IRMA menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar atau RM2,220 pada majlis pernikahannya dengan Redza, Jumaat lalu.
TIDAK pernah berniat mengerjakan umrah untuk dipertemukan jodoh, namun itu yang terjadi dalam kehidupan realiti pelakon Irma Hasmie. Pertemuan yang berlaku secara tidak sengaja di Tanah Suci Mekah rupa-rupanya adalah petunjuk awal pelakon Irma Hasmie Ibrahim bakal menamatkan zaman bujangnya.
Saat melakukan tawaf yang ketujuh menjadi detik pertemuan antara Irma dan keluarga Redza.
Sapaan daripada seorang wanita, Datin Azizah Osman yang kini berpangkat ibu mertua kepada Irma menjadi pembuka cerita kepada sebuah kisah cinta yang masih belum bertajuk.
Bibit perkenalan itu berlanjutan selama 10 hari sepanjang mereka di kota Mekah, sebelum ibu mertuanya menyuarakan hasrat untuk melamar Irma ketika mahu berangkat pulang ke tanah air.
"Apa yang boleh saya katakan ialah jodoh itu berlaku tidak secara terus, tetapi saya sudah boleh agak. Sangkaan saya tidak meleset apabila ibu mertua saya menyampaikan hasrat untuk merisik saya melalui orang tengah yang merupakan rakan kami.
"Seterusnya, berita itu disampaikan pada keluarga saya. Katanya mahu menghantar rombongan merisik. Daripada merisik, terus ditetapkan tarikh bertunang dan pada majlis bertunang terus disahkan tarikh berkahwin," tutur Irma yang ditemui selepas selesai majlis pernikahannya di Dewan Persidangan Kompleks Perbadanan Putrajaya pada Jumaat lalu.
Titisan air mata tumpah membasahi pipi selepas mereka berdua sah bergelar suami isteri. Segalanya telah dipermudahkan dan perkenalan singkat itu berakhir di jinjang pelamin. Satu anugerah yang cukup besar rahmat buat Irma dan Redza sendiri.
Irma telah menerima sejumlah tiga dinar (RM2, 220) sebagai mas kahwin dan 11 berbalas 13 dulang hantaran.
Tanpa diduga, pelakon itu juga menerima wang hantaran sebanyak RM33, 333.33 sebagai hadiah pernikahan mereka daripada pihak lelaki, sedangkan menurut Irma, dia tidak meminta wang hantaran sempena bergelar isteri Redza
No comments:
Post a Comment