NUFFNANG ADS

Monday, July 16, 2012

Keazaman dan komitmen penentu mutu persembahan artis



Ramai menganggap bahawa hanya dengan bakat semulajadi sudah memadai bagi penggiat seni seperti pelakon, penyanyi dan seumpama untuk berjaya dalam kerjaya masing-masing.
  
Namun adakah dengan hanya berlandaskan bakat semulajadi itu sudah cukup untuk penggiat seni mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka?.
  
Adakah bakat yang sedia ada itu perlu diasah? Bolehkah artis yang berkenaan maju ke hadapan tanpa bekerja keras dan serius dalam latihan? Adakah artis berkenaan memerlukan pentauliahan atau memiliki kelulusan dalam pendidikan tinggi?
  
Beberapa artis yang terlibat dalam persembahan teater muzikal selama sebulan baru-baru ini di Bandar Sunway ketika ditemui telah diajukan soalan-soalan yang berkaitan.

Eric Wern, satu-satunya penari dari Malaysia yang terlibat dalam persembahan ‘London – The Summer Musical’ yang berlangsung sehingga 8 Julai, berkata beliau bertuah kerana dipilih untuk menganggotai barisan penari dalam persembahan selama hampir 38 hari itu.
  
"Saya rasa gembira dapat berganding tenaga dengan para profesional dari syarikat West End yang bertaraf antarabangsa. Ini adalah pengalaman yang berharga bagi saya," kata Wern, yang berumur lingkungan 20-an dan terlibat dalam persembahan gala berkenaan.
  
Wern juga banyak melibatkan diri sebagai koreografer untuk pementasan tempatan bersama Soda Kids dan di Karnival KFC sebelum ini.
  
Penari lain yang terlibat sebagai pendokong watak sampingan teater muzikal ini dibawa dari United Kingdom (UK), Filipina, Indonesia dan Thailand, yang sesetengahnya mempunyai ijazah atau diploma, dan terdedah kepada pengalaman persembahan teater sejak usia muda lagi.

Christopher Pym yang berasal dari UK, bersetuju bahawa seorang penggiat seni perlu mendedahkan diri dalam kelas secara formal untuk mencungkil bakat asal mereka dengan lebih mendalam,
  
Pym, kini berada di Malaysia untuk memegang watak Tom dalam teater muzikal yang turut disertai Wern.

No comments:

Anda boleh mendengar siaran Radiokita di Blog anda (copy +paste)

 

Popular Posts

LOGO RADIOKITA

LOGO RADIOKITA
LOGO

RADIOKITA STESEN 1

Radiokita Stesen 2