

Seramai 16 selebriti terkenal tanah air membuka tirai program itu di Astro Ria, dan kini hanya tinggal lima peserta yang akan berentap ke peringkat akhir.

Finalis yang berjaya ke peringkat akhir pada 16 Julai ini ialah, Datuk Fazley, Juliza Adlizan, Farouk Hussein, Soo Wincci dan Angah Raja Lawak.

Setiap peserta yang menyertai Masterchef Selebriti ini mewakili satu badan kebajikan untuk menyumbangkan dana.

Sebagai contoh, Fazley (Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia), Angah (Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil), Juliza (Persatuan Kebangsaan Angin Ahmar Malaysia), Soo Wincci (Kiwanis Down Syndrome Foundation) dan Farouk (Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia).

Terdahulu, dalam episod ke 26, Farouk Hussein yang mendapat markah terendah di umum sebagai selebriti terakhir tersingkir, namun dipanggil semula untuk beraksi pada final Masterchef Selebriti Malaysia.

Sementara, Soo Wincci menjadi peserta pertama menempah tempat ke peringkat akhir.

11 peserta lain  yang telah tersingkir adalah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Tomok, Jehan Miskin, Major Dr Faiz, Raja Azmi, Louisa Chong, Thanuja, Karl Shafek, Salamiah Hassan dan Azwan Ali.

Melihat kepada kejayaan juara Masterchef Malaysia, Dr Izani Farhan Md Monoto, tidak hairanlah jika salah seorang daripada lima selebriti itu bakal mencipta sejarah dalam kalangan selebriti.

Jangan lupa saksikan Masterchef Selebriti Malaysia Akhir, Isnin, 16 Julai ini, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).

Wednesday, July 11, 2012

Rita lebih tenang pulang dari Makkah



Keretakan rumah tangga aktres, Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak, 25, bukan lagi satu rahsia.

Hubungan yang pada mulanya dibina berlandaskan cinta dan kasih, kini makin goyah.

Namun, di sebalik pergolakan demi pergolakan yang berlaku, Rita tidak sedikit pun mengeluh, apatah lagi mempersoalkan ujian ALLAH SWT buatnya.

Akui tidak sedikit pun tertekan mahu pun bersedih dengan masalah yang dihadapinya, Rita berkata, dia sangat bahagia di samping lelaki terpenting dalam hidupnya - Airit Rayyan  Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna setahun.

"Pernah ketika saya sedang mengandungkan Qaqa, saya masuk ke dalam bilik air untuk menangis kerana tidak mahu dilihat Rayyan, tapi Rayyan masuk ke dalam bilik air, duduk di riba saya dan menemani saya sehingga berhenti menangis.

"Setelah empat tahun berumah tangga dan pernah melalui dugaan sebegini sebelum ini, hati saya sudah kebal. Saya dah puas menangis dan kini saya tak rasa sedih lagi. Yang penting, saya bahagia bersama anak-anak dan mereka adalah kekuatan saya," ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran filem Balistik, kelmarin.

Demi memastikan anak-anak tidak terabai, Rita telah meletakkan syarat kepada pihak produksi bahawa waktu bekerjanya harus berakhir pada jam 10.30 malam.

"Bukan mahu berlagak diva, tapi demi memberi masa yang adil buat anak-anak, saya sudah menetapkan waktu penggambaran untuk saya harus berakhir jam 10.30 malam.

"Buat masa ini, kesemua produksi yang bekerja dengan saya tidak ada masalah dengan syarat saya itu. Jika saya bekerja, anak-anak akan ditinggalkan dengan pengasuh di rumah.

“Tapi kalau ada penggambaran di luar Kuala Lumpur, saya akan membawa anak-anak sekali dan kami akan menginap di hotel,” katanya.

Tiga tahun tidur tidak sekatil


Salyo duduk di depan manakala Sasha duduk di belakang sambil ditemani ibunya, Siti Aishah Abdullah di mahkamah, semalam.



Selepas berhadapan dengan pelbagai spekulasi berikutan dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, dekat sini, baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono di sini, semalam.

Lafaz cerai itu diucapkan Salyo pada jam 2.55 petang di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Sasha.

Sasha selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Lebih menarik, Sasha memohon untuk menyerahkan satu nota kepada mahkamah kerana tidak mahu mendedahkan punca kemelut rumah tangga mereka secara terbuka ketika ditanya sebab memfailkan permohonan cerai itu.

“Kalau saya bagi nota pada Yang Arif, Yang Arif boleh baca kan?” tanya Sasha sebelum menyerahkan nota kepada mahkamah.

Tuesday, July 10, 2012

Perkahwinan Elly Mazlein ditangguh ke Disember ini


TANGGAL 29 Mei 2011 pastinya menjadi momen indah buat penyanyi dan pelakon, Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi, 31, atau Elly Mazlein apabila mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya iaitu Azmi Hata, 37, yang juga merupakan seorang pengarah drama.

Mengimbas semula majlis pertunangan mereka yang berlangsung di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur, ia diadakan dalam majlis yang serba mewah. Malah, Elly turut dibawa menaiki kereta kuda menuju ke dewan.

Mengikut perancangan pasangan itu sepatutnya diijabkabulkan pada Februari lalu, namun pelantun lagu Sutera Kasih itu pernah memberitahu perkahwinan mereka terpaksa ditunda pada bulan Disember 2012.

Bagaimanapun, Elly yang ditemui pada penggambaran drama Bazar Al-Mubarak baru-baru ini menyatakan tidak dapat memberikan tarikh rasmi mengenai majlis pernikahan mereka.

" Sebenarnya masih belum ada lagi tarikh yang betul-betul rasmi untuk majlis pernikahan kami. Kalau boleh saya ingin berkahwin segera kerana kami pun sudah bertunang agak lama." jelas elly.

Monday, July 9, 2012

Usop Wilcha nafi tinggalkan Hot FM



SEJAK kebelakangan ini, semakin kurang suara Syh8 atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri berkumandang di corong radio stesen radio popular Hot FM, sedangkan itulah rutin hariannya setiap pagi, berceloteh menghiburkan pendengar.

Sangkaan awal mungkin kerana rombakan yang sedang dibuat oleh pihak stesen berkenaan. Bagaimanapun dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan radio yang kini menggunakan tagline Muzik Paling Hangat, nama Syh8 tercicir daripada senarai penyampai radio untuk siaran Hot FM AM Krew yang kini hanya tinggal bertiga, Faizal Ismail, Fara Fauzana dan AG.

Mungkinkah Syh8 yang juga popular dengan nama Usop Wilcha disingkirkan daripada stesen radio tersebut, namun jika difikir dengan teliti kontrak Syh8 bersama Hot FM masih berbaki setahun sehingga Jun 2013.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Syh8, 47, yang mula popular sejak membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah menafikan dia telah meninggalkan stesen radio berkenaan, tetapi menyerahkan nasibnya pada pihak pihak pengurusan radio Hot FM.

" Saya masih bersama Hot FM, tidak tinggalkan Hot FM, baki kontrak ada masa setahun lagi. Tidak timbul sebarang isu antara saya dengan Hot FM.Jelas Syh8.

Sunday, July 8, 2012

Ella 9 tahun menyulam cinta


Kata orang, kalau sudah jodoh, tidak ke mana, mungkin sesuai ditujukan kepada pasangan pengantin baru, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin dan pasangannya, Azhar Husaini Ghazali.

Siapa sangka, sapaan berani Azhar di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah sembilan tahun lalu, menjadi titik tolak perhubungan mereka sehingga disatukan dengan ikatan suci, Sabtu lepas.

Meskipun hubungan mereka ada mengalami pasang surut dan pernah terputus seketika, namun keutuhan cinta mereka serta kuasa ALLAH SWT, meyakinkan mereka untuk hidup bersama.

Justeru, apabila hubungan yang terbina semakin utuh, juruterbang komersial yang berkhidmat di syarikat penerbangan Firefly ini melamar ratu rock negara itu di hadapan ibu Ella, Yang Asmah Long, 83, Februari lepas.

"Pertama kali bertemu Ella, hati saya sudah terpaut dan dia merupakan cinta pertama saya. Sepanjang sembilan tahun, hubungan kami ada pasangan surutnya.

"Ketika itu mungkin kerana masing-masing kurang ilmu dan belum matang. Tapi kami sentiasa berusaha ke arah penyatuan dan kami sudah beberapa kali cuba untuk bersatu namun mungkin baru kini ALLAH SWT merestui perancangan kami," ujar jejaka yang telah menghantar rombongan merisik pada 17 Jun lalu.

Ditanya tentang keistimewaan Ella di matanya, Azhar berkata, kesederhanaan Ella dalam segala aspek menarik mencairkan hatinya.

"Saya akan cuba untuk menjadi suami yang baik, bertanggungjawab dan membimbing Ella kelak, Insya-Allah. Saya juga tidak akan menghalang Ella meneruskan kariernya selepas ini, asalkan dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri.

"Saya juga sudah bersedia untuk terlibat dengan dunia Ella kerana bagi saya apa yang Ella lalui, gosip, cerita positif negatif adalah perkara normal dan dilalui sesiapa sahaja, cuma bezanya dia selebriti," katanya yang menyukai lagu Rindu dan Hanya Pada Kamu nyanyian isterinya.

Sementara itu, Ella berasa sangat bersyukur kerana akhirnya bertemu jodoh pada usia 46 tahun dan mengakui tidak bimbang untuk menyesuaikan diri dengan status baru itu.

Saturday, July 7, 2012

Ratu rock, Ella bergelar isteri

Ella menanti dengan penuh debaran.



Ratu rock negara Ella 46, atau nama sebenar Norzila Aminuddin, menamatkan zaman bujangnya hari ini apabila sah bergelar isteri kepada juruterbang Azhar Husaini Ghazali, 30.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar di rumah keluarga Ella di Telok Gadong di Pelabuhan Klang, dalam satu majlis tertutup.

“Ella rasa syukur segalanya dipermudahkan. Setelah sering ditanya bila akan naik pelamin, Allah makbulkan hari ini,” katanya yang ditemui selepas majlis itu.

Penyanyi itu mengesat air mata kegembiraan selepas sah bergelar isteri kepada Azhar yang dikenalinya sejak sembilan tahun lepas.

Ella Terima Wang Hantaran RM50,000?

Ella bersama calon suami



Di sini dikongsikan wajah bakal suami kepada Ratu Rock Negara, Ella yang bakal dinikahinya pada malam Sabtu ini.Jejaka bernama Azhar ini adalah seorang juruterbang bagi syarikat penerbangan komuniti, Firefly.

Dalam perkembangan lain, sebuah akhbar melaporkan pihak lelaki bersetuju untuk memberikan RM50,000 sebagai wang hantaran.

Friday, July 6, 2012

Kekasih Lufya jejaki Sweden


BINTANG Akademi Fantasia musim keenam, Lutfyah Sheikh Omar atau lebih mesra dikenali sebagai Lufya timbul tenggelam dalam persada industri hiburan tempatan.

Selepas terbabit dalam kontroversi perselisihan faham dengan pelakon siri TV Anak Pontianak, Zarina Anjoulie Lavocah, nama Lufya kembali mendapat perhatian sehinggalah membuatkan Lufya terpanggil untuk ‘menujukan’ single terbaharunya, Doaku, khusus Zarina.

Kini ada cerita terbaharu tentang figura berusia 27 tahun itu. Dia yang ditemui pada pelancaran outlet baharu Ayamazzz Roti Impit di Wisma KFC, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur baru-baru ini mendedahkan, dia kini sedang dalam proses mengenali seorang jejaka yang menetap di Sweden.

Menurut Lufya, jejaki itu berdarah campuran Melayu, Arab dan Sweden yang kini menetap di Sweden. Dia sebenarnya membesar di sana sejak kecil dan memang warganegara sana.

" Tapi ada sebahagian keluarganya yang masih menetap di sini (Malaysia). Kami berkenalan kurang daripada setahun lalu.

" Kami dalam proses mengenali hati budi satu sama lain dan hubungan kami pada tahap biasa saja.

Menurutnya lagi, Dia menjalankan perniagaan dan ada bisnes di Kuala Lumpur. Perkenalan kami tidak dirancang dan akhirnya semakin akrab. Hubungan bertambah erat apabila kami selalu berhubung melalui skype. Dia pun selalu datang ke Kuala Lumpur dan sekarang berada di sini untuk urusan keluarga dan bisnes.

Tuesday, July 3, 2012

Bertudung: Sharifah Sofia enggan publisiti



SEMAKIN ramai artis wanita yang kini mula bertudung dan terbaru ialah aktres kacukan Melayu-Inggeris, Sharifah Sofia.

Pelakon sitkom Spanar Jaya itu mengumumkan hal tersebut menerusi Twitternya yang disertakan dengan gambarnya bertudung.

Melalui statusnya, Sharifah Sofi a menyifatkan penghijrahan imejnya itu sebagai bab baru dalam hidupnya.

Malah, ibu kepada Sharifah Ariana Syed Ismail yang berusia setahun lebih ini juga menolak secara baik sebarang publisiti mengenai penghijrahannya.

Sebagai permulaan, Sharifah Sofi a sudah mula memadam gambar lamanya yang tidak bertudung di laman sosial miliknya.

Monday, July 2, 2012

Perang Artis: Sengketa Anzalna, Neelofa selesai

PRESIDEN Seniman, Zed Zaidi (dua kanan) menunjukkan surat aku janji bagi memastikan Anzalna (kiri) dan Neelofa tidak lagi membangkitkan kontroversi membabitkan mereka berdua di Petaling Jaya semalam.



Kontroversi yang membabitkan dua pelakon jelita, Nur Anzalna Md. Nasir dan Noor Neelofa Mohd. Noor akhirnya menemui titik noktah apabila Anzalna secara terbuka membuat permohonan maaf kepada Neelofa.

Anzalna, 24, memberitahu, dia mengambil keputusan untuk membuat permohonan maaf terhadap kenyataan yang dibuatnya sebelum ini kerana tidak mahu memanjangkan kontroversi dengan Neelofa, 23.

"Saya minta maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di akhbar pada 10 Jun lalu yang telah menjejaskan diri dan keluarganya. Saya tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan yang dibuat di akhbar tersebut.

"Keputusan ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada Seniman dan saya juga tidak mahu permasalahan yang timbul ini terus berpanjangan kerana ia akan mengaibkan lebih ramai orang," katanya pada sidang akhbar yang diatur olah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk membolehkan kedua-dua pelakon itu bersemuka di sini semalam.

Perbalahan kedua-dua pelakon yang dilahirkan menerusi pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 itu bermula apabila Anzalna mendakwa Neelofa pernah membuat ugutan serta menghina keluarganya menerusi laman sosial Facebook atas sebab yang tidak diketahui melalui laporan akhbar berkenaan.

Ekoran laporan akhbar tersebut, Neelofa telah mengambil tindakan undang-undang dengan melantik dua orang peguam bagi mengendalikan kes berkenaan serta menghantar notis tuntutan kepada Anzalna yang meminta pelakon itu memberikan bukti serta penjelasan dalam tempoh tujuh hari mengenai dakwaan tersebut.

Sunday, July 1, 2012

Wang hantaran perkahwinan Irma RM33, 333.33

IRMA menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar atau RM2,220 pada majlis pernikahannya dengan Redza, Jumaat lalu.



TIDAK pernah berniat mengerjakan umrah untuk dipertemukan jodoh, namun itu yang terjadi dalam kehidupan realiti pelakon Irma Hasmie. Pertemuan yang berlaku secara tidak sengaja di Tanah Suci Mekah rupa-rupanya adalah petunjuk awal pelakon Irma Hasmie Ibrahim bakal menamatkan zaman bujangnya.

Saat melakukan tawaf yang ketujuh menjadi detik pertemuan antara Irma dan keluarga Redza.

Sapaan daripada seorang wanita, Datin Azizah Osman yang kini berpangkat ibu mertua kepada Irma menjadi pembuka cerita kepada sebuah kisah cinta yang masih belum bertajuk.

Bibit perkenalan itu berlanjutan selama 10 hari sepanjang mereka di kota Mekah, sebelum ibu mertuanya menyuarakan hasrat untuk melamar Irma ketika mahu berangkat pulang ke tanah air.

"Apa yang boleh saya katakan ialah jodoh itu berlaku tidak secara terus, tetapi saya sudah boleh agak. Sangkaan saya tidak meleset apabila ibu mertua saya menyampaikan hasrat untuk merisik saya melalui orang tengah yang merupakan rakan kami.

"Seterusnya, berita itu disampaikan pada keluarga saya. Katanya mahu menghantar rombongan merisik. Daripada merisik, terus ditetapkan tarikh bertunang dan pada majlis bertunang terus disahkan tarikh berkahwin," tutur Irma yang ditemui selepas selesai majlis pernikahannya di Dewan Persidangan Kompleks Perbadanan Putrajaya pada Jumaat lalu.

Titisan air mata tumpah membasahi pipi selepas mereka berdua sah bergelar suami isteri. Segalanya telah dipermudahkan dan perkenalan singkat itu berakhir di jinjang pelamin. Satu anugerah yang cukup besar rahmat buat Irma dan Redza sendiri.

Irma telah menerima sejumlah tiga dinar (RM2, 220) sebagai mas kahwin dan 11 berbalas 13 dulang hantaran.

Tanpa diduga, pelakon itu juga menerima wang hantaran sebanyak RM33, 333.33 sebagai hadiah pernikahan mereka daripada pihak lelaki, sedangkan menurut Irma, dia tidak meminta wang hantaran sempena bergelar isteri Redza

Artis wanita kesal ada yang minta serah tubuh



Pantang lihat ‘pucuk muda’, pasti mahu ‘dibahamnya’. Itu tabiat jelik segelintir penerbit dan pengarah filem atau drama tempatan yang tergamak meminta habuan seks daripada pelakon baru sebelum diberi peluang memperaga bakat dalam produksi mereka.

Senario itu bukan sekadar gosip atau khabar angin dalam industri hiburan tempatan, sebaliknya disahkan beberapa pelakon yang pernah berdepan pengalaman membabitkan maruah dan harga diri.

Difahamkan, kelompok penerbit dan pengarah miang itu dikenali di kalangan penggiat seni, cuma tiada pihak berani membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana khuatir ‘periuk nasi’ mereka bakal terjejas.

Ikuti pendedahan pelakon terbabit yang berharap ‘barah’ dalam dunia hiburan ini dapat diatasi pada masa depan seperti diluahkan kepada wartawan.

Bekas peserta program realiti Raja Lawak musim kelima, Elly Sarimah atau nama sebenarnya Sarimah Mohd Daud pernah berdepan situasi menakutkan apabila seorang pengarah drama mengajaknya ke ‘bilik tidur’ ketika dia baru memulakan kerjaya sebagai artis sejak setahun lalu.

Katanya, selepas program Raja Lawak berakhir, dia menerima panggilan daripada seorang pengarah drama yang memintanya datang ke pejabat dengan alasan mahu berbincang mengenai tawaran berlakon.

Tanpa syak wasangka, dia segera ke pejabat pengarah itu namun sebaik sampai, dia terkejut apabila diminta menyerahkan tubuh sebagai syarat mendapat kerja.

“Saya setuju berjumpanya apabila dia mahu beri saya kerja. Namun, saya terkejut apabila dia mengajak saya mengadakan hubungan seks. Apabila saya menolak secara baik, dia seolah-olah mencabar saya supaya berani menyerahkan tubuh.

“Saya bertanya padanya, apakah cara sebegini perlu dibuat untuk dapat tawaran kerja? Dia tetap berdegil mahukan saya akur dengan permintaan itu, tapi saya akhirnya mengambil keputusan menolak tawaran itu,” katanya ketika dihubungi.

Elly berkata, dia tidak mahu memperbodohkan diri dengan menjual maruah semata-mata mahu mendapat tawaran kerja atau meraih populariti dalam masa singkat.

“Kalau mahu buat kerja terkutuk seperti itu, sudah lama saya lakukan, tapi saya mahu mencari rezeki halal. Walaupun pengarah gatal seperti ini menyatakan saya susah dapat kerja lain jika tidak mengikut kehendaknya, saya tidak kisah.

“Kerjaya saya bermula dari bawah sebagai bekas peserta program realiti dan kemudian mencuba nasib sebagai pelakon tambahan.

“Biarlah saya tidak popular atau mendapat tawaran hebat asalkan jujur dan bekerja bersungguh-sungguh,” katanya yang pernah membintangi drama Ini Harta Aku Punya, Biasa Je, Jejaka J dan Luka Seorang Perempuan.

Pelakon berasal dari Taiping, Perak, ini juga pernah melalui peristiwa sama ketika menerima pelawaan seorang lagi pengarah untuk makan malam. Tembelang sebenar pengarah itu terbongkar apabila dia bertindak berani memegang tangan dan merabanya.

“Dia tanya bila mahu ‘bermesra’ dengannya, sedangkan dia sudah berikan saya kerja. Saya yang tak selesa dengan situasi itu pantas bangun dan memarahinya lalu meninggalkan dia.

“Sebelum bergelar artis, saya pernah dengar ada orang bercerita mengenai cabaran dalam industri hiburan ini. Apabila melalui pengalaman hitam seperti ini, baru saya percaya ia benar-benar berlaku,” katanya.

Menurut Elly, yang penting, dia perlu lebih berhati-hati ketika berurusan mengenai sesuatu kerja.

“Jangan percaya janji manis pengarah atau produser yang mahu beri kerja semata-mata menerusi jalan mudah iaitu tidur dengannya.

“Lelaki itu berjanji akan menyimpan rahsia apabila artis perempuan sanggup menjalin hubungan sulit, tetapi itu hanya janji palsu.

“Seboleh-bolehnya, saya mahu berkongsi pengalaman hitam ini dengan artis perempuan lain, terutama yang baru menceburi bidang ini, supaya tidak menjadi mangsa,” katanya yang bakal muncul dengan single, Ke Tepi Ke Tengah tidak lama lagi.

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2